Sunday, May 3, 2009

Oh.- Part 1.

"Oh My God!" kataku ketika aku melalui satu lembah sungai di Bukit Hamparan.Aku melihat sekeliling.Sungguh indah sekali panorama ciptaan tuhan yang Maha Bijaksana.Malangnya,sini bukan tempat aku.Aku dilahirkan di longkang,dekat-dekat Jalan Haji Taib.Entah bagaimana,aku terdampar disini.Mungkin arus air yang membawaku kemari.Oh ya,aku bukanlah seperti yang kamu semua impikan.Aku sendiri tidak tahu,siapakah diriku.Namun begitu,aku tak pernah menyesal akan apa yang terjadi pada diriku ini.Aku hanya berharap,aku dipertemukan oleh segolongan yang seakan-akan diriku.Supaya aku dapat mencari semula identitiku.

Aku lapar.Aku perlukan sesuatu masuk kedalam badanku ini.Punya badankah aku?Oh ya.untuk kesekian kalinya.Apakah aku ini?Kenapa aku berasa lapar namun aku tidak mempunyai perasaan untuk makan?Ringan sungguh beratku ini.Ah,tak mengapa.Aku pergi dari sini.Aku ingin merantau jauh.

Setelah beberapa hari aku merantau,aku tiba di Johor.Bahagian mana?Aku tak pandai geografi pun.Jadi aku tak seberapa tau.Apa akan aku buat di sini?Biar aku fikirkan dulu...

Post a Comment