Friday, May 29, 2009

OU lagi.

Harini aku pi OU.ingat nak beli hadiah untuk kawan aku.lepas tu,program tukar so aku pun tak jadi nak beli dulu hadiahnya.ehe.tak pe.next time aku beli la.so,aku sorang2 saje kat ou.mula la aku meronda.tapi bila diingatkan aku tak makan lagi ape semua,so aku mengambil keputusan untuk duduk kat ruang baca buku kat depan ZARA tu.aku duduk dan baca buku novel yang sentiasa ada dalam handbeg aku ni.nak dekat sejam jugak aku duduk situ.heh.baca sampai nak dekat habis dah novel tu.sambil2 tu aku online.situ ada Wifi kan?so aku pun online saje skejap2.nak save bateri la katakan.hehe.

then,aku pun pi kedai baju yang ada.aku masuk forever21.niat aku nak tengok2 saje tapi aku agak tertarik dengan getah rambut pelbagai kaler.so,aku pun beli.nasib harga murah.rm5.minggu lepas aku tengok harga dia rm9.haha.aku pun jalan la satu OU tu.pi nichii la ape.then,tak pasal2 aku terjumpa kawan skolah lama aku.Ijlaly!wah wah.lama gila tak jumpa dia!tukar no phone ape semua aku pun mulakan langkah aku lagi..

*Getah rambut kaler2. ;p*

lepas kat situ,aku dah lapar tahap sampai konon nak pitam aa kan.haha.tapi aku malas nak makan restoran sorang2.cam tak best pulak.so,aku pun mengambil keputusan untuk makan pie kat starbucks.aku order iced shaken lemonade tah ape benda tu dengan chicken pie.hehe.aku duduk dan makan.lepas tu tengok jam dah nak waktu orang balik kerja,aku pun tangguhkan la niat aku nak balik rumah tu.sebab seriously jam dan aku malas nak tempuh jam jam ni.bosan seh~ aku pun lepak starbucks.baca balik buku yang aku baca tadi tu.hehe.lepas tu aku nampak Shebby Singh dengan anak dia duduk depan aku kat starbucks tu.heh.rajin pulak dia dok kuar pi OU time2 macam ni.haha.anak dia pulak dok baca paper,biasalah dah tau2 la kan dia baca pasai ape.sukan la.haha.aku dengar dia bincang dengan ayah dia pasal Arsenal.ntah la ape benda derang tengah cakap aku pun tak tau.

*buku,shaken tea dan pie*

dah pukul 6.30pm tu aku pun cam rasa nak balik aa.hehe.aku pun balik.aku parking kat rainforest tapi level 1.tak biasa dengan jalan kat situ sebab aku slalu park level 2.hehe.harini gatai nak park level 1.lol.aku kuar ikut satu jalan ni.dia tulis 'Dataran Bandar Utama'.macam jalan lain la kan.aku tak tau,dia tembus mana.aku tibai saje.hehe.oh ye aku masuk pakai one card.so,kat situ dia tulis 'NO Touch and Go.only ticket and One Card'.aku pun kuar je la situ.hehe.time aku sampai kat machine tiket tu,aku nampak ada tiket kat lubang machine tu.hehe.aku cam pelik la apesal pulak ada tiket kat sini kan?lalu,aku pun amik.hehe.sambil masukkan one card aku,dia proses2 skit lepas tu bila palang tu dah angkat,aku pun jalan~ Baru aku tau skang ni aku kuar kat tempat parking OU yang kat luar tu.hehe.so,aku pun jalan je la.confident.tengok2 ada palang lagi.aik?brape banyak kali nak aku masuk tiket one card aku ni?tak pe la masuk saje.time aku nak masuk tu,aku tengok rearview mirror aku.ada keta kelisa *kalau tak silap aku la* tengah cakap dengan guard tu.hoho.lepas tu aku tengok kat tiket biasa OU yang aku amik tadi tu,ada tanda orang dah bayar.18:18.'uish.baru lagi ni.tah tah si kelisa tu punye.'aku cakap dalam hati.tapi apekan daya.aku dah jalan kedepan dah sebab ada keta datang kat blakang aku.so,tuan punya tiket,maaf ya lo kena bayar rm20 untuk lost tiket.hehe. ;p itulah sape suh jalan cam tu je.tak tengok mesin tu.kan dah kena~ haih.


*Atas:Kad orang itu.
Bawah:One card aku*

4 comments

  1. weh..chumel gile getah rambut tuh..RM5 for the bunch of getah rmbut tu ke? or each?

    getah die oke tak?

    ReplyDelete
  2. Bunch yana!hehe.ok je getah dia.nampak agak kuat lah. :D

    original price at rm9.tapi aku g smalam rm5 je.terkejut aku.

    ReplyDelete
  3. woah..pasti aku membeli...agagagagagagagagagaga..xkire aku nk gak.

    ReplyDelete
  4. Haha.beli yana..cepat..nanti habis.

    ReplyDelete