Saturday, June 20, 2009

Best day!

I had the best day ever yesterday.Aku bangun,Irfan kejut aku.then aku bangun je tengok hp aku buat hal.asik No Memory Left.Please Delete Some Data.kepala otak dia nak delete data ape ntah aku pun tak tau.Then,aku format la Hp aku tu.padan muka.haha.sebenarnya janji dengan Fau nak g IKEA pukul 12pm.tapi dah hp aku buat hal,aku ingat aku format tu skejap je.tengok2 ada la jugak dalam sejam kot.haha.sorry fau. :D Lepas aku habis format tu,mak aku plak asked me to buy her nasi ayam.Aku pun pi la beli kat Uncle Rahim blakang ni.Lepas aku beli,aku hantar nasi ayam balik umah then aku terus gerak g IKEA.time tu dah pukul 1pm dah.

Aku sampai IKEA dalam 1.15pm cam tu.hehe.lambat skit sebab ada keta lembab dan aku pun bawak lembab2 je.Irfan asik marah aku suh bawak slow2.ye la…ye la…bawak slow la ni.hehe.Aku park kat b2.since dia bukak gate tu je.Banyak je parking kat situ.haha.then,aku pun masuk IKEA.aku call fau,tak dapat.call lagi skali baru dapat.time tu aku dah kat atas dah.dah naik sampai masuk IKEA terus dah.fau kat bawah lagi,kat kedai hp dia cakap.then time aku naik escalator tu,aku toleh blakang nampak fau kat escalator bawah.haha.then,ktorang pun pi IKEA punya foodcourt tu.ramai gila orang!!!!!jumaat kot kan~ cuti lunch panjang.hihi.aku dengan Fau amik makanan sama 5pcs meatballs,kecuali dessert.aku amik cheesecake fau amik daim cake.haha.tapi masing2 tak habis makan dessert.lol.

Time makan tu Fau bgtau aku,Mas ada kat curve.tengah buat rambut.so,lepas makan tu aku dengan fau g jumpa mas kat Snips.haha.time nampak tu tengok muka mas ketat je.haha.tunggu lama bosan la tu~ tengah color rambut dan treatment.quite cheap untuk rambut panjang macam mas.rm200+ je.seriously murah.then,singgah skejap,sembang dengan mas.then aku dengan fau g karoke kat RedBox.

Masuk2,pakai kad RedBox aku.dapat bilik no.31.time tu ktorang masuk dalam pukul 2pm.tempoh masa sampai pukul 5pm.time tengah2 dah pukul 4.30 cam tu,mas datang.treatment rambut dia habis dah.hehe.then,jadi satu inciden yang aku tak berapa nak paham.orang redbox tu kata mas tak boleh order air.kalau nak order kena bayar.memang la mas nak bayar.then bila nak order air,dia kata tak boleh pulak sebab masa dah nak habis.padahal ada lagi sejam stengah kot.then tah ape mas dok bincang dengan mamat Redbox tu.alih2,mas kena bayar rm18 untuk yuran redbox dan dapat air mineral 2 botol je order.haihs.

Lepas g redbox tu,g kedai sepit rambut la ape sebab mas nak beli sepit.then g kedai binatang kat ikano tu.time tu,irfan pun sampai.semua terkejut.hoho.then,g minum kat kedai ape tah kat seblah DOME at The Curve.best jugak kedai tu.dia serve tea dalam pot.hehe.share je la lepas ni kalau nak g minum sana. :D time ni ada satu inciden yang cam tak disangka berlaku.Fau tanya pasal harga parking tiket kat IKEA.nak kira2 la brape kena bayar.then,aku pun kuarkan la tiket na tgk aku masuk parking tadi pukul brape.then,lepas tu aku biar je tiket tu atas meja.time dah bayar ape semua dah nak balik,aku perasan aku ada amik tiket tu.since semua datang asing2 keta,aku mas dengan fau g toilet dulu.then,aku cam perasan,tiket parking aku tak de.aku cari punya cari,tak de.haram~ aku dah maleh nak pk dah.then,aku bgtau la mas dengan fau.kesian derang.susah2 pulak kena patah balek g kedai minum tea tadi.aku tanye orang kedai tu,ada tak tiket parking.dia kata tak de.hampeh.dah tu aku cakap la,tak pe la aku bayar je la fine rm20.malas nak fikir dah.ktorg nak blah pun sebab nak g rasta,nak shisha.tapi since aku dah create satu situation yang tak best ni,mas nak g ou,fau plak kena balik b4 maghrib,irfan plak dah kuar tunggu kat petronas.so,aku cakap la kat fau,ko balik dulu la.tak pe biar aku je g security tu.

so,aku pun g la security tu sorang2.aku masuk2 je,ada 4 orang mamat.then,3 orang kuar.aku cakap la aku lost ticket.dia cakap kena bayar rm20.aku cam nak cepat,aku isi borang cepat2 then nak bayar la.time nak bayar tu je,aku terjumpa tiket parking aku,terlipat2 dengan duit.HAHA.pokemon btol!Buat malu aku je.hahahaha..tapi kalau aku jumpa tiket tu before aku g security tu pun,mesin tak terima.sebabnya tiket aku dah rosak sebab kena lipat2.haha.so,orang tu bagi aku tiket baru tapi aku bayar rm2.50 je.haha.sheet la aku dah la dah isi borang ape semua.no tel aku ada kat situ semua.haihs.tak tau apesal pun derang nak amik no tel la,alamat la.cam tak penting pun.lost tiket je pon.haih~

Tapi yang penting,aku jumpa tiket aku,rm20 aku tak hilang tapi dapat tiket baru harga rm2.50.AHA :P Lepas tu,aku g idaman dengan irfan sayang.makan kat situ.hehe.

 

p/s:Gambar2 karoke ada kat kamera Mas.hehe.nanti lah dia upload aku curik.hihi.boleh kan Mas? :D

2 comments

  1. aku buat rambut aku 400++ jgk laa..sbb dia kata rmbut aku panjang la.x ckp awal2.cit!aku x pegi ou pun,jammed cm shiyal.malas aku.haha.

    ReplyDelete
  2. Erkkk...rm400+ plak dah wehh??adeh.apesal tak cakap awai2.
    jam kat ou?haha.jumaat memang jam aa.tapi pelik plak jam time2 cam tu.hurm.

    ReplyDelete