Sunday, June 7, 2009

Langkawi Day 2

Hari kedua aku kat Langkawi semalam.Hurm.Aku bangun awal.Tapi aku tido balik sebab mak aku kata nak pi makan breakfast ke tak.Aku malas.Sebabnya aku macam tak de mood pulak kan.lol. *padahal aku tengok Gol and Gincu season 2 sampai pukul 4am kot.HAHA* Then,aku jaga balik pukul 10am lebih.Aku jaga2 tengok mak ayah aku tak de kat bilik.hehe.Alah biasalah tu mesti pi shopping kat bawah.Aku usha keta ayah aku kat tempat parking smalam,dah tak de.Erkk,pi jauh2 ke?Adeh la aku nak ikot jugak!hehe.Tak pe la.Aku pun pi la mandi,time aku nak mandi tu ada orang ketuk pintu,Mula2 aku buat bodo je la sebab aku tau la tu orang hotel tu nak cek mini bar bilik aku dan parents aku.So,aku pun bukak je la pintu.Time aku nak bukak tu,dia bukak.GKK.Terkejut beruk dia bila tengok ada budak yang baru bangun tido,muka serabai kat depan pintu.HAHA.Terus dia cam malu2 kan.Dok kata sorry banyak kali.Adeh la.Bukan aku tak pakai baju pun~ isk.nak malu2 watpe nya.Sampai aku pun cam segan dah.haha.menyesal aku pi kat pintu tu.GKK.dah tu dia dah siap cek semua,last skali dok kata sorry lagi.haha.tak pe la dia memang telah diajar untuk berperangai sebegitu kot~ hehe. XD

So,lepas aku mandi dan kemas katil aku ape semua,mak ayah aku balik.dari shopping.hehe.then,lepas tu derang terus nak kuar balik.hehe.Aku join la kali ni,dengan pening kepala ape sume.hehe.tak pe layan kan je~ dah la aku sakit perut.memula tu ingat sakit perut biasa je la kan.so aku tak de la layan sangat.aku ni jenis kalau sakit aku tak cakap kat parents aku.maleh la.aha.Then,mak aku nak pi Pusat Kraftangan.Dia nak beli baju faveret dia tu.hehe.Baju cam kain corak2 batik la ape la tu pakai kat umah je.hehe.So,tak de baju dia beli shorts plak dah.dok tanye2 aku,aku tak nak la~ dah la aku memang tak pakai.buat rugi je bli.hehe.Then,pi kat section lagi satu kat dalam kraf tu.Mak aku nampak ada satu gelang ni,buat dari bronze dan ada batu agate kat situ.dia suka la gelang2 tu.orang tu pun pandai,dia cakap ‘ini aa akak kalu pakai ni,dengan baju kurung cantik ni..’ mak aku pun suka la kan~ beli….hahahah.dok tanye aku jugak nak ke tak,aku tak nak.haha.sampai orang kedai tu pun dok tanye mak aku, ‘anak tu tak nak beli satu ka?’ lepas tu mak aku cakap la, ‘dia ni lain sikit tak minat barang2 ni’.hahaha.memang.lol.

lepas tu,makan kat stall kat kraft tu.uish.panas gile ok.seriusly panas.sebab dia dah dekat dengan laut tempat tu.bahang dia memang cam~ FUH!gile aaa panas!Aku makan laksa dengan ABC.laksa dia rm1.50 weh.haha.gile aaa kalau ayah aku bagi aku rm200 sminggu duduk sini gile bleh jimat aa.jadi orang kaya trus.haha.tapi tak larat aa kan nak makan laksa hari2.aku pun muak.GKK.

060620091038

*Pusat Kraf Langkawi*

060620091040

*ABC dan Laksa rm1.50*

Lepas tu,ayah aku bawak pi jalan2 kat mana ntah.haha.aku tak ingat tapi tempat tu ada golf course.haha.Datai kot.dah la kat ceruk mana tah.haha.lepas dah sampai golf course tu aku ingat nak turun makan lagi.Sebab family aku suka makan kat hotel kalau cam dah tak de choice makanan.tengok2,tak pun.pi sebab nak tengok golf course tu je.hampeh.haha.time on the way nak kuar balik tu,aku tido.sampai la aku terjaga kat kabel car.Chis.Aku dengar ayah aku tanye nak turun ke?mak aku tak nak.Argh!Tapi aku bukak mata time tu tengok memang ramai jugak aa orang.Comfirm lah tak dapat nak naik punya.isk.Tak pe lah.Next timela aku nak datang dengan kawan2 aku.Zati,Dayan mari cepat kumpul duit.hehe.Tunggu zati dan aku habis study je~ mari pi Langkawi!Tapi kita nak backpackers kan Zati?hoho.bosan la pi satu tempat je kan?mari menjelajah satu malaysia macam kakak hang jelajah satu europe.hehe.

Lepas Cabel Car,aku tido lagi sepanjang perjalanan tu.HAHA.bosan weh~ kalau ada orang nak sms aku ke ape ke tak pe aa.ni semua senyap je.lol.view pun hijau..tenang je.memang aku ngantok aa kan.tapi aku tau la ayah aku bawak pi jalan mana.pantai chenang la,tengok airport la ape.hihi.aku tau~ XD dah kata kampung aku Langkawi ni.HAHA.Then,pi makan lunch kat jetty lagi.hehe.seblum tu,pi Langkawi Shopping Fair.Beli sabun dan shampoo.u know,hotel’s shampoo sucks big time!Aku cukup tak suka.haha.Then,kat shopping tu plak aku bli suar Levis.lol.aku mane de Levis.ni la first Levis aku weh.isk.kesian kan?Seblum ni aku pakai DKNY la ape la.HAHHAHAHAHAHHAAH~ ceh~ penipu saje aku ni.lol.Afta makan,balik hotel.hehe.aku cam maleh gile nak kuar dah lepas tu,tengok2 mak aku ajak kuar lagi.Pi kat kedai2 kat bawah ni pulak.adeh,tak cukup lagi ke shopping ni?aku penat weh.bosan pun ada.haha.sebab aku tak tau nak beli ape lagi.alih2 aku borong coklat je untuk kawan2 ku semua kang.Lepas dah pi hampir semua kedai yang besar2,mak aku nak pi pasar malam pulak~ argh.dah la aku tengah sakit perut kan time tu.rasa cam malas gila nak jalan dah.dia cam gastrik ke ape aku pun tak tau.isk.tak pe la.dah pi pasar malam tu,mak aku beli buah ape tah.aku tak pernah tengok mahu pun rasa.haha.dia kata dulu2 dia panjat pokok buah ni dengan auntie Afza sebab nak buah.haha.then ada satu makanan ni macam apom kecik tapi dalam dia inti kaya atau kelapa.ape tah nama dia.haha.aku lupe.sedap jugak~ hehe.kat KL tak de.

Then balik hotel,rest2 smayang ape sume,then keluar dinner.aku seriously dah malas sebab perut aku buat hal kan.aku cam tak nak makan ape,nak baring tido je.seriously macam aku kena gastrik dulu.sakit gile babi aa.aku tak nak aa pi klinik kat sini.orang nak bercuti bukan nak bawak anak pi klinik.haha.so tak pe,aku ikut je la.nak cakap tak nak ikut kang kena marah plak~ isk.memula nak pi restoran nelayan.restoran tepi paya.haha.then ayah aku nak pi Pantai Chenang.ok la situ best sikit.happening sikit.oho.then,makan kat restoran RASA.ok jugak restoran ni.aku sah tak makan nasik dah la.aku makan pizza.hehe.mak ayah aku je makan nasik.oh aku tak lalu nasik dah~ tak lalu nak makan pun sbenarnya.tapi kat menu dia aku tengok ada pizza plak kan,aku pun trus order la.hehe.dengan air pink guava.hehe.dah tu,time air aku dan mak aku sampai *ktorg order air buah*,ada pulak chopstick dalam air tu.Aku trus teringat kat sanggul yang orang buat guna chopstick tu.Eww.mak aku pun sama.haha.dua2 dok geli2 dah nak minum.AH.aku minum je la~ tak bleh nak buat ape dah.geli pun geli.mak aku siap tengok air buah orang lain lagi ada chopstik ke tak.yang peliknya,tak de.haha.air aku dengan mak aku je ada.Gasak aa.aku dahaga.haha.

060620091042

*Restoran RASA.Dia pasang musik bali.Aku suka banget!*

060620091044

*Menu.Not that expensive rite?*

Then,lepas makan tu,jalan2 jap kat Pantai Cenang ni.Aku bli topup.hihi.sebab airtime nak habis dah.Afta that,balik hotel!hehe.

1 comment