Thursday, July 2, 2009

Happy Birthday Ariff Asyraf!

Woot woot!Harini birthday boy~ lala. ;p

Semalam aku dengan Fau punya la gagap nak cari hadiah untuk birthday boy ni kan.haha.Punya la ronda OU tu.lol.Asalnya aku nak cari buku untuk Naquib tuition.Bila dah bayar tu aku baru tringat yang aku tak beli ape2 lagi hadiah untuk Asyraf ni!Adoi.Nasib baik ada kat OU lagi.Tapi macam agak malang lah,sebab aku tak tau nak beli apa.Ada beberapa benda yang terlintas difikiran tapi aku macam tak confident nak beli.Takut dah ada,takut nanti macam tak sesuai ke pulak,takut semua la.

Harini pulak,aku g beli kek untuk birthday boy~ XD then,aku amik Naquib kat Sri KDU pukul 3.20pm aku dah sampai sana.Tapi auntie kata Naquib kuar dalam 3.30-3.40pm.So,aku tunggu je la kat pintu kecik tu.Bila nampak je Naquib aku pun terus la panggil.Dah tolong angkat beg ape semua,Naquib kata nak slurpee pulak.Aku tanya la, ‘mama bagi ke panas2 ni minum slurpee?’ dia cakap ‘bagi..mama bagi..’ sambil tersengih~ haha.Aku call la auntie dulu tanya boleh ke..mintak Naquib cakap dengan mama dia.Then,green light~ boleh beli slurpee.Beli la 3.Satu untuk Naquib,Angah dengan Along.

Then,g la Denai Alam.Dalam 4.30pm cam tu,aku tadi teacher Math untuk Naquib.Harini buat Plus,Minus,Structure Questions dengan ape tah yang cam isi tempat kosong tu.And one more thing aku ajar Naquib cara nak kira soalan2 cam 220-34.Ye la kan 0-4 tu kan tak boleh.So aku ajar la macam ne nak kira. :) Cepat tangkap Naquib ni.Kalau extra kerja skit je boleh lagi dapat ok dalam Math.

Lepas habis session (sejam 15min) then ktorang pun duduk2 je la.Sembang2.Sayang pun dah balek dari beli satey so aku tolong2 la susun2 makanan ape semua.Tunggu uncle balek then semua pun terus makan~ hehe.Meriah!Ada bubur durian,soto,satey dan kek!hehe.Meriah walaupun dalam suasana kecil-kecilan. :)

 

Buat Asyraf,

Happy Birthday!Wah wah dah tua setahun kan?Best ke 16tahun ni? :P Semoga panjang umur,murah rezeki dan semakin tabah dalam menghadapi segala dugaan.Jangan nakal2.haha.Kalau ada apa nak tanya kat akak ni,tanye je la.Akak sedia membantu.Nak mintak tolong ape2 pun boleh. :)

DSC_0006 *Ariff Asyraf with the cake in the middle. ;p*

Sape2 nak berkenalan dengan Asyraf ni..sini blognya –> Ariff Asyraf's Blog

Haha.Free publicity.lol.

P/S: Gambar tu aku amik kat blog Asyraf.hihi.

2 comments

  1. woah woah!panjang nye.hahaha.ohh thnx kak for the cake.also,thnx for coming,fetch naquib,beli slurpee..apa2 je ahh akak buat semlm.we really appreciate it. ;D

    ohh yea,blog itu copyright n owned by blogspot serta ayraf.free publicity is prohibit.hahahaha.jk jk jk.saja je nk bg panjang komen nih.hehehe.

    p/s:thnx again kak!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Haha.Biasalah~ akak memang suka type panjang2 ni. XD Hehe.Alah tadek ape la,Asyraf~ akak suka je beli kek,fetch Naquib semua tu.Sebabnya akk pun bukannya ada kerja ape pun. :)

    Haha~ dan dan copyright. :P

    ReplyDelete