Wednesday, July 1, 2009

Kata orang.

Pedulikan apa orang nak cakap.Kenapa kena dengar apa orang nak cakap tentang diri kita?Sebabnya orang nampak kita dari luaran?Hurm.Pada aku,apa yang kita percaya tu yang lagi penting.Kenapa kena orang lain?Kenapa pemikiran kita kena dirombak oleh orang lain?Tak ada pendirian ke?Kenapa semua perkara yang kita lakukan,kena ada kaitan dengan orang persekitaran?Tak cukup ke dengan apa yang kita rasa kita tahu?Pelik lah orang2 ni.Mudah terganggu dengan persekitaran.Pedulikan apa orang nak buat.Kita tak boleh nak halang.Kalau dia tak layan kita,buat apa kita nak berusaha bersungguh2 supaya dia layan kita jugak?Cukuplah dengan apa yang kita dah ada.Bersyukurlah dengan apa yang kita dah ada.Jaga benda yang ada di depan mata.Jangan sampai terlepas tak dapat nak tangkap balik,sudahlah.Ye lah,kalau ada gelas kaca yang limited edition punya yang beli kat kedai Ismail Group Langkawi,jaga elok2.Jangan bagi sampai pecah.Bila dah pecah,dah tak ada dah gelas tu.Nama pun limited edition kan?Janganlah jamu orang datang yang ada anak kecik dengan gelas tu.Jamu dengan gelas biasa dah lah.Yang boleh beli baru kalau dah pecah tu.Setidak-tidaknya,kalau dah pecah,ada gantinya.Itulah,aku masih tak faham kenapa orang sangat lah sensitif terhadap apa orang lain buat/cakap.

*Maaf.Ye,aku tak ada hati.I’m heartless.Semua orang pun tau’

Post a Comment