Sunday, August 2, 2009

Jusco AU2 + Petrosains + Traffic Jam Day.

I went to Jusco AU2 yesterday.Nak amik reservation kat Syu.Syu bukak booth baru kat situ.So skang ni syu ada dua booth lah.Tak pernah sampai lagi Jusco tu.So,macam biasa lah.Sesat sikit je.Hehe.Sampai2 tengok kedai makanan banyak gila kat situ!Seriously.Dia macam open concept punya mall.Pelik tapi memang wujud pun.Kat atas rumah aku ni (Desa ParkCity) pun buat concept yang sama.Tapi takde la sebesar Jusco AU2 tu.Lepas sampai,call Syu tanya booth dia kat mana then g la cari Syu.Hehe.Wah.Best dapat subang baru.Dengan cincin bunga biru!Thanks sayang.Pi bayarkan plak dah kan~ :D Then,lepas tu makan kat situ,and then off to KLCC.

At KLCC,i visited my long lost friend, the petrosains. ;p Masa baru sampai kat depan Petrosains tu,aku call Amin.Tanye dia kerja ke tak ke haritu.Dia ada kat dalam dia kata,suh aku bli tix masuk.So,aku dengan Irfan pun pi lah beli tix and then terus masuk.This was like my forth time kot g Petrosains.Basically aku dah hafal serba sikit dah ape yang ada.Kiranya yang eye catching la.hehe.So,aku dengan Irfan pun jalan la dalam tu.Try,testing2,jawab soalan ape semua lah yang best2.Sampai kat dinosaur yang rap tu.isk.kat situ yang aku ingat ada satu pameran tu pasal udara zaman dulu2.Aku ingat tu sebab mak aku pernah bau lepas tu dia kata busuk gile.Haha.Time mak aku bau tu,lepas dia kata busuk,aku tak brani nak bau.Then aku g lagi dengan Zati and Dayan,aku rasa aku kena bau la kan.Memang busuk ah.Haha.Tapi tak de la sangat2. :D

So,time sampai kat simulation tu,kena tunggu giliran.Amik tiket and all then tunggu lah.Masyaallah.Dah la ada rombongan skolah,dengan tempat yang gile limited nak tunggu,dengan bunyik bising2 kat situ,dengan gile chaos la tempat tu aku tengok.Rasanya macam tak sesuai plak kan letak mainan tu kat situ.Sebab tu tempat menunggu and some more nak dengar announcement lagi.Alat mainan dia pulak bukan yang senyap2.Alat2 musik la ape la.Kata 4 years old saje boleh masuk,tapi aku tengok budak skolah menengah pun tibai skali masuk.Gile tak reti baca ke pe?Isk.Amin,aku rasa situ kena ada at least la 2 orang jaga kat area tu kalau weekends and kalau ada rombongan.Smalam aku tengok sorang je jaga.Kesian dia.Gopoh gile ah.Time aku nak naik simulator tu la,amin msg aku. (eh ke call?Aku lupe).Lepas tu,aku pun jalan je la.Kat pelantar tu ha.Ronda2 g tengok bilik dia la ape lah.Agak menyeramkan lah.Time aku first time g situ lagi aku macam dapat rasa something kat situ.Tak sangka la plak memang ada kat situ.adeh~

Then,terjumpa Amin kat Speedway ke ape tah nama tempat tu.Time aku nak amik gambar dengan engine F1 V10.Hehe.Oh oh pasal engine jangan kacau aku.lol.Memang aku suka. :D Sembang2 skejap,cakap pasal benda2 best kat petrosains,lepas tu Amin nak g lunch so aku dengan Irfan pun teruskan perjalanan,habiskan sesi Petrosains ktorang.Time kat Dark Ride tu,ada this one part dia ada UV light.Since dark ride tu aku dengan Irfan duduk depan,blakang ktorang ada budak skolah naik.Memula tu aku macam gelak2 la kan pasal UV tu.Dia pantulkan warna putih,skali aku pusing blakang je tengok budak skolah tu punya baju memang seriously bright gile!Aku ape lagi gelak aaa gile kuat.Tak pedulik dah aku.Alah,budak skolah je kot.Haha.Nasib tak de nampak cecair yang mencurigakan ke ape ke kat baju,tompok2.Kalau tak…memang kena gelak dengan aku lagi la.Irfan pun join gelak sama.Geng la kita kan,sayang.hehe.

Then,g la jalan2 kat KLCC tu.Fuh ramai gile orang.Tak tahan aku.So ktorang lepak la kat Starbucks tu.Duduk2 minum jap.Aku pun dah mula tak sehat sebab terhidu directly asap rokok mamat omputeh kat tepi aku tu,ktorang pun blah dari KLCC.Parking murah gile plak kan.Rm6+ je.Dehel?Slalu ayah aku parking 2jam pun dah rm8+ aku rasa.pelik2 la apesal murah.haha.Tak faham aku.Tak pe abaikan.

Then,jalan2 je la dalam keta.Jam gile KL sebab ada reformasi ISA tu kan.Ah.Aku tak nak masuk campur.Biarkan je.So,lepas dah jam satu hari,g singgah makan kat Kayu Original kat2 area Tropicana tu.Then balek umah.Sebab aku pun dah tak tahan sakit.Tapi aku hyper plak kan.Haha.Banyak cakap betul smalam.ish.

Tapi ape2 pun,aku happy.Sebabnya plan aku dengan Irfan menjadi. :)

Enjoy the pictures!

6640_113464804259_723444259_2170112_3592765_n

*The V10 Engine*

6640_113464719259_723444259_2170098_2312257_n

*Irfan and Me*

6640_113464724259_723444259_2170099_1460338_n

*The 3D car*

6640_113464729259_723444259_2170100_2406334_n 

*Kat depan wayang kulit*

6640_113464734259_723444259_2170101_6643045_n

*The Infinity Mirror*

6640_113464744259_723444259_2170102_7017762_n

*Before entering that dinosaur rapping thingy*

6640_113464779259_723444259_2170108_2589480_n

*Heat sensor*

6640_113464784259_723444259_2170109_7874583_n

*At the Pelantar Minyak*

6640_113464789259_723444259_2170110_3642240_n

*Inside the bunk*

6640_113464799259_723444259_2170111_5324071_n

*Oh.Only half of it.Got another half*

6640_113464769259_723444259_2170107_1690765_n

*Khas buat Asyraf. ;p*

Post a Comment