Thursday, September 24, 2009

Raya Day 1

Pagi raya,aku bangun awal jugak tapi semua orang tak bangun lagi then,baring2 lepas tu aku terus mandi.Nasib baik aku duduk rumah atas,sebabnya tak ramai orang berebut bilik mandi. :) Lagipun,baju raya aku jenis yang tak payah nak iron dah,so selamat dan jimat masa & letrik la aku kat situ.Hehe.Lepas aku mandi,berduyun2 anak Mak Teh nak mandi.Tu la,sapa suruh bangun lambat.Kehkehkeh.

Lepas mandi semua,aku turun rumah tok.Kacau orang yang tak mandi lagi kat sana.haha.ada yang masih tidor lagi tau!Time tu dah nak pukul 8am dah kot.Haha.Pak Lang aku la.Tido lagi.lol.Aku naik tingkat atas,Sofia (cousin) tengah iron baju raya family dia.Lepas tu,Nadia (adik Sofia) pulak iron,tukar turn.haha.Sebab sofia pi mandi. XD Then lepas Nadia iron,Tasya (adik derang dua) pulak amik turn iron baju.LOL.Derang ada 6 pasang baju nak di iron denga 4 helai tudung.Hehe.Banyak kan?Sambil derang tengah iron baju tu,aku tengok je la.Sambil mekap2 kan diri aku yang huduh ni.Pakai gelang dan subang raya.Ayah aku beli.Hihi. XD

Then,tunggu je la 3 bradik ni siap2.Sebab nak makan skali dengan derang ni.Tunggu punya tunggu,Irfan called dari Sabak.Ucap selamat hari raya.Dia dah nak g Sembahyang Raya dah time tu,suruh aku call mama ucap selamat sebab mama tak g Masjid.So,aku pun terus la call auntie.Call tapi tak angkat.Maybe sibuk kot.Pagi raya maklumla kan.So,tak pe.Aku tunggu je la lagi 3 puteri ni bersiap.Naik turun aku.Haha.Perut dah lapa.LOL.Then,auntie call.Dia tak kenal no digi aku.Sebab aku tak pakai dah no DiGi tu sebab kat rumah tak de line DiGi sangat.Cuma kat penang tu line DiGi pulak ada,Maxis tak de.Bengong.Haha. :P Then,aku pun ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua lah.Lepas tu,3 puteri tu pun dah siap.Turun makan~ Ada rendang daging,nasi impit,ketupat palas,ketupat pulut,kuah kacang,sambal goreng,dengan kari ayam :) Wah banyaknya!

IMAG0294 IMAG0299 IMAG0303 IMAG0304 IMAG0305

Then,aku kedepan.Tengok2 orang dah start datang.Yang laki2 tak balik sembahyang lagi.Dah ada orang datang.Nak bergambar pun tak sempat.Haih.Tak pe.Raya la katakan.hehe.Semua suka datang umah tok aku.Sebab tok aku Pak Imam kat masjid kampung tu. :) Derang panggil tok aku tok su.So,bila orang laki dah balik dari masjid,salam-salaman semua,then mulalah mak long aku pun datang,mak uda,mak tam semua yang dekat2 lah.Lepas tu,semua lah datang.Payah aku nak senaraikan semua.LOL.Along,Masyitah,Syakirah,Syahirah,Fatimah,Sulaiman,Muhammad,anak2 mak tam yang aku tak berapa nak kenal nama,Hussien,Idris dan ramai lagi la!haha.Aku dengan Masyi,Nadia,Sofia,Hafiz,Tasya semua duduk satu tempat je tengok orang datang dan tunggu budak2 kampung datang beraya sebab nanti nak bagi duit raya.Hehe.Sorang dapat rm1 tu.dulu2 mau 20sen je.haha.Pernah time dulu2,aku g beraya round kampung,ada satu rumah ni dia tak de duit tukar,dia ada rm1.Tapi nak bagi sorang 50sen,terpaksa aku bagi 50sen kat sedara aku dan aku amik rm1 tu.Boleh pulak trade2 cam tu.Haha. XD

Then,bila dah petang skit tu,sesi bergambar untuk family Mak Lang.Aku juru kamera.Sebabkan aku juru kamera,tak de sape nak amik gambar aku. :( Tu lah aku nak beli DSLR tu next year raya mesti dan wajib ada DSLR.Haha. :P Aku kan juru kamera tak bertauliah.

IMAG0337 IMAG0338 IMAG0339

Then,aku beraya kat rumah Masyitah aka anak Mak Long aku.Situ aman sikit,boleh la tengok2 gambar tunang along aku dulu dengan kak ajwa.hehe.Cantik2.!Lepas tu,aku dengan Masyi g rumah pak tam pulak.since paktam masak laksa,aku dengan masyitah pun lapar,makan je la situ.LOL.Amik kesempatan betul kan?Kat situ,bermulala cerita macam2.Pasal bf la,pasal anak2 la.Haha. :P Tunggu 4,5 tahun lagi,cita pasal anak aku pulak la kot.HAHA.Choih!

Then,aku balik rumah tok.Masih ramai orang lagi kat situ.Pening kepala aku terus naik atas,bilik mak aku tido,then tertido kat situ.Penat gila ah.Dah la panas.Lepas tu tak de perasaan nak raya.Time tu baru dapat 3 sampul duit raya.HAHA. (Amboi berkira tak sedar diri dah besar panjang!)

Lepas tu,mak aku kejutkan aku.Kata dah nak bertolak ke Kedah.Aku pun siap2,bawak turun beg2 baju semua kat bawah.Then,gerak ke kedah~

Bila sampai Kedah,aku macam mengantuk gila lagi.Aku terus mandi baru segar badan. :D Then,makan ape yang ada,tengok TV.Layan ano merajuk sebab Yunus tak sms dia satu hari.Then tido! :P

IMAG0353 IMAG0354 IMAG0355

 

Raya ke 2 pada post yang seterusnya.

4 comments

  1. kamu memang.
    padahal gambar banyak dah ada dah kan?

    ReplyDelete
  2. hehe.. kalo la blog kamu ni penuh ngan gambar, syg tgk gambar jer.. hehe..

    ReplyDelete
  3. saya tau kamu malas nak baca.
    Penat je tulis panjang2.haha

    ReplyDelete