Sunday, October 18, 2009

Bye-bye Mak Tam.Welcome to Sweden.

Semalam,aku pergi ke rumah uncle chik kat Putrajaya.Sebabnya nak konvoi ramai2 hantar Mak Tam ke KLIA.Mak Tam ni kira pangkat kawan mak aku la.Tapi macam adik-beradik ktorang jugakTah la aku pun tak tau macam mana dan ape connectionnya tapi yang aku tau aku panggil Mak Tam je. :) Mak Tam duduk kat Sweden.Jauh kan?Kalau kita,nak dekat dengan Sweden kita g IKEA je.Hehe.Well,Mak Tam datang untuk beraya di KL/Alor Setar.Cukup sebulan la Mak Tam balik Malaysia.

Harini,Mak Tam dah nak balik ke Sweden.So,seawal pagi aku bangun sebab nak bertolak ke putrajaya.Lepas sampai di Putrajaya tu,masuk dalam rumah Uncle Chik,aku pun macam dah tak tau nak buat ape dah.Sebenarnya dah lama aku tak jumpe dengan Mak Tam.nak dekat berapa tahun tah,9?10?aku pun tak pasti.Lepas dah salam Mak Tam semua,aku duduk then adik Mak Tam pun datang,Auntie Ida.Satu family.Anak ada dalam 4 orang.Tapi yang paling rapat dengan aku (first time jumpa semua ni!hahaha) yang no 3.Anak lelaki Auntie Ida tu.Nama panggilan dia Aiey je.Haha.Tapi cute gila!Aku dok melayan dia tengok TV la,makan kueh la ape semua.Sorang lagi budak yang cute dan nak aku layan dia anak Uncle Chik,Yaya @ Sofia.Cute! :D Semua dia nak,dari subang aku sampai la ke rantai aku.Haha.Semua dia kata cantik. :D

IMAG0575

*Yaya!*

Then,makan kat rumah uncle chik tu.Nasik ape tah kaler hitam2.Mak aku cakap nasik ulam ape tah.Tibai je la.Tapi mak chik pandai masak.hehe.seriously pandai masak! Sedap semuanya.Lepas makan,dah kenyang,sampai sorang lagi auntie Ita dengan husband dia.Ni geng-geng mami la kot time skolah dulu2 kat convent alor setar.haha.aku seperti biasalah,duduk je layan Yaya dengan Aiey tengok TV.Wonderpets lah,jimmy neutron la,fairly odd parents.haha. :D banyak gila aku melayan.Dengan kena tengok adik Aiey lagi,umur setahun.baru pandai jalan.Dia asik nak kacau laptop Mak Tam je.so,aku kena jaga2 la supaya dia tak g kat laptop tu.Macam babysitter pun ada jugak aku ni tadi.haha.tak pe lah,janji aku tak bosan sangat.haha.ayah aku pulak ke kenduri,jadi aku macam malas nak g,so duduk je la kat rumah uncle chik.

Dalam pukul 4.45pm tu,semua konvoi ke KLIA.Sampai KLIA je,nak check in tu,beg mak tam dalam 3 kali jugak kena punggah balik.haha.naik Thai Airways.Beg mak tam dalam 77kg.Gila kan?!Haha. :P Kena punggah balik,buat 2,3 beg baru lepas masuk check in.Then,bila Mak Tam dah nak masuk balai berlepasan tu,semua pun g la kat McD tu,makan skit dengan minum2.ayah aku blanje semua.hehe. :)

IMAG0583 IMAG0579 IMAG0581

Then,bila dah nak balik tu,aku dengan mak aku nak g toilet.ayah aku tak g,so dia duduk kat luar je la.lepas aku dengan mak aku keluar dari toilet tu,nampak ayah aku kat booth jual camera kat klia tu.aku macam ingat ayah aku dok belek2 je la.selalunya dia macam tak berminat sangat.tapi kali ni dia macam tanya orang tu macam berminat gila.then aku pun cucuk2 la ayah aku suruh beli dslr.lol.dia macam mula-mula tu tak minat sangat,tapi bila dah angkat,belek2 skit dslr tu,dia macam dah minat pulak.maybe dia tau kot,aku minat amik gambar.so kalau beli dslr pun tak de la rugi mana pun.hehe. :) murah tau dslr tu.rm1999 je. :) dari harga asal dia rm2199. jenama CANON.tapi tak tau lah,ayah aku nak belikan ke tak~ kita tunggu je la nanti. :P

No comments :

Post a Comment

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017