Thursday, October 8, 2009

Race driver.Layak kah aku?Haha.

Aku kalau bawak kereta kat atas jalan,memang menakutkan lah kalau orang naik dengan aku.Tapi,ada orang cakap aku bawak macam baaaikk je.Maybe sebab kereta aku ni tak berapa boleh nak laju kot~ Kalau lah aku dapat kereta yang aku tak payah asik setiap kali ramp minyak je nak kena tengok kat meter minyak (sebab kereta aku pakai karburetor,so paham2 la ye.sekali RPM naik,mau makan minyak banyak.kalau nak jimat,aku kena bawak RPM aku around 2.5 ke 2 ke), mesti aku dah race dengan mamat2 poyo yang convert kereta derang dari WAJA ke EVO tu.Hehe. :P Aku agak suka racing jugak,suka bawak kereta secara ‘kasar’ orang cakap.Mungkin sebab aku rasa tercabar kot dengan kemampuan orang lelaki yang kononnya terror drive kereta.Nasib baik kereta aku Proton Wira.Agak stabil chasis dia,kat corner mau aku taram 100km/j.corner tajam tu~ Haha.Tapi tak pe,aku macam dah tak berapa nak percaya kat chasis kereta aku tu dah,sebabnya dulu pernah accident.Lagi satu aku tak berapa nak percaya kat tayar aku lagi dah.Underarm dia ape semua,absorber,banyak lagi lah.Sebabnya aku pernah accident kat tayar sebelah kanan depan tu.Then,macam sampai termasuk tayar dia so aku kena drive stereng aku senget ke kiri dalam 45 degree time tu.haha. :D

Bab kereta,memang aku agak fussy.Aku mencari kereta yang sedap dibawak dulu.Yang penting,enjin kenalah yang jimat minyak sikit walaupun kita tekan minyak dan RPM naik sikit.Haha.Tapi sekarang ni pun memang dah banyak enjin yang intelligent.Yang pandai control minyak secara automatis.Tapi ada orang kata itu tak best,sebabnya nanti kereta kononnya tak laju lah,sebab minyak dia control so macam injection dia tu akan di control oleh satu device ni lah.Macam i-vtec dalam Honda.i tu Intelligent, vtec tu Variable Valve Timing and lift, Electronic Control.Paham ke ape maksud dia tu?Maksud dia mengcontrol pembukaan valve dan cam supaya sesuai dengan RPM kita. Kalau nak baca pasal i-vtec ni g lah website ni –> i-vtec explanation

Nak cerita pasal i-vtec ni,dia ada dua.satu DOHC i-vtec,satu lagi SOHC i-vtec.DOHC tu maksud dia Double Over Head Cam.Kalau SOHC tu pulak mesti lah Single Over Head Cam.Dalam DOHC,dia ada dua camshaft dalam satu silinder.So boleh lah nak enjin rev higher sikit.SOHC pulak ada satu je la.Dia single tapi control semua intake and ekzos valve.Kalau RPM tinggi,kita tak dapat la nak ada timing yang bagus.Ntahlah aku pun tak reti nak explain macam mana.haha. :D Cari sendiri lah korang ye.haha.

Sekarang ni,I’m eyeing onto Mitsubishi Lancer GT je dulu for my next new car.Macam yang aku bagitau tadi,aku agak fussy sikit.Aku nak kereta sedan.Tak nak kereta yang tak de bonet blakang.Sebabnya,aku nak kereta aku stabil,kiri kanan depan dan blakang.Supaya kat corner nanti boleh aku tibai 110km/j pulak.LOL.Lepas tu,aku nak kereta yang sedap dibawak,stabil,titik graviti dia rendah supaya stabil. :)

Aku kalau start cerita pasal kereta ni,memang payah sangat nak stop.Haha.So,skarang ni aku masih berfikiran waras,so aku boleh lah nak stop.Hehe.Aku stop sini dulu yeh.Kalau ada ape2 pasal kereta yang korang kononnya nak tanya aku,tanya lah.Aku pun mencari ilmu lagi. :)

Mitsubishi Outlander GT Prototype 1

2009-Mitsubishi-Outlander-GT-Concept-Rear-Angle-View-588x441

*Oh oh.Super Yummy this one!! Mitsubishi Outlander GT 2009 Concept*

3 comments :

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017