Sunday, October 4, 2009

Raya Raya Raya!! :D

Hari ni satu hari berjalan raya.Start dari Irfan datang rumah aku,beraya with my dad sebab dia tak sempat nak raya dengan my dad lagi.Then ke rumah Zati.Raya kat rumah zati sambil tunggu Zul datang.Ktorang nak konvoi ke rumah Erin. Tunggu Zul from rumah uncle dia.Sembang2 lah dengan Zati.Dayan pulak dah sms kata nak gerak.So,bgtau lah kat dia kata tengah tunggu zul.

Bila Zul dah sampai rumah Zati,ktorang terus gerak ke rumah Zati.Aku dengan Irfan lead the way.Sebabnya Zati dah terdelete sms dari Erin yang ada alamat rumah dia tu.Hehe.So,bila sampai kat rumah Erin je,ternampak Cikgu aku darjah 5 ke 6 cam tu.Haha.Cikgu Rizal.Dah kawin ada anak 2.hehe.Nampak sedikit tua lah cikgu.Ye la,dah nak 11 tahun kot tak jumpa.Wah!Lama gila! XD

Lepas makan2 kat rumah Erin,ada nasi tomato ke ape tah,lemang,daging kicap,ayam merah,nasi impit,kuah kacang dengan macam2 lagi la.Ada sup lah,kek macam2 jenis!Hehe.Tapi tak sempat nak makan semua sebab ada lagi open house yang lain.

PA012519

Dari rumah Erin,terus ke rumah Syu.Nak beraya dan passkan sekali tiket AAR tu.Hehe.Walaupun tak menjadi AAR datang malaysia *sobsob* tapi tak pe la,pass kan juga je. :D Sampai2 je,jumpa Syu,makan kueh Blueberry tart.Hehe.Syu pelawa makan nasi tomato,tapi aku dengan Irfan terlalu kenyang sangat makan kat rumah Erin tadi.Tapi tadi baru baca Syu reply kat comment kat one of this blog post,kata dia masak ayam merah.Ala.Syu tak kata dia masakkkk.Kalau cakap Syu yang masak mesti ktorang makan sikit…ehe. :) Dah tu dapat duit raya pulak tu.Segan je.hehe..Thanks Syu! :)

Then,terus ke Uniten.Jalan turun dari Equine Park ke highway menuju ke uniten tu macam dah bertukar sikit.Jadi complicated gila.So tadi aku pun macam terkeliru.Alih2 tersalah jalan masuk ke Putrajaya pulak.Adeh.Dah tu aku pulak tengah pening / sakit kepala, lagi lah pening tengok jalan bercabang2 macam tu.Lalu lah jalan dari Putrajaya ke Uniten.Hehe. :D

Sampai uniten je,semua orang tak sampai lagi.Tunggu lah kat upten tu.Irfan tukar baju ape semua,then ke upten terus.Jumpa lah rakan2 UG yang dah lama tak jumpa. :) Ombak,Che-ap,Yana,Cdex,Ina,Poreh,Kak long,Afiq,Pekan dan ramai lagi la.Kat Gegar Raya 2 ni (nama open house ni lah) ramai orang UG Uniten Group.Datang2 je terus daftar nama kat Poreh,then dapat tag.Lepas tu,tunggu lah yang lain2 sampai.Part ni yang macam lama sikit ni.Tu yang macam terpostponed sikit event nya.Sampai pukul 9 baru start makan.Hehe..Ada lauk lontong,kuah kacang,nasi impit,bihun goreng,nasi goreng,buah tembikai dan oren.Air grape dan teh panas! :D Than,time aku nak bubuh lontong tu lah derang nak announce aku menang Ratu ape tah kan.HAHA.Tak nak la weh.Aku segan la dok menang2 ni.Siap kena bagi ucapan lagi tu.Hahaha. :P

Lepas tu,balik rumah terus.Kesian sayang ku,kena drive jauh2 satu hari ni.Dah tu kena balik lambat sangat..Sorry yah sayang. :)

Gambar nanti saya upload once orang lain dah upload gamar derang. :) ni satu dua gambar untuk tatapan umum. ;)

 

78b1d80f0250b50fcb2894e24b627ab0

PA022526

7 comments

  1. I see a lot of potential 'jodohs' here. =D

    nice job with the blog. Luvin it.

    ReplyDelete
  2. meriahnya... raya sebulankan?? hehehehe...

    ReplyDelete
  3. eee...lama tak jumpa kak long.. dia buat ape skrg ek??

    ReplyDelete
  4. Hunky: Nah,it's just something that i love and can do. :) Thanks btw.

    Naz: haha.itulah.raya sebulan.memang beraya sakan lah!

    K Nysa: Hehe.kak long tak tau lah dia buat ape.tak sempat nak sembang sangat dengan dia sebab dia bzzz manjang last night.tapi dia macam tu je.hehe.tak berubah!

    ReplyDelete
  5. thanks tau dee for the tiket. duit tiket tu pun xbyr lg. huhu.

    ala dun worry lah. bkn sedap sgt pun syu masak. hehe. lain kali maybe boleh rasa.

    ReplyDelete
  6. Hehe.alah Syu tak payah bayar la.hehe.lagipun bukan banyak mana pun.dee amik pun kat OU je.dekat sangat sangat dengan rumah dee.haha. :)

    hehe.aha~ lain kali Syu masak wajib bagitau.hehe.sebab nak rasa. ;)

    ReplyDelete
  7. ain nak byr rm10. nanti ingat mintak kt dia.

    hehe no problemo bout that.

    ReplyDelete