Saturday, October 17, 2009

Video2!

Argh.Harini merupakan hari yang paling penat dan hectic skali dalam selama beberapa minggu ni.Harini aku shoot balik video ‘How to change car tyre’ yang di direct oleh Mr. Ariff Irfan.Haha. :P Penat gila.Gelabah tak sangat lah.Cuma mood tak de je nak shoot.Aku ingatkan nak shoot isnin depan.Tapi isnin depan last day untuk confirmkan boleh present FYP pulak.Ms. Masyura baru sms aku tadi pagi.So gelabah la aku sms Irfan cakap video kena shoot dalam 2,3 hari ni.Dia kata shoot harini la.So,aku pun g lah kat Drimba tu.

Nak shoot tu petang.Lepas hantar ayah Irfan ke officenya.Aku pun macam tak tau lah nak buat ape,macam moody,bengang pun ada tapi tak tau nak rasa ape time tu.Balik Drimba tu,Irfan bukak internet dan tengok contoh video yang ada kat internet.Nak tengok angle shot dia dengan cara penyampaian.

Lepas dah dapat video tu,ktorang pun g lah carik parking kat kawasan yang tak berapa panas dan lapang. :) Shooting bermula.Perasaan tensi dan bengang pun bermula.Tapi aku control.Takut nanti macam2 pulak aku kena.So,start lah buat.Tengok video contoh tu then try to do like what he does.Macam contoh terbaik adalah video tu.Haha. :D Tak pe lah kan sekali sekala kalau kita tiru sikit2 ape orang buat. :)

Time shoot tu,mula lah.Macam2 hal bertekak.Dah la tengah panas.Semua serba tak kena.Semua aku buat tak betul.Semua Irfan cakap salah.Haha.Macam anjing dengan kucing.LOL.Then aku macam malas nak gadoh.Macam terlalu malas,penat nak ada rasa marah tu.Sampai aku boleh main2 dengan benda jack tu.Tapi,ada satu point tu,aku marah gila jugak.Sampai benda jack tu aku tendang.Haha.Nak buat macam mana,marah teramat.Tapi tak boleh buat ape2 dengan kemarahan tu.so,tendang la jack tu.Then,lepas tu,kaki pun kebas.haha.

Hasil dari video tu,lutut aku lebam belah kanan,kaki kanan aku kebas dan ibu jari kanan aku luka.HAHA.Irfan dia cameraman,so dia macam sengal2 badan kot.Luka aku tak pasti.Payah betul la FYP ni.Nak pass punya pasal~

2 comments :

  1. All the best for ur FYP! I know u cn do it this time. U have to! ;)

    xo.

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak Nysa.This time ada confident skit.Harap2 lepas.hehe. :D

    ReplyDelete

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017