Tuesday, November 24, 2009

Selamat Tinggal.

Post ni di dedikasikan untuk arwan Tok Wan ku yang telah meninggalkan kami sekeluarga pada tanggal 20hb November 2009, 4 petang.

Tok Wan ku merupakan sorang atuk yang sangat disegani dan ditakuti oleh semua cucu-cucunya.Beliau terkenal dengan sifat yang mulia seperti baik hati,tak peduli orang berhutang dengannya,berbuat baik dengan semua orang,ambil berat tentang semua orang dan banyak lagi.Tok Wan ku merupakan imam di Masjid Ridhwaniah, Sg. Batu Pulau Pinang.Sebagai seorang imam,Tok Wan selalu ke masjid.Subuh,Zohor,Asar,Maghrib,Isyak mesti Tok Wan akan ke sana.Kuthbah Jumaat pun Tok Wan yang berikan.

Masa sebelum kematian Tok Wan,dua,tiga hari sebelum tu,Tok Wan ke pekan Sg. Batu (kot).Untuk beli kerusi plastik dalam 15 buah.Lepas tu,kerusi itu dihantar ke rumah oleh orang kedai tu lah.Since Tok Wan naik motor je,soorang kedai tu la yang hantarkan ke rumah.Lepas tu,semua orang macam terkejut dan tak faham,kenapa Tok Wan beli kerusi banyak-banyak.Tok Penang (isteri Tok Wan) pun tanya la, ‘Ni awat pi beli kerusi banyak-banyak ni nak buat apa?’ Lepas tu Tok Wan pun jawab, ‘Nanti orang nak mai tengok aku nak duduk atas apa?Ni duduk la atas kerusi ni dah beli dah.’ Faham kan maksud Tok Wan? Itu tanda yang paling nampak skali.Sebelum tu,masa Tok Wan ke Kedah berjumpa dengan saudara-saudara dia,Tok Wan siap bergurau lagi dengan saudaranya,cakap ‘Ni kita dua ni sapa la yang pi dulu’ Lepas tu,Tok Wan ketawa berseloroh. :) Tok Wan,Tok Wan.Time solat Hari Raya puasa pun, Tok Wan ada cakap,ni lah raya dan puasa dia yang terakhir.Semua orang terkejut mendengar ape yang Tok Wan cakap,tapi time tu,semua anggap itu satu gurauan saja jadi tak de lah nak kata ape2.Then,ada orang cakap,time Solat Jumaat,lepas kutbah tu,Tok Wan ada cakap, ‘Aku ni tak sempat nak sambut Raya Haji tahun ni’ Sekali lagi semua orang tak berapa nak amik pot sangat dan anggap itu satu gurauan.

Tengok-tengok,memang betul pun.Seminggu tepat sebelum Raya Haji,Tok Wan meninggal.Tok Wan tak sakit ape.Tak nyanyuk,malah masih boleh bercakap ketika Tok Wan terjatuh kat rumah dia.Time tu,Tok Wan dah macam sesak nafas rasanya.Acu dah call ambulans, Tok Wan marah-marah.Kenapa ambulans tak sampai-sampai lama dah tunggu.Pak Uda cakap,dalam ambulans pun Tok Wan tak henti-henti mengucap.Masih boleh bercakap lagi.Malah boleh suruh Pak Uda amikkan surat wasiat lagi.Ada dalam 2 sampul surat berwarna kuning dan hijau.Tapi,bila sampai hospital,Tok Wan dah tak sedarkan diri.

Dalam wasiat Tok Wan,tok dah siap tulis berapa mukim dia nak orang sembahyangkan dia,dia tak nak keranda,cukup hanya lapikkan dengan papan saja dalam liang lahad,duit untuk persiapan kematian dah di sediakan sebanyak rm4,000 dan gunakan duit itu untuk semua persiapan,duit upahan untuk orang yang mengangkat jasadnya dah disediakan dalam sampul kuning dan banyak lagi.

Masa mengiring jasad Tok Wan dari rumah ke Masjid (dalam lebih kurang 2 km) cuaca sangat sejuk,mendung dan suram.Seperti cuaca pun bersedih dengan peninggalan Tok Wan.Ramai sungguh yang mengiring jasad Tok Wan.Dalam 150 orang.Kesemua orang kampung dan rumah berdekatan.Betapa orang sangat sayangkan Tok Wan.

Kini,Tok Wan dalam kenangan.Tapi,hati semua orang sejuk dengan pemergian Tok Wan.Sebab Tok Wan pergi dengan bibir yang tersenyum.Sumpah.Memang sedang senyum.Alhamdulillah.Tok Wan,semoga roh Tok Wan di cucuri rahmat.Semoga Tok Wan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman

 

Al-Fatihah.

3 comments :

  1. May Allah bless him. Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. memang orang yg nak meninggal da taw bile dye nak meninggal..40 hari sebelum dye meninggal dye dpt rasa dah..huu

    ReplyDelete

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017