Thursday, December 3, 2009

Keciknya dunia ni..

Memang kecik dunia ni.Lagi2 kecik la KL ni kan.Semua orang yang aku kenal,kenal pulak antara satu sama lain.Dan orang yang aku kenal tu,aku kenal pada masa yang berlainan.Pening tak?Okay la,nak cerita panjang,nanti aku ceritakan kat korang semua.

Aku dengan kawan skolah aku,memang kenal dah lama la.Then, itu tak pe lah kan.Ni kawan2 universiti aku ni.Start yang tokey besar dia memang Mastura.Kalau aku tak kenal Mas,semua ni takkan aku kenal punya lah.So,kepala dia Mas.Aku kenal Mas kat Uniten.Time tu ktorang satu batch dan dia selalu datang lepak kat bilik aku kat ilmu.Tapi aku time tu tak seberapa rapat lagi dengan Mas.Dia kawan kepada roommate aku sebenarnya,Eva.So,dari Mas,aku start kenal dengan kawan-kawan sekolah Mas,macam Fau,Kat dengan Intan.Dengan Fau,aku kenal Acai.Then,lepas tiga dara tu,aku kenal Azim pulak dari Mas jugak.So okay,itu batch first lah kiranya.

Then,dari Azim aku kenal Shaqir dengan Mateen.Lepas tu dah tak berkembang dah ‘friends tree’ aku.

Then,kat Uniten pulak aku kenal Yana,dan aku intro kan kat Yana kedai Cats Whiskers yang aku buat part time dulu yang di intro kan oleh Zati,oleh kakak dia ; kat Cats Yana kenal Fau.So, Fau dan Yana kenal antara satu sama lain dah skang.Oh ye,Yana pun kenal Mas jugak.Ye la kitaorang kan satu intake dan batch. :)

Okay,Kat Uniten,aku kenal Along yang membawa kepada perkenalan dengan Bean dan seterusnya kepada Anny,Adrin,Koru dan Nik.Yang aku nak highlight kan kat sini adalah Anny pulak kenal dengan salah seorang sedara aku.Time tu memang aku tak tau.Bila aku dapat tau terkejut aku.

So,then dari Facebook aku kenal Ariff,bf aku skarang ni.Then tup tup,Ariff satu sekolah dengan Mas dan Fau dan Kat dan Intan dan Azim.Magik bukan?Then,kawan Ariff ni Redha,Zul dengan Syazwan.So,Redha memang satu sekolah dengan Ariff so sama la dengan Mas,Fau,Kat,Intan dengan Azim.Then,Zul pun sama jugak,satu sekolah.Si Redha dengan Syazwan ni pulak satu Universiti dengan aku dulu.Ariff pun sama,Uniten jugak semuanya.Haa.Pening dah kan? HAHA. :P So,yang study Uniten dulu Aku,Mas,Redha,Ariff,Syazwan.Tapi Mas,Redha dengan Ariff keluar Uniten.So,tinggal Syazwan sorang2 kat situ.hehe.Then,masa Ariff kat Uniten,dia kenal dengan Archangel,rakan aibob UG Forum.So,aku pulak memang selalu ikut aktiviti UG ni.Dalam UG ni aku kenal la dengan sorang ni nama dia Latios.Latios ni kenal pulak dengan Syazwan.Derang panggil dia Wan Kun.Kenal rapat jugak la selalu lepak2 Latios cakap.Yang si Wan Kun ni pulak kenal dengan Amin Bean tadi tu,dengan kawan Amin jugak,Hanafi.HAHA.pusing2 kat situ jugak kan?Okay,lagi satu,Ariff ni kenal dengan bf Fau,Acai.Dulu satu tuition kot kat sect 7 KD.HAHA.Kecik tak dunia ni?Pi mai pi mai tang tu.

Tapi yang paling best skali,Mas punya bf tu lah.Haa.Sape2 yang tak tau,tak tau la.Hehe.Aku tak nak bagitau kenapa dan apa.Hehe.Kalau tau,tau lah. :) Memang tak sangka betul lah time tu.

So,dunia ni memang kecik.Kita lari mana pun,mesti balik2 kat situ jugak kawan-kawan aku datang.Kita serumpun. :)

2 comments :

  1. wei..ko tertgl satu lagi mak aku kwn dgn mak arif..hahahahhaha..

    dh tu aku knl mas,fau,zati and arif ko je..tah2 nnt tah sape lah lps ni aku knl plak dlm kwn ko gak..ahhahahahah

    tapi perasan tak? yg "ehem" ko dlu tu, tade pun sangkut paut cmni..so itu mmg bukan jodoh ko..wakakkakaka..

    ptotlah hari tu kita lpak si fau n arif buka topik " kenal tak?" hahahhaa

    ReplyDelete
  2. Haaa.yana! betul tu! aku dah ingat tau time tu nak type tapi aku tah melalut ape terus terlupa.isk.sorry2.

    haa..ni mak yana ni kenal mak ariff jugak dulu.satu tempat kerja.haha. :D

    ex aku dulu memang tak de sangkut paut dengan sesiapa pun time tu.seriously aku tak kenal sorang pun yang dia kenal dan dia tak kenal sorang pun yang aku kenal.even sedara aku satu sekolah dengan dia pun dia tak kenal.nampak sangat kan? :P

    ReplyDelete

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017