Sunday, December 6, 2009

Saturday and Sunday.

So dalam satu enrty ni aku akan type pasal ape yang telah terjadi dalam dua hari lepas,Sabtu dan Ahad.Boleh kan?Jimat ruang skit.Dengan jimat masa skit.haha. :P

So hari sabtu.Aku bangun dan terus online dulu.haha.sebab harini hari best!harini aku akan berjalan2 bersama dengan painkillers aku! :) Mas dengan Irfan.Dua orang penting dalam hidup aku.Tapi sebelum berjalan bermula,aku dengan Mas ke kenduri kawin kakak kawan aku iaitu Azim.Lepas ke kenduri,ktorang amik Irfan kat d’Rimba the terus ke rumah Mas.Tukar baju and everything,ktorang pn terus ke Pavilion.

Sampai je kat Pavi,mak oiii ramai gila orang!Tak pernah aku tengok orang ramai gila nak mampus kat situ.haha.Seriously.Aku g dengan mak aku pun tak seramai tu.Hari minggu jugak time tu.Haih.Then Mas nak ke kedai Ralph Laurent tapi tengok2 floor tu tak de letrik.Gila kan?Tak de letrik kat Pavilion.Kedai RL,Coach dengan ape tah tu gelap gelita!Haha.Mesti rugi besar derang.So,jalan2 la dulu dalam Pavilion tu.Bila dah bosan berjalan,duduk kat Starbucks.kutuk2 orang.LOL.Ada satu tu Mak Arab pakai tudung ape semua tapi kat dada tu belah baju dia gila nampak segalanya!Haha.rasanya orang kita yang bertudung pun tak berani nak pakai sampai macam tu.Then,dah bosan duduk kat Starbucks,dah tak de orang yang boleh diperkatakan,ktorang pun beransur.Time nak balik tu je kat kedai RL tu ada pulak letrik.So masuk lah kedai tu kejap.Then tak de yang berkenan di hati,lalu ktorang pun bergerak ke OU.Kat OU,makan kat delicious.ehe. :)

IMG_1944

Itu untuk hari Sabtu,hari Ahad plak aku ke Karnival Jom Heboh kat Bukit Jalil.Sebelum tu aku ke rumah Irfan dulu amik dia.Okay,nak cari parking satu hal.Nak g BJ satu hal jugak.haha.Gila sampai aku macam gile giveup.hati dah meronta suruh balik je la tak payah la datang sini dah.Tiba2 banyak pulak parking kan lepas hati aku cakap camtu.haha. :P Bila dah parking tu,ktorang (aku dengan Irfan) terus cari booth Wanita sebab abg aku ada kat situ.Then,bila dah jumpa boothnya,abg dah nampak ktorang,so ktorang pun terus ke booth mytv3.Cari kawan aku Tam.Dia kerja roverz kat situ.Then bila dah jumpa semua,ktorang pun cuba cari makanan tapi tak jumpa.So beli la air yoghurt yang rm10 dapat 3 botol tu.minum satu pun jadi la.

Ktorang banyak ulang alik dari booth Wanita dengan MyTV3.Haha.Last skali time nak balik tu baru dapat jumpa makanan.haha.kesian kan.Satu hari aku tak makan seriously pening kepala.bila dapat makanan pun dah tak lalu nak makan dah.banyak minum air je.seriously memang ramai gila orang.Tapi niat aku ke sana pun nak jumpa abg aku je.sebab malam sabtu tu aku tak g tengok dia perform kat Laman Santai.Dengar kata dia merajuk aku tak datang kat Laman.Sorry ye abg.

Tapi memang panas gila kat KJH tu.Gila gila! Argh.Aku dah sakit kulit dah.Muka aku dah rasa macam semacam dah kulit dia.isk. :(

Selain dari Tam Roverz,aku ada jumpa Fazren Rafi tapi dari jauh je la.Aku call dia tapi dia tengah makan masa tu.Then second time aku call dia tak angkat.Maybe dia tengah bz kot melayan orang. :) Tak pe la next time.Bile aku sampai rumah Irfan dia call aku tanya aku kat mana.Aku cakap aku dah balik dah,tak pe la next time lepak2 la. :)

IMG_1953

*Kesian dia ni.Panas tu.Berpeluh2*

IMG_1956 

*Ni la abg aku*

IMG_1952 

*Jom Heboh 2009*

1 comment :

  1. amboi~ sempat lagi pegi sure heboh..heboh ke?~ hahahahha

    soi..rindu lok~ moh lepak juga..fyp aku dh settle..wakakkaka~

    ReplyDelete

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017