Tuesday, January 12, 2010

AJL 24 =)

Hari Ahad aku dan si boyfie tersayang pergi ke Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-24. Ktorang sampai stadium pukul 7pm.Dari parking ke stadium dalam 4 minit perjalanan la.Aku tak kesah,janji tak payah nak berebut2 dengan orang yang macam tah ape2.Baik parking jauh2,aku cakap kat Irfan.

Then,dah sampai stadium,tak tau nak masuk ikut mana pulak.Ktorang main tibai je,ikut orang yang pegang card VIP tu.So,ikut2 beratur la.Tapi sambil2 tu call kawan TV3 aku.Tapi tak dapat2.Asik connection error je.Ye la,dah ramai sangat,banyak line tertumpu situ,so macam interference lah sikit (banyak jugak sbenarnya =p ).Bila tak dapat tu,aku mencari2 la jugak kawan2 TV3 yang aku kenal kot2 berkeliaran kat luar2 tu.Tengok2 aku ternampak Hamdi,aku pun tegur la.Tanya dia kalau seat kat ARENA nak masuk ikut mana?Dia kata kat pintu seblah sana,dekat2 dengan orang yang beratur untuk Aras 3 & 4 tu.So,aku dengan Irfan pun g kat sana.Beratur la..Lama gila plak tu gate dia nak open.Nak dekan 7.30pm kot baru bukak.Gila betul.Sesak2 kat situ.Kes raba meraba pun ada la semua.HAHA. =p

Bila gate dah bukak, (itu pun sebab orang yang beratur kat Aras 3 & 4 jerit2 ‘BUKAK!BUKAK!BUKAK!’ ahaha) semua pusu2 nak masuk.Pulak time aku dah dekat dengan pintu tu, Hairi (myTV3) datang then macam menyemak cakap aku tak bleh masuk!Haha.Main2 ye kamu Encik Hairi! =p Dah masuk,turun tangga masuk ke bawah,then cari tempat duduk.Usher mula2 kata MyTV3 punya tiket duduk kat sebelah kiri depan.Tapi bila sampai kat lane tengah,orang jaga tu kata duduk je mana2 kat tengah2 ni.Depan dah penuh.Ugh!Mula2 tu aku macam tak puas hati jugak la kan,tapi tak pe la.Seat yang ktorang dapat tu pun kira ok la.Dekat dengan kamera yang amik high shot kat blakang tu.Then,aku tengok la.Ramai je yang masuk lambat dapat duduk kat depan2,kat tempat MyTV3 punya tiket tu.Ugh!

So,bila dah start,Datuk Siti buat performance dulu.Nyanyi lagu MUH yang lirik dia ‘tak tahan..tak tahan…’ Then,Lan ex-MUH pun masuk,duet dengan Datuk Siti.Then,yang bertanding semua start nyanyi.Yang aku ingat,antara2 yang terawal,Estranged,Misha Omar,Aliya dengan Bunkface.Then masuklah Aizat,Yuna,Black,Hujan,Stacy dengan Faisal Tahir. (tak mengikut turutan sebab aku tak ingat.lol)

Bila time Commercial Break je,nanti Sharifah Shahira,Angah (Raja Lawak) dengan Nabil (Raja Lawak) akan masuk stage dan buat lawak.Haha.Lawak betul nabil cakap dia tak tahan tengok Datuk Siti nyanyi ‘Tak tahan..tak tahan..’ HAHA. =p bodohh!

Bila dah selesai semua,dah tau nama pemenang (Aizat menang dengan lagu ‘Kau Pergi’ tribute to Allahyarham Yasmin Ahmad),aku dengan Irfan try untuk mencari mamat sorang ni yang bernama Erry Putra.Tapi tak dapat2.Call pun asik error je.Then,dalam proses mencari tu,aku ternampak Fazreen (Dafi Spa Q).Aku pun g lah jumpa dia.Dah lama tak jumpa.Salam,kenalkan Irfan semua,then aku pun mencari la Erry balik.Lepas tu,aku terjumpa Shila (OIAM),salam dengan mama Shila dan jumpa Shila then terjumpa dengan Shera MyTV3 skali.So,aku dah giveup mencari Erry,ktorang pun nak keluar dari stadium.Time tu,Irfan terjumpa kawan dia.Liyana Shahab dengan bf nya.Terkejut jugak la masing-masing. =) Jumpa skejap then ktorang pun keluar dari stadium..

Bila dah sampai kat kereta,dalam 15minit jugak la,baru dapat gerak ke jalan besar.Gila jam nak mampuss. =) Sampai rumah pun dalam pukul 2am.Irfan pun sampai rumah 2am lebih.Kesian.Penat masing2.

Ape2 pun,keputusan aku agak suka la.Cuma aku tak suka itu sorang tu lah yang memang dan yang pasti bukan Faizal Tahir yang aku tak suka tu. =p dan surprisingly,mak aku pun tak suka orang yang aku tak suka tu.HAHA.

Gambar nanti aku postkan kat sini ye.

Post a Comment