Sunday, January 24, 2010

Birthday,Sleepover and Makeover! :D

Yesterday aku tido rumah Mas,sebab tu tak dapat nak update blog ni.Hehe.Well,at first aku g celebrate birthday adik Irfan kat TGIF subang Parade.Birthday Naquib.9th years old.Aku time 9th years old masih lagi mak aku buat party,panggil kawan2 sekolah datang rumah dan have fun.Aku suka persiapan nak buat party sebab nanti mak aku akan buat game show.Time tu best gila! ada musical chair lah,quiz lah ape lah.And the hadiah untuk siapa yang menang tu (ada hadiah tau!!) mesti beli kat JAYA shopping complex , yang dah ranap di telan api tahun lepas tu.Kat situ ada kedai toys yang sangat best! :)

So,berbalik kepada Birthday Boy,aku sampai lambat gila.Sebabnya aku ingat tak ada celebrate ape pun sebab Embah derang ada kat rumah.Tapi tengok2 Embah dah balik kampung (kot) so derang pun celebrate la.Hadiah pulak aku dah belikan siap2 then passkan kat Irfan je the day before tu.So,aku sampai lambat gila,dengan traffic jam lah ape semua.Sampai2 je derang dah habis makan dah..aku pun segan gila nak makan sorang2 kan.haha.So,burger tu share la dengan Irfan dan Naquib. :) Then,Asyraf panggil orang TGIF tu nak suruh nyanyi lagu happy birthday untuk Naquib dengan nak cake one slice untuk birthday boy.Then,bila dah nyanyi,tiup lilin semua,Naquib pulak malu2 kan.HEHE. :D

IMG_2904 IMG_2896

So,lepas tu,semua gerak.Aku dengan Irfan jalan2 jap kat situ then ktorang balik rumah Irfan kejap.Rehat2 then gerak ke Pak Li Kota Dsara untuk makan petang/malam skali.Then,aku pun balik rumah.

Sampai rumah je,aku mandi2 cepat sebab Mas nak datang amik aku plak.Aku tido rumah dia kan.ehe.Then ktorang semua ke Hartamas sebab Mas tak makan lagi.Aku dah kenyang so kat Hartamas aku minum air dengan share waffle dengan Fau je la.Then,terus gerak ke TTDI pulak.Beli burger untuk supper dan DVD untuk wayang tengah malam nanti. :P Time nak beli burger tu pening jugak lah.Dengan ada yang tak nak sayur la,tak nak bawang la.haha. :P

Lepas dah siap burger,terus ke rumah Mas.Sampai je terus makeup session.Haha. :P Aku start dulu dengan Mas.Pakai la segala ape tah kan,foundation lah ape lah,eyeshadow lah eyeliner.Nampak macam drag queen dah aku.HAHA. :D Then,Intan pun join.Fau jual mahal tak nak makeup.Ah!Lepas tu,sesi ambik gambar.Tapi sebelum tu,Fau akhirnya mengalah jugak..Dia makeup tanpa ditemani sapa2 pun.LOL. :P Tak de la,ktorang semua pun sambung makeup time dia makeup supaya muka nampak lagi macam drag queen ye.hahahahahahaha. =D

IMG_2966 IMG_3012

Then,time sesi bergambar tu,kechoh la.Macam biasa,ambk gambar pakai timer  sebab semua pun nak enterframe okeh.Then,sorang sorang la mandi pulak.Lepas makeup,mandi~ :D Then,dvd session time! haha. Tapi malang,DVD player macam tak nak main je DVD tu…Sedih betul la.Akhirnya ktorang tengok je cerita Hitman kat Astro.Disebabkan sebelum tu semua pun makan burger dan setiap sorang dapat seketul ayam KFC ihsan dari Abg Mas,so semua pun mata kuyu je.haha.Alih2, DVD kemana semua masuk tido~ :D

So,harini ni memang manyak best! :)

No comments :

Post a Comment

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017