Wednesday, March 31, 2010

Aku tak sama dengan dia.

Aku dah kata banyak kali. Aku tak sama dengan dia. Kalau dia pernah buat macam-macam kat kau dari segi lain, tak semestinya aku akan buat benda yang sama kat kau. Jangan ingat aku ni sama macam dia. Tapi kalau kau pun fikir macam tu, aku tak dapat nak buat ape2 lah.

Aku pun akan balas balik lah. Dengan segala benda yang kau dah buat kat aku, aku buat balik pada kau. :) Cara senang. Dah berkali-kali aku kata, jangan layan aku macam kau layan dia dulu tapi kau tak faham. Aku cakap bahasa ape? Bahasa yang kau tak faham ke? Ataupun hati kau yang buta? Tak nampak atau tak dengar ape yang aku cakap? Takkan kau tak faham kot? Selepas kau dah kantoi haritu kau masih tak belajar lagi dari kesilapan? Kalau kau suka buat ape yang kau buat tu, teruskan. Sebab aku akan jadi pioneer kau. Kau lah boss aku. :)

Tegur aku dengan cara kau, layan aku dengan cara kau dan cara kau itu akan kau kena balik suatu hari nanti.

Post a Comment