Tuesday, March 16, 2010

Dubai –> Frankfurt –> Heidelberg

Orait. Harini aku nak update pasal next trip aku tour the world. Cheewah. World ke? Aku belum Mawi World lagi la. :P Well,this time aku nak type dalam Bahasa Melayu. Malas nak type dalam English. Esok2 la pulak aku type dalam English.

So, Dari Dubai International Airport, lepas dah siap shopping first batch souvenirs kat Dubai Airport Duty Free,semuanya mahal2 belaka kat sini okeh!! Aku cukup geram aku tak de cukup duit nak shopping. Memandangkan aku ingat yang ada lagi 3 tempat aku nak g melawat ni and besides aku akan datang balik airport ni nanti dari London, so aku pun simpan lah niat nak beli banyak2 dan macam2 tu. Ayah aku bagi 100Dirham = RM100 la more so. So,aku pakai semua terus habis! HABIS!! Bukan aku beli ape sangat pun tapi seriously,satu keychain yang cabok2 pun dah 25Dirham. WTF. Aku tau la korang dah bankrupt tapi jangan la suwey sangat jual keychain mahal gila kan. Haisss.. Tak de langsung yang jenis 3 for 10Dirham ke.Haram~ So dubai memang mahal. PERIOD.

Then, board the aircraft.777 lagi.Tak pe lah janji aku ada ICE untuk main dan lihat. Flight ni 7 jam lagi. Wah. Lama betul la! Oh ye,korang nak tau kat Dubai kan check-in dia semua self check in. Kiranya korang bawak beg nak check in pun kena check in sendiri kat skrin sesentuh yang derang dah sediakan. And pretty practical jugak lah. Cepat,senang tepat. Orang yang kiranya buta IT pun boleh faham. :) Best! So,berbalik kepada aku dalam flight. Tak de ape sangat lah nak cerita. Aku pun bukan buat ape sangat.Tengok ICE je la.

Sampai kat Frankfurt, semua dah bawak kuar sweater masing2. Ish. Aku nak cerita part landing dia yang seram gila nak mampos! So okay, bila fleet aku tu dia terbang atas ruang Frankfurt airport, pilot dapat arahan dari tower tak boleh landing lagi sebab angin sangat lah kuat and bahaya. Besides derang tak de tempat nak park the fleet pun. So, pilot buat announcement cakap kena jalan-jalan lagi (tak de la dia cakap macam tu okeh.dia cuma cakap weather tak membenarkan land and tak de tempat nak park kapal terbang blablabla.Suara confident gila) Then, aku nampak la kat peta kat TV besar dalam kapal terbang tu,tunjuk yang ktorang dah sasar and buat satu bulatan kat atas airport tu.haha. Then, aku tengok luar, banyak kapal terbang kat blakang ktorang. Dalam 4-5 kapal! wow! Tak pernah aku alami semua ni.haha. Then pilot cakap, we have to land..blablabla aku pun tak paham sangat yang aku tau land je la. Cabin crew semua sebok2 nak duduk la kan. Tu la tadi sapa suruh jalan sana sini. haha. :P Then time nak landing tu, fuh~ nak tercabut jantung aku.haha. :D Seriously, memang windy gila nak mampos! And then kapal terbang tu senget sana sini. Macam nak lawan arus. Aku duduk tepi tingkap tengok je la sayap tu. ‘Jangan la ko patah…’ hahaha. Aku bebel sorang2. :P Semua orang senyap dalam flight tu. Lepas dah selamat touchdown, semua lega. Suara pun keluar balik dan aku seriously salute pilot tu. :P Kalau boleh aku nak keluar dan jabat tangan dengan dia.

So,dah sampai Frankfurt. Airport dia paling tak lawa antara semua yang aku pernah g setakat ni. :P Sorry to say,macam kilang. Hehe. Dah amik beg semua, then cari Taxi. Senang nak cari jugak tapi memandangkan ktorang ni seramai 6 orang, still kena cari satu van la. Tapi tak dapat sebab nya semua dah tak de situ. Semua dah ada pelanggan la kiranya. Sebab, keretapi pun dah stop servis sebab angin kuat gila. Before that, 3 jam tak ada airplane naik dan turun kat airport Frankfurt. So, agak congested la situ. Dapat taxi pun, kena bahagi dua. So 3 kat satu kereta,3 lagi dalam yang lagi satu. :) Terus ke Heidelberg! Yay~ Oh ye, time ktorang sampai ni pun dah malam. Aku tak ingat la pulak what time tapi memang dah malam and kedai2 pun dah tutup. Sampai kat hotel Leonardo, check in and then makan kat restoran arab kat sebelah hotel tu. Nasib baik bukak lagi. Halal la semua. Tapi derang ada jugak yang masak daging babi cuma derang masak asing. Lalu tak lalu,makan je. haha. Aku lapar dan mengantok. Lepas makan…Tido time!

Okay lah entry dah panjang aku type sikit je la pasal Heidelberg ni. Esoknya,bangun pagi2 makan breakfast kat bawah hotel.Aku makan cornflakes je la since semua tak halal okeh. So,lepas breakfsat, jalan2 la kat area2 town Heidelberg tu. Ada woolworth. tapi tak masuk pun. Sebab destinasi nak g adalah satu castle ni. Aku lupa nama dia ape. Schloss Heidelberg kot. Fulamak! Castle yang lawa gila! :) Singgah amik2 gambar. Castle ni atas bukit, so nak naik tu ktorang naik tram. :) Dah puas tangkap gambar semua, ktorang masuk la kat ruang makan dia yang merupakan ruang makan untuk raja dulu2 jugak. Situ ada restoran jual macam tea and kek la. Dah la sejuk gila nak mampos kat luar, around 7 degree celsius kot, so semua nak minum tea panas. And aku pun makan German Cheesecake. Telan saja malas nak tau ingredients dia.haha. Tapi,yang aku confirm dalam Black Forest cake dia ada alcohol sikit. Sebab time aku nak rasa sikit,aku terbau alcohol yang sangat kuat. Nak tak nak,aku dah cedok dalam sudu,terpaksa telan~

Lepas Schloss, ktorang turun bawah jalan kaki je,sebab tak penat mana pun.And tak curam sangat la. So,jalan sampai ke hotel. Sebab nak kena checkout dah tengah ari tu nak g Frankfurt. Penat kan? Hop sana sini. Otw nak ke hotel tu singgah la beberapa kedai jual baju. Aku beli extra baju turtle neck. 5Euro saja. :)

So,cerita kat Frankfurt aku akan cerita dalam next entry! Sorry la korang kena baca panjang2.hehe.Aku tau bosan sebenarnya cerita ni. LOL. :P See ya!

IMG_3805 IMG_3806 IMG_3796IMG_3797IMG_3776IMG_3777IMG_3787

6 comments

  1. Syg: Hehe.jom la.kita dah plan London.Frankfurt nak singgah jugak ke?

    Piston: hehe.best la jugak.sebab dapat tengok benda baru. ;)

    ReplyDelete
  2. eh tak bosan lah ....i like reading someone's POV of their vacation and journey best giler .....feel like u get to see the place thru their eyes .....
    I see u had a good trip .....keep updating

    ReplyDelete
  3. DEv: haha. :D Well have to update the rest of the trip but have no time. ish :( perhaps later.thanks for reading babe.

    nsp: i am working in a consultant company.

    ReplyDelete