Monday, May 17, 2010

Pasar Malam

Aku tak tau kenapa aku suka sangat pergi pasar malam. Bukan best sangat pun kan? Ke best sebenarnya kalau g pasar malam ni? :P Aku suka sebab barang2 dia murah. Macam-macam ada kat pasar malam tau.haaa..jangan main2, skarang dah upgrade. Even Bra pun ada jual tau situ. Haha. :P Aku tak tau la sape nak beli bra kat pasar malam.

Well, aku suka g pasar malam kat TTDI. Every Ahad kat area Mantissa College tu (dulu Jaya Jusco). Semalam aku g dengan parents aku. Syok la situ. Makanan dia kalau kat pasar malam TTDI tu sedap2 je. Kalau kat pasar malam lain macam susah nak dapat yang sedap2. Selalunya mesti buat macam sambil lewa je. TTDI memang still in my top list of pasar malam. Jangan main2, aku pun ada list of pasar malam okeh. ;p

Yang first memang TTDI la tak boleh dinafikan lagi. Tapi yang second kat mana eh? Haa. Yang second dalam list aku ni jauh skit tempat dia. Kat Langkawi. Aku suka Pasar Malam kat Langkawi. Pasar Malam dia every Khamis and Isnin kot. Ke selasa? Tah aku dah lupa. Haha. :P Tapi pasar malam kat Langkawi memang best! Makanan dia lain dari yang lain. Macam kalau orang Langkawi tengok mesti la nampak biasa je kan. Tapi kalau orang KL macam aku ni yang perak (jakun), memang aku suka la kat Pasar Malam kat  Langkawi tu. Dia ada dua tempat je yang aku tau. Satu kat Pekan Kuah, satu lagi kat area2 Padang Matsirat kat airport situ. :D Memang best. Kalau korang berpeluang nak g Langkawi, g la pasar malam dia and try semua makanan kat situ yang korang rasa kat KL takkan dapat punya. :)

Aku suka g pasar malam sebab 1) Makanan dia. Murah dan sedap. 2) Ada jual keropok yang aku suka. Beli 5 rm10. Murah kan? 3) Ada seluar tights yang aku suak harga murah gila je. RM10 aku pernah beli. :P 4) Buah-buahan dia segar dan murah gila. Bayangkan buah orange kalau beli 20 harga dia RM10? Tak ke gila? Haha. 5) Aku suka tengok gelagat orang kat pasar malam yang kalut.

Tapi..aku tak suka g pasar malam time hujan. Serious membosankan dan menyusahkan. Dengan payung2 ape semua. Oh no. Bukan tempat aku la kalau time hujan nak g pasar malam. :D

 

Kesimpulannya, aku memang suka g pasar malam. Hehe. Korang plak?

No comments :

Post a Comment

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017