Sunday, July 25, 2010

Semalam hari yang best!

Semalam hari yang sungguh best! Aku beli cawan starbucks yg berharga rm50.haha. Lepas tu aku beli air Starbucks harga rm11 mcm tu but since guna cawan Starbucks yg aku beli tu,so dia tolak rm2. :D Syok gila ada cawan tu. Macam hari-hari aku minum air Starbucks. Eventho air masak je pun. hahahahahaha! So lepas ni aku nak belikan untuk Irfan plak. So bleh la geng nanti! YAY! :)

Sebenarnya ktorang keluar pun nak g amik baju aku kat Subang. Aku ada order satu baju kat Fab’louz Boutique (Fablouz Boutique) Then lepas tu dah tak tau nak kemana aku ajak Irfan ke Sunway Pyramid. Kat situ la aku songlap satu cawan Starbucks yg sungguh mahal. Tapi tak menyesal aku beli cawan tu. :)

Then, ktorang tak tau nak buat ape kat Sunway P, ktorang terus ke Jusco Bukit Tinggi. First time ni g situ. HAHA. Siap tgk google map lagi jalan nak g. :P Akhirnya sampai jugak. Besar gak la Jusco dia ni. Tapi banyak level yg tak bukak lagi. So rasa macam suram gila Jusco ni. Lagi syok g OU. Happening YO! :)

So,itu je la seba sedikit pasal hari aku semalam.hehe.

34906_415053149068_671354068_4686592_2833852_n

* Ni la cawan yg aku beli smalam *

Thursday, July 22, 2010

Bizi body aku tak suka ah! :)

Entry aku ni,khas untuk orang yg suka gila busy body hal orang lain. Orang yang suka baca blog orang lain dan pass kan cerita tu kat orang lain. Kalau cerita yang elok2 tak pe, ni cerita yang buruk2. Orang kampung kata, mengumpat. Aku memang tak gemar langsung orang macam ni. Menyusahkan hidup aku dan orang lain.

Kalau asik sangat nak tau pasal aku, nak kawan dengan aku, tak payah nak mengumpat pasal aku. Buat cerita yang bukan-bukan and cerita yang bukan-bukan pasal aku kat orang lain/kaum kerabat lain.

Ape ni? Suka sangat nak menyusahkan hidup orang ke? Tak boleh tengok orang senang sikit? Aku malas nak cakap, tapi ye lah. Blog aku ni aku punya. So ape aku tulis,ape aku letak,gambar ke ape ke semua nya aku punya. Kalau ko nak tengok,baca and then nak mengumpat pasal aku dari ape yg ko dapat dari blog ni, korang boleh tolong jangan baca blog aku lagi. Aku tak nak private blog aku ni Tak akan pun. Cuma aku akan terus menulis or should i say menaip entry yang macam ni sampai korang-korang tu bosan nak baca blog aku. Call me violence ke, kurang ajar ke tak hormat ke ape semua tu aku boleh tolak tepi senang je. Kalau dah facebook pun aku kena block korang, takkan kat blog aku tak boleh loosen skit privacy aku? Takkan semua benda aku buat,kena fikir pasal korang? Siapa korang? Tak ada siapa2 pun lah setakat ni.

Get a life lah korang. Cukup2 bawak mulut pasal orang lain ke orang lain. Kalau korang tak suka tgk aku happy, aku bahagia, korang tu sebenarnya yg tak bahagia dalam hidup korang. Aku berani jamin tu. Sebab, kalau orang bahagia, dia tak perlu nak fikir pasal orang lain pun. Tak perlu nak mengumpat, gossip2 golongan makcik2 pun. Ape ni tak ingat tuhan ke? Mengumpat tak tentu arah. Gelabah sangat apehal? Tolong lah get  life. Korang don’t even know me.

GABJP and GAL!

Pissed off gila dengan orang macam ni. sungguh k.o.l.o.t!

And one more thing.

24583_388226513918_634608918_3864029_3787394_nAku dengan mamat dalam gambar ni, nama dia Ariff Irfan is in love with each other. Dan korang tak perlu nak menyampuk segala ape benda yang ktorang buat. Kalau nak sampuk, nak sebarkan benda yang korang tak puas hati ktorang buat, sampuk kat ktorang terus. Jangan nak cari orang lain nak sampuk. Paham?

Wednesday, July 21, 2010

Aku tak hadap lah!

Aku tulis blog ni saja untuk suka hati aku. Aku dah lah tak de adik beradik sembang, dah pulak aku cakap dengan kucing macam orang gila. So blog ni lah segalanya untuk aku tulis saja aku nak.

Kalau aku kata aku nak makan nasi ayam kat blog ni. Tak semestinya aku NAK nasik ayam tu. Mungkin aku nak makan benda lain. If aku kata aku nak kereta, aku bukan hadap sangat nak kereta. Kalau aku nak, aku usaha nak beli sebab ayah aku takkan beli kereta utk aku. Aku bukan anak manja macam orang yg tak ada adik beradik yg lain.

So sapa makan cili dia yg terasa pedasnya bila baca blog aku ni. Jangan anggap diri tu teramatlah penting sangat. Ingat aku tak boleh hidup ke kalau korang tak ada. Aku dah lalui sakit perit hidup yang lagi teruk daripada korang tak ada lah. Aku tak hadap dan tak nak pun ape2.

So dari message semua tu aku dapat semua orang bajet diri dia penting. Padahal aku tak hingin pun lah!

Untuk orang yang rasa dia tersangat bagus, satu je lah aku nak bgtau. Aku boleh keluar dari kelompok ko skejap je. Dan lepas tu jangan hadap nak cari aku balik. Don’t even dare.

Monday, July 19, 2010

Kawin.Kawin.

Beberapa bulan yg lepas, time musim cuti sekolah ramai je yg amik kesempatan untuk buat kenduri kawin. Aku ada la jugak dalam 3,4 rumah aku pegi. Ada dalam satu hari sampai 2,3 rumah pun ada! Dahsyat kan? :) Yg aku ingat aku pegi kenduri Fatihah, kenduri Fezal, kenduri Zila cousin Irfan, dan yg lain2 tu kawan2 Irfan la. And then kenduri kawan2 sekolah aku macam Shahril. So memang banyak kenduri aku pegi tahun ni je.

And dari situ la aku macam berangan, bila time kenduri aku nanti macam mana. Warna dia ape. Theme semua. And sudah semestinya grand ok! Tapi masih sederhana je la. Tema warna ada la beberapa dalam kepala otak ni. Then hantaran nak berapa ape semua tu nanti lah dalam 3,4 tahun lagi baru bincang. Skarang nak fikir nak berapa hantaran memang aku tak tau la kan. :) Kalau boleh dapat satu kereta pun dah cukup dah. Tapi tak muat atas dulang plak kang? Letak kunci kereta je la atas dulang tu. HAHA :P

Syok bila tengok orang buat persiapan perkahwinan. Macam rasa sungguh happy je. InsyaAllah time aku dalam 3,4 tahun lagi mcm tu jugak la. Aku nak buat se best yg mungkin! Haha. Aku dah melalut berangan. Bukan ape, aku tgk gambar2 kawan2aku kawin, semua lawa2. Takut time aku kang tak lawa plak lol. tak pe la kan, janji kawin. :)

So lepas ni,bulan 10-12 la plak kenduri kawin banyak. Bulan 12 ni je ada 2 orang office mate aku kawin. Syok syok!

Friday, July 16, 2010

Rakyat Malaysia suka merungut.

Aku sebagai rakyat Malaysia, memang suka merungut. Tapi aku nak cakap pasal perangai rakyat Malaysia yg suka merungut bila harga barang naik. Minyak naik 5sen,merungut macam minyak naik rm10. Sama je semua. Perangai rakyat Malaysia. Aku ada pantau, dari dulu lagi or sejak aku dah berkereta ni aku agak prihatin dengan kenaikan harga minyak. Tapi aku tak lah terlalu melenting dan menyalahkan kerajaan sepenuhnya.

Ape yg aku nampak, bila minyak naik semua gelabah. Rilex dah lah.Aku tau la korang pakai minyak hari hari. And bila minyak naik,confirm semua barang pun naik. Tapi dalam gelabah2 korang tu, still korang isi minyak jugak and then when the time flies, korang terus senyap dan terbiasa dengan harga minyak yg baru tu. So just tak payah nak buat havoc, cakap nak pi jumpa PM la, nak bom kerajaan la, nak naik kenderaan public lah. Alah banyak songeh la rakyat Malaysia ni. Time-time macam ni la prihatin plak kan kat PM la,kat kerajaan la. Hadoh hadoh ape la orang Malaysia ni. :P Time kita senang-senang,time tengah peaceful je tak de plak nak tiba2 cakap Teima Kasih PM,terima kasih kerajaan sebab mengekalkan keamanan Malaysia.  ;D

Tapi dah dasar manusia kan? Benda yang buruk selalu je akan diperbesar-besarkan. Benda yg buruk selalu nak diekspose kan supaya semua orang nampak. Yang baik, yg terselindung tu kenapa tak dieksposekan skali? Takkan time Merdeka baru nak kata ‘Saya Sayang Malaysia’ kot? :p

Aku type ni bukan sebab aku sokong kerajaan ke atau sebab ayah aku ada dalam kerajaan ke ape. Aku just menyampah tengok rakyat Malaysia ni gelabah tak tentu pasal bila satu benda tu jadi. Semua merungut dan merungut dan merungut macam tak de kerja lain nak buat. Kalau dah tak suka sangat minyak naik 5sen tu, pindah je la pi negara lain. Kan senang. Aku tau la gaji pun tak naik naik. Tapi yg aku tak faham golongan yg suka merungut ni, derang stakat hangat-hangat taik ayam je. Stakat kechoh kat Facebuk dengan twitter kata nak buat itu la nak buat ini la bancian la ape semua tapi haram satu ape pun tak de. Kalau nak gaji naik, tingkatkan produktiviti. HAHA. Ye ke macam tu? Aku tak tau.

Tapi ape yg aku tau, stop grumbling about something yg korang rasa hangat taik ayam je. Sebab aku naik menyampah bila baca.Sekian.

Thursday, July 15, 2010

I just need somebody to love.

I know ni tajuk lagu nyanyian Justin Bieber si budak kenot tu tapi tak kisah lah. Aku suka tajuk ni. Tak kisah lah orang nak kata ape. Orang mesti tertanya-tanya, eh bf ko g mana? Aku cakap la balik ni kan, bf aku tak g mana-mana pun. Ada je kat rumah/office/kereta/shoppingmall/whereever lah. Lepas tu korang mesti tertanya-tanya lagi kan dah tu apesal ko nak kena ada somebody to love plak? Then time tu la aku jawab… Aku suka je dengan tajuk ni. Tak de kaitan dengan yg hidup mau pun yang mati pun. Biarlah. Sebab aku rasa tajuk ni best. Aku suka bila sebut tajuk ni aku rasa bersemangat dan terus teringatkan at Irfan.

Tapi malam ni, i just need somebody to love sebab…aku ni tak cukup kaseh sayang ke? HAHA. Ntah la. Nak kata tak cukup, tak tau la kan. Cukup je kot. Tapi ntah lah. Mungkin aku punya sayang ni terlalu banyak kot nak diberikan kat orang. HAHA. :P Tak habis habis. Mungkin aku punya somebody tu bukan orang pun. Maybe kat kucing. Or maybe kat benda2. Who knows? :P Only i know.

Sigh. I need to go to bed now. At least i hope so i can.

Wednesday, July 14, 2010

Change for the better or best?

I don’t know if we could change for the best or for the better? But definitely not for the worst. It is for both of it? Best and better? My brain still thinkin about it. :)

Well, now my Irfan has his own blackberry. We can bbm now! :) Yippie! We can use all the icons and stuffs. Love it! <3

Sunday, July 11, 2010

Meatworks Restaurant.

Last Friday night me and my beloved officemates celebrated our former officemate, Lina’s birthday. So, Shahrom and Pn. Ros has decided to go and have dinner at Meatworks at Solaris, Mont Kiara and the theme is ‘Black & White’.

Izzati picked me up from home and then waited for the others to arrive. We convoyed from Izzati’s place while sayang Irfan from his D’rimba house.

Our company booked the entire second floor. So, it’s all ours. We can do what we want there. :) It’s more like a photo session rather then eating session. I ordered Ribeye and fruit punch mocktails. Irfan ordered ribeye as well and somw drink that i can’t remember. :P So, our entree is a mushroom soup. I don’t want to comment about this soup as any words for the comment will be so freaking negative ones. :D

After the main course, photography session is in session. :) We have two photographer, Irfan and Yom. Although Yom is the official photographer for Thinkplus Consulting. :D Then, the cake arrived for Lina’s birthday!! Yummey! But i’m way to full so i can’t finish the cake given. :(

Just enjoy the pictures,guys. There’s nothing i want to say here. :)

IMG_5388 IMG_5396 IMG_5406 IMG_5263 IMG_5303 IMG_5307IMG_5305 IMG_5383 IMG_5349 IMG_5350 IMG_5374 IMG_5376 

*Enjoy these pictures!*

Wednesday, July 7, 2010

I hate being played.

Aku tak suka dipermain-mainkan. Aku ni bukan alatan permainan. Aku manusia yang ada perasaan. Dan aku seorang yang cepat marah. So, jangan main-main dengan aku. Aku tak suka lah. Ingat aku ni ape? Orang yang senang untuk dipermainkan ke?

Terbang tinggi.

Aku ada niat nak jadi pramugari. Tapi niat tu tak kesamapaian. Cita-cita aku yang dari kecik sampai la skarang ni (tak pernah berkubur ok walaupun tau memang takkan dapat). Tak tau kenapa, tapi aku minat gila kerja pramugari. Biar orang nak kata ape. Sebab if aku jadi pramugari, 1) Aku bleh g jalan2 dengan freely nya sambil bekerja. 2) Aku boleh jadi lebih keperempuanan (assuming yg skarang ni aku macam agak kasar dan tomboyish.walaupun aku hari-hari pakai leggings g kerja.haha) 3) Aku bleh la nak bawak mak aku,ayah aku g terbang mana2. Dapat diskaun ma. Nanti aku dah kawin dengan Irfan, bleh la aku bagi free tickets. :p

Tapi, semua tu hanya angan-angan kosong,zero,nada. Takkan terjadi mahupun sedikit pun. :) 1) Faktor keluarga. Maybe parents aku tak bagi, but maybe bagi. Mak aku bagi dah now. Ayah aku, tak tau la. haha. 2) Faktor lain-lain lah kot. Kewangan, masa, Irfan lagi. Susah if jauh dengan dia..Nanti rindue~ :) So, aku hanya simpan angan-angan, tengok dari jauh je la. Kawan-kawan aku ada post gambar and tengok derang happy-happy,aku ni stuck buat kerja yang tak seberapa aku suka. Tak pe lah kan, janji dapat duet dah la! :P

Tuesday, July 6, 2010

Pilots are for brave people only!

I love pilots. Since i know that there’s a ‘car’ that can fly. Since i know, stewards and stewardess are real human being and since i love flying. But, only people with money and of course passion can be a pilot. And also bravery. They need some kind of engineering mind combine with bravery to become a pilot. You are driving not just an ordinary car. In fact, your route has no surface on it except on the runway. And you are driving not just some ordinary car, even Ferrari don’t cost that much. I am talking about 50 Millions plane here. Even just for a normal Boeing ok. :)

So, become a pilot and then come to me because i want free air tickets! ahahahahha. :P

Sunday, July 4, 2010

Sungai Sendat, Hulu Yam Bharu!

Wah! Harini aku dan warga Thinkplus Consulting pegi mandi sungai! :) Memang best sebab ada BBQ skali. Semua hasil daripada Shahrom the Chef. :D So, bangun awal pagi sebab nak kumpul kat Spicy dulu. Then bila semua dah datang, dah siap makan semua..So konvoi la ke Sungai Sendat. Sebelum tu, semua berenti isi minyak kat Petronas kat Manjalara ni dulu. :)

Then, bergerak ke Hulu Yam. :) Jauh jugak la nak ke Sungai Sendat ni. Dalam nak dekat 40min jugak kot.Dia tambahan lagi beberapa KM dari Ulu Yam. Jalan nak masuk tu, mula2 jalan tar elok je la sebab ada kawasan perkampungan kat situ. And then lepas tu dah semua jalan tanah merah dengan berlopak sana sini. Irfan plak baru je tukar tayar dia hari jumaat lepas, so memang sayang la kan. Dugaan betul la ni. :P Ada la jugak dalam nak dekat 300m kot jalan tanah merah tu. Tapi semua kereta ktorang lepas je. Macam2 jenis kereta ktorang bawak. Ada Vios, Myvi, Viva, Starex, dengan Saga aeroback. Semua lepas je. So aku rasa,bab jalan ni tak ada masalah lah. :)

IMG_5206

And then, bila sampai je kat pintu masuk tu,kena bayar rm5 untuk satu kereta, and then nasib baik time ktorang sampai tu, tak de la ramai orang sangat. So,port ktorang agak baik la jugak. :)

IMG_5213

IMG_5214

Then, team khemah pasang khemah, team bbq siapkan arang bbq semua, team gossip pun gossip so semua buat kerja masing2 time dah dapat port tu. :) Dengan sejuk gila and nyaman gila, aku bila dah nampak tikar tu rasa nak baring je la kan. Haha. Tapi hati rasa macam tak sabar nak masuk air. Cuma aku takut air tu sejuk, which is..memang sejuk pun la! :P

IMG_5231

* Team BBQ *

IMG_5222

* Team Khemah *

IMG_5220

* Team GOSSIP GIRLS xoxo *

Then, bila ayam tengah dok kena bakar, aku dengan Irfan pun masuk la dalam air tu,jalan jalan saja nak test kesejukan air tu. Skali masuk je kaki, mak aih sejuk gilaaAAA!!! haha. Aku dah la tak suka sejuk. Memang tak de mood dah la kan aku nak jalan jauh2. :P Kesian Irfan sebab dia nak pi kat tempat dalam skit supaya bleh rendam badan. Aku tak nak.. Then,second time aku masuk, time tu Zati dengan Haizan dah ada dalam air dah. And memang sejuk gila la kan air tu. Aku redah je. So snap la gambar satu dua. :) Lepas tu je, terus hujan~ :D

IMG_5251 IMG_5245 

Time hujan tu,semua tak duduk senang dah la kan. Sebab time ni la Mr. P aka Pacat akan timbul. LOL. Semua bila rasa gatal kat badan skit je, dah risau dah. Hehe. :) Termasuklah aku.. Tapi Alhamdulillah..tak de pacat pun gigit aku. Maybe darah aku tak sedap kot. Haha. ;p Time nak tunggu hujan reda tu, ktorang makan la ayam bbq rekaan Shahrom. Memang sedap meletops lah. :D Then, time tu memang sejuk gila..Tapi budak laki dah masuk dalam air dah. And aku dengan Zati pun rasa nak masuk, so ktorang pun redah je la masuk. Haha. memang confirm la sejuk macam ais kan air dia sebab dah la tengah hujan, air plak memang dah sejuk..ditambah dengan hujan lagi,angin semua..memang complete la kan sejuk ais dia. Even time kita cakap pun bleh keluar asap. Tengok, tak payah ke London pun bleh cakap kluar asap. Jangankan London, ke Genting Highland pun tak perlu. Kat Sungai Sendat ada. haha. ;p

Lepas tu, semua duduk2 dan berehat2. Ada yang makan-makan..ada yang nak tido (aku la tu) ada yang tgh bakar kambing la ape la. So, semua bz buat hal masing. Time ni plak, kambing baru masak, so ape lagi semua nak makan kambing la sebab dah sejuk sangat. Then, ke second stage of air terjun. Kat kawasan orang suka slide. Tapi ktorang tak slide la. Takut la nanti terkena batu kang naya je. So, semua berendam je kat situ. Tapi air dia tak sejernih kat bawah. Kat situ air dia kotor dan berminyak and berbau kari/tomyam. SO yucks gila! Once dah masuk aku dah bleh bau kari tu. So,aku masuk tak lama and then naik balik. Tengok ada sorang ni nak buat slide. Gerun gerun. Dia dah slide dari atas, bila sampai bawah je tak timbul2 dah. Risau gila semua orang. :s

Then, makan time lagi…kali ni kambing lagi dengan hotdog. Lepas makan, aku dengan Zati pi mandi kat toilet dia. Lepas mandi je trus segar gila! Lepas tu, dah bye kat semua, aku dengan Irfan pun balik. Dan skarang ni, aku rasa tak sedap badan dah. hehe.

Saturday, July 3, 2010

Shayang Shayang Shayang..

I am dead board today. Malam ni nak tengok Argentina lawan lah. Tengok curi2 je la since TV my dad yg pegang the remote if malam2. Hehe. Oh yeah, I tak tengok TV together with my dad.  Weird? Thought so. But it’s normal in my family. So, bila my dad tgk TV, I’ll be playing my laptop, tgk facebook le and all. But my eyes ada jugak la tengok2 kat TV tu. Haha. :P

Well, talking bout my dad. He’s BBM-ing me now. Dahsyat kan? Tak mau SMS dah. BBM je skarang. Hoho. So IT nowadays. I couldn’t imagine bila aku dapat anak nanti. Haha. Tah tah dalam rumah pun main paging2 je. Or BBM-ing jugak. HAHA! So canggih man!

If lah aku dapat anak nanti, nama dia aku dah tau dah nak letak nama ape. :P And aku nak beranak kat KL. LOL. Demand lebih kan? Haha. Angan-angan je lah kan. Orang pmpuan, memang suka berangan pun. Haha. :P

Tak sabar nak tunggu the Argents lawan! Pritttttttt~~~~ :P

And..

 

I love my sayang Irfan! <3

Fish & Co.

Semalam after kerja aku dengan Irfan g OU. Nak beli hadiah untuk Asyraf sebab birthday dia smalam and nak beli hadiah untuk Uncle Ehsan jugak skali. Syg also bought me a gift! :) Cawan Hello Kitty yang LAAAWAAAAA gila! I love Hello Kitty.hehe. Thanks Syg.

So, lepas dah beli hadiah tu. Kitorang nak cari tempat nak makan la. Since dah bosan dengan Chilis, ktorang nak cari tempat makan yg lain. Seoul Garden, Irfan cakap. Then aku pun okay je la.

On the way ke Seoul Garden tu, aku nampak kedai Fish & Co ni. Then aku pun suggest la kat Irfan, makan kat situ nak tak? Dia okay je. hehe. :) So, ni kira first time jugak aku makan kat Fish & Co.

Aku order the great fish and chips ke ape tah nama dia and Irfan order sweet and sour fish and chips. :) Harga memang murah gila okay! And starters ktorang order fried calamari! Oh superb sedap! :D (Dah terbayang bayang dah aku ni. haha) And then, air plak masing2 air gelas besar blended. Aku tak ingat nama air yang aku order tu ape, tapi aku ingat Irfan punya. Haha. Dia order air Sea Monkey ape tah. LOL. Aku ingat pun sebab aku nak sangat bela binatang Sea Monkey tu. Pernah bela dulu tapi ada orang bagi mampus kan dia. So, skarang ni nak cari pun dah tak de dah. Aku beli kat Toys’R’Us dulu. Skarang dah tak de. Sigh.

IMG00173-20100702-2023

* My busyuk! *

IMG00174-20100702-2023

* My fish and chip *

IMG00169-20100702-2018

* Fried Calamari *

IMG00170-20100702-2019

* Syg and his Sea Monkey drink :p *

IMG00172-20100702-2021

* Syg’s Sweet and Sour Dory fish and chips *

 

Lepas tu, aku pun shopping la part aku. Aku tak de perasaan nak beli baju or anything pun now. Sebab malas nak shopping. Aku lagi rela beli benda makanan or simpan duit. Tunggu bila ada nafsu nak shopping baru la shopping. :) Tapi aku ada beli satu baru ZARA ni. 50% jadi rm49.90 je. So aku rembat la satu. :P

Well, have a nice weekend. Harini aku nak tgk movie kat laptop aku je. Esok aku nak pi mandi Sungai Chiling dengan officemate aku! Tak sabarnya! :) Dah lama tak mandi sungai.