Thursday, August 12, 2010

Bazaar!

Okay, time bulan puasa ni, ape benda yang paling best skali??? Ape?? Yeah! Bazaar!! Aku suka gila g bazaar Ramadhan. Sejak aku duduk uniten aku gila g bazaar. Hari2 aku g bazaar Serdang dulu. haha. :P Time tu serdang je la yang best. And then, baru belajar g bazaar Putrajaya la, bazaar pkns bangi la (dimana aku telah terkantoi oleh seseorang sebab aku g bazaar dengan kawan shisha aku). Ah. Kenangan 2 thn lepas lah tu. Haha. :P Dah lama dah, tapi rasa skejap je.

Okey berbalik kepada cerita bazaar. Tak nak la cerita kenangan2 silam aku tu kan. Buat ape lah. =D So, semalam aku gi bazaar TTDI. Aku suka bazaar ni dulu2. Tapi smalam macam agak menyedihkan. Dah la tak banyak orang yang jual [mungkin sebab hari pertama], lagi2 ada pulak jalan kat tengah2 tu macam menyusahkan orang nak lintas ke seblah sana. Bagi aku, susunan dia sucks gila this year TTDI punya bazaar. aku harap ada perubahan la nanti2. Sebab, semalam cameraman TV3 pun nyaris2 nak kena langgar. Sebab gerai seblah kiri kanan kat bahu jalan tu, and then kat depan gerai ada plak keta parking2 situ dah jadi sempit dah jalan tu. Dengan orang ramai lagi campur dengan kereta yang nak lalu jalan tu lagi. Fuh!~ Pening gila semalam! Tapi, aku bukan nak beli banyak sangat. Aku just nak beli kuih manis2 je semalam. Tapi agar2 warna warni 5 = RM2 tu! Murah!! :D i like~ Lepas tu macam biasa popia 5 = RM5 tu pun ada. Suka nye aku! Aku suka popia goreng dia. Sedap gila!!!!!! And then Irfan beli ayam percik, dia kata kuah nya sedap. Aku tak ingat nama gerai dia ape tapi gerai dia dah kat blakang2 skit,kat area2 KFC tu. :) Sape2 nak beli karipap, korang kena g hujung skali jalan yg depan kedai satu lorong dengan Video Ezy tu. Ada jual karipap dan samosa. Dulu memang selalu beli kat situ. Even time pasar malam TTDI pun dia ada jual. ;)

So, kat mana ada bazaar yang best lagi? Sila kongsi-kongsikan yer! =D

[sorry la ye,gambar tak amik la plak.insyaAllah nanti kita amik gambar ye.]

Post a Comment