Tuesday, August 10, 2010

Convocation Day!

Fuh. Selesai sudah convocation day aku hari ahad lepas. Perasaan sedih ada, happy ada. Semua ada. Sedih sebab ni lah kenangan terakhir di Uniten, happy sebab dah laaama blaja akhirnya convo jugak aku. :) Tapi dalam banyak banyak tu, perasaan bangga tu tetap ada. Bangga menjadi graduan Uniten.

IMG_5628

Perjalanan convocation aku haritu macam ni. Bila dah sampai, ayah aku parking kat CoIT. College aku tu. *Sobsob*. And then malas nak tunggu bus, ktorang jalan kaki dari CoIT ke Dewan Seri Sarjana. Dalam perjalanan tu, kena lalu Cendikiawan (apartment student lelaki). Aku rasa ni lah first time aku masuk Cendi. Haha. Ye lah, prohibited maaa. Kawasan anti perempuan/wanita kecuali anak bini staff je. So, lalu jalan shortcut ke DSS (dulu ktorng panggil MPH (multi purpose hall) Agaknya sebab nama tak glamour, derang tukar kan nama jadi Dewan Seri Sarjana. ;p

So, bila dah sampai tu, kena daftar lah. Kad nama siap2 dikeluarkan. Ni bukan kad nama sembarangan okeh. Kad nama ni boleh kuarkan sound tau kalau scan bar dia tu. ;p Canggih. Tak pernah aku tau uniten ada semua ni. (padahal semua uni pun guna cara ni.haha.aku je yg jakun) ;p Then, beratur la ikut masa time raptai haritu. Aku sah sah la nama kat depan sebab nama start huruf A. Depan aku spatutnya coursemate aku tapi tah mana dia hilang Al Sainuddin tu. So aku endup duduk seblah valedictorian untuk convo sesi 2. Dia budak IT jugak. Jurusan Graphic sama macam aku. Then seblah aku Anis. coursemate jugak. :) Jurusan aku yg ke 3 kot. Budak Accounting ramai gila okeh! Aku rasa nak dekat 45min jugak la nak habiskan bagi sijil kat budak2 Accounting sahaja. haha. ;p Then lepas tu budak2 IT untuk SN (System Networking) kot then bari GM (Graphic Multimedia) Dalam buku program tu, GM la last skali sebab sikit. So ingatkan group ktorng ni last skali la. Rupanya dia habiskan Block A dulu baru Block B. Aku block A, blah kanan stage. Time nak tunggu turn tu, aku dengan Anis sempat la sembang2, gelak2 kan orang. :P Jahat gila kan? Ngantok kot dalam tu. LOL.

IMG_5513 

Then, bila dah sampai turn aku, cuak jugak lah. Dah la tak pernah dalam seumur hidup aku belajar kat uniten, aku naik stage kat DSS tu. HAHA. Ni la first dengan last time. Tan Sri Leo Moggie yang bagi sijil kat aku. Dia siap tanya lagi aku ‘Are you a software developer?’. lol. Cameraman ramai gila kat bawah tu. Sampai aku tak tau nak pandang mana. gambar aku yg kat TV screen tu plak derang pakai gambar ID aku yakni zaman foundi (foundation) dulu2. Muka yg hitam bak arang disebabkan PLKN tu. HAHA. :P Dah 2 orang tanya aku nak tukar gambar ke tak. Tapi bila aku g kaunter tu dia tak bagi. Cipet. :P Tak pe la kan. Janji ada gambar dari yg tak de. Ada sorang student tu, even nama and gambar dia pun tak keluar. Kesian gila. Orang yg kat bawah tu kena sebut nama dia live. Kesian gila.

FBD_0319 HBD_0320 IMG_5646 IMG_5647 IMG_5648

*Me!* IMG_5649 IMG_5650

*Anis//Gossip buddy dalam dewan* IMG_5659 IMG_5660

*Mumtaz//My picture mate tapi tak de picture pun* 

Then, bila dah bagi sijil semua and then valedictorian semua dah bagi ucapan pro chancellor dah berarak keluar..aku pun zoom la keluar. time ni aku ternampak Irfan tunggu kat luar dewan tu. Siap bawak bear bear lagi. Hee. :) And then tunggu ayah dan mak aku la. Kawan2 aku semua cari parents masing2. So semua hilang. Time aku nak jalan ke kereta tu, ternampak la Hafiz. So aku amik je la dengan dia, ex classmate aku dia sorang je aku ada gambarnya. :) Then, aku dengan parents aku bergerak ke kereta, all together with Irfan. Sebab dah amik 3,4 gambar dengan parents aku so jadi lah. :D

IMG_5671 IMG_5674

*With my parents! Love*

IMG_5676

*With Hafiz.exClassmate*

Then tunggu mak datin Zafira tu datang plak. Tunggu kat CoIT. Lepas tu, ape lagi sesi foto la kat CoIT plak. HAHA. :P Then lepas tu terus ke Admin uniten sebab aku kena amik gambar plaque yg aku dah tempah tu. Then, amik la 5,6 gambar kat dalam Admin. Lepas tu aku pun pergi dari uniten. Sob sob. Tak de la best sangat convo kat uniten sebab tak ada pesta mcm sesetengah uni yg lain. Tapi ada je lah gerai2 yg jual makanan minuman semua. Jadi lah. cuma aku sedih nak meninggalkan uniten. Sobsob.

IMG_5681IMG_5697 IMG_5683  IMG_5698 IMG_5702 IMG_5706

 

So, semalam aku pulangkan jubah convo aku. sobsob sangat sedih okay. :( And then siap amik gambar lagi kat sekitar uniten dan admin. Dan jumpa lecturer2 and bagi present skit. :)

IMG_5724 IMG_5728 IMG_5731 IMG_5732 IMG_5733

*Gambar-gambar terakhir di Uniten*

 

So, macam tu lah perjalanan convocation aku. Best! Eventho aku tak berpeluang tangkap gambar dengan kawan satu course tapi tak pe lah. There’s always next time babes! Love you guys sooo much. Thanks for being part of my university life.

4 comments