Saturday, August 14, 2010

Ramadhan

Harini dah masuk 4 hari kita berpuasa. Best dan rasa tersangat cepat! :) Masa berlalu cepat sangat sampai aku dah tak ingat aku buat ape sepanjang last week. And esok dah seminggu dah aku convo. Uff. sangat sedih ok nak meninggalkan alam pembelajaran. Aku serious kata yang zaman aku kat uniten adalah zaman yang aku paling suka skali dalam hidup aku. Memang kenangan yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Time tu lah detik kegemilangan aku. Time tu lah yang membuatkan aku jadi macam ape yg aku jadi skang ni. :)

Bulan Ramadhan bulan mulia. Kenapa Ramadhan je eh yang kita kena jadi baik? Adakah sebab pahala di gandakan untuk sapa2 yang beramal di bulan Ramadhan ni? Sebab tu semua orang jadi hipokrit? Allah tau kot kalau kita hipokrit. Tapi tak pe, kalau kita cuba untuk berubah, aku rasa bulan Ramadhan ni lah yang terbaik. Bagi perokok tegar tu,bulan Ramadhan ni boleh try untuk stop smoking. Bagi yang suka bercucuk bintang dilangit tu, bulan Ramadhan ni boleh lah kasi kurang sikit demi sikit. Bagi yang suka pakai seksi2 tu, bulan Ramadhan ni la boleh mengubah sikit cara pemakaian. So, aku rasa bulan Ramadhan ni bulan untuk kita cuba hindarkan benda2 yang kita selalu buat dan tak elok. Start of something new dalam bulan Ramadhan ni kan? Aku rasa ramai yang berpendirian macam tu. :) Termasuklah aku.

So, ape kata kita buang yang keruh, amik yang jernih bulan Ramadhan ni. cuci segala hati,minda,perut,paru2 dan segalanya la. :)

Post a Comment