Tuesday, September 7, 2010

Proton? Barangan buatan Malaysia?

 

Proton-Logo

 

Aku mengaku, famili aku memang pakai kereta proton. Ayah aku owned 3 kereta proton berlainan generasi. Yang paling tua skali kereta yang aku bawak skang ni, PROTON WIRA. Umur dia 15 tahun. Bayangkan. :) Aku pakai kereta klasik weh! Lepas tu PROTON WAJA, dah 8 tahun dah. Lepas tu last skali PROTON PERDANA. Itu paling baru. Baru 3 tahun. Aku tak tau kenapa, tapi ayah aku sokong kereta buatan tempatan. Mungkin sebab ayah aku jenis yg tak suka tukar kereta begitu kerap. Sebab ktorang jaga kereta elok-elok. Kalau korang tgk WIRA aku tu, memang ka hood depan tu kemek2 (sebab hood tu terbang ke cermin depan aku, sebab tak tutup rapat) and then bonet blakang tu cat tertanggal sebab dulu accident. Tapi kereta tu superb. Aku berani jamin lagi superb dari kereta yang baru beli 3-4 tahun lepas. :) Dari segi teknologi, memang la mundur skit keta wira aku tu. Tapi dari segi fizikal, memang kalah la kereta yang even baru beli 1 month. ;) Aku berani jamin 100%. And kalau korang nak tau, rear lamp wira aku still original yang memang rare nak dapat dah skang. Zaman 15 tahun punya rear lamp. GAH!!

 

1253598084

* ala ala macam ni la rear lamp keta wira aku. KLASIK! *

 

Dan aku tengok, ada orang yang cukup anti dengan kereta proton. Be it Melayu, Cina or Indian. But yg aku tengok ni seriously Melayu yang ramai anti dengan proton. Kalau boleh nak beli kereta import. CBU la ape lah semua, dari beli PROTON. I’m like, hello. You guys duduk Malaysia kot. At least support lah barangan buatan Malaysia. Bukan je kereta, kalau boleh satu rumah nak sumbat dengan barangan buatan luar negara. Kalau lah aku bukak satu lagi gudang perabut macam IKEA tu tapi jual barangan buatan malaysia okay tak? Servis semua sama 100% copy cat. Agaknya ada org akan beli tak? Okay ni dah masuk cerita lain. Back to car story, pasal perabut ikea ni nanti aku rage.

Aku nak bagitau yang jiran aku chinese, tapi memang sokong kereta buatan Malaysia. Dia suka Perodua la tapi. :D Ah janji Malaysian made. Kalau nak 100% genuine Malaysian made memang proton lah. Tapi Perodua pun okay. Dia ada Myvi satu and baru2 ni dia beli Alza. Then aku pun terfikir, kenapa orang Melayu kita cukup tak suka beli kereta Proton? Aku tau, orang kata kereta Proton tak tahan lama, cepat rosak itu rosak ini. Okay aku nak bgtau satu benda, kereta WIRA aku tu 15 tahun tu tak pernah rosak pun benda mechanical dia. Even dah kena hentam kat pintu masa accident tahun lepas. Still okay lepas repair. And itu rosak pun sebab accident. Nak tau rahsia dia ape? JAGA KERETA ELOK-ELOK. :) Itu je. Kalau ye pun lah cepat rosak, aku rasa korang mesti suka tukar kereta kan? So boleh je kot beli PROTON. Kalau dah rosak, lepas 9 tahun pakai tu beli la kereta lain. :) Kalau macam famili aku ni lain cerita la, pakai kereta janji tak accident or rosak teruk, memang tak beli kereta baru.

So, sokong la barangan buatan Malaysia. Aku malu lah weh Melayu sendiri tak sokong barangan buatan Malaysia. SEKIAN.

Post a Comment