Thursday, September 16, 2010

Raya 2010. The goods and ‘nots’. :P

So, Aidilfitri this year has been so far so good for me. Maybe sebab dah besar, so tak de rasa sangat nak raya. In fact i have to prepare duit raya for now. And i tak dapat duit raya dah except from my Irfan, tok penang and my dad. :) Yang lain2,semua dah tak sediakan for me. Since i dah kerja.

So, aku balik kampung hari Khamis. Sehari sebelum raya. Tak de lah jam mana sangat cuma kereta agak banyak. Aku balik Alor Setar. Semua sedara aku balik. :) Yang paling ngam skali dengan zafira tu la. haha. Jalan-jalan semua skali. Malam raya tu, biasalah kalau aku balik AS, wajib buat facial night. HAHA. Memang facial habis la.lol.

Pagi raya je, dah 3 shopping mall ktorang g tau. Erm, kat Kedah ni kalau raya simple je. Bangun pagi, yang laki g smayang raya and tok skali ikut. Lepas tu yg pmpuan ni susun kuih la,makanan2 la semua. Then bila orang laki dah balik smayang, semua ke depan dan bersalam-salaman. Ada yang budak2 siap main game lagi. hish. :D Lepas tu, boleh la nak g beraya. Tahun ni g beraya kat rumah aunty Nat je. hehe. Lepas tu terus ke Giant. LOLX. Beli barang nak masak utk makan petang/malam. Then, lepas je ke Giant, aku take over kereta. Drive Proton Persona. Best la keta tu! Cornering dia memang 100% superb! :D So, ktorang mulakan perjalanan ke TESCO Mergong. LOL. Itu la tempat ktorang selalu g time raya. Mesti ada je benda nak beli. HAHA. Lepas tu satu lagi tempat wajib ktorang g kalau balik kedah, Alor Setar Mall. Sampai sesat2 jalan nak cari mall ni. Siap bukak google map lagi. HAHA. :P Dah ada wayang kat situ. Canggih~ Boleh la lepas ni kalau balik AS bosan2 g AS Mall. :P

So, hari raya ke 2, bawak Ano g rumah kawan dia. Kat Kulim. Jauh jugak la tapi berjaya je sampai. HEHE. :) Naik Persona lagi skali~ :)

IMG_2202 IMG_2227 IMG_2243 IMG_5875 IMG_5876 IMG_5878 IMG_5903 SAM_0499

 

Tapi, dalam kita happy-happy dok meraya, ada jugak yang tak happy. Kesian time raya-raya ni la kita dengar berita pasal Sosilawati. Hurm. Takziah kepada keluarga beliau. Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan semoga ahli keluarga dan kenalan beliau tabah menghadapi segala dugaan. Harap org yg buat pembunuhan kejam tu akan dikenakan hukuman yg setimpal dengan kerja keji yang dia buat tu.

Post a Comment