Tuesday, October 5, 2010

Tun Mahathir.

Okay harini posting aku pasal Tun Mahathir. Sebab nya semalam aku tengok teater musikal Tun Mahathir. Teater dia okay lah jugak. Just nak cari feelings pasal Tun Mahathir je. The storyline is simple not so theatrical i should say. And from that theatre baru i tau yang Tun Mahathir jual belon masa kecik2 dulu. Dengan air halia. :) Lakonan Esma Daniel jadi Tun Mahathir berkesan. Cara cakap, suara dan sebagainya memang seakan-akan sama.

Erra pulak jadi Tun Siti Hasmah. And sebut pasal Tun Siti baru aku tau dulu time Tun Mahathir and Tun Siti Hasmah belajar dan mengenali satu sama lain kat Singapore dulu, rupanya Tun Siti Hasmah je pelajar Melayu perempuan kat College situ. Patut la Tun Mahathir jatuh cinta. :)

Over all, teater tu aku tak de lah tak suka and tak de la suka jugak. Just average teater la bagi aku. Hanya sebab ianya pasal Tun Mahathir sebab tu aku tengok. Beliau adalah pemimpin yg bijaksana. Sedih bila derang tayang balik time dia nak resign dari UMNO tu. Tahun 2002. But then again, aku rasa dia memang dah penat kot. Orang Melayu ni makin di suap makin manja. So sebab tu dia resign, supaya dia nak tengok macam mana keadaan orang Melayu lepas tu. Macam orang kata, kita ni selesa sangat dengan keadaan orang tu. Tapi bila orang tu dah tak ada, baru nak terasa. :)

Post a Comment