Monday, November 8, 2010

Nak pergi jauh.

Dalam beberapa harini, aku rasa yang aku akan pergi jaaauh je tak lama lagi. Tak tau la jauh tu jauh mana. London ke,USA ke. Tapi aku dapat rasa la. Ntah la. Tak de la rasa takut ke ape ke, tapi itu la yg aku dapat rasakan. Hari khamis ni aku nak g Langkawi dgn officemates semua. Ada trip. Harap2 itu je la kot perasaan yg nak pergi jauh tu. :)

Tapi kalaupun aku dah tak ada kat dunia ni lagi, aku rasa ramai je kot yg tak kisah or even akan happy. ;p Tau-tau je lah sape korang2 tu ye. Aku rasa semua org kot. Yg ikhlas akan sedih aku tak de pun maybe family-family aku. Ada ke lagi yg akan sedih? ;p Orang yg benci aku tak mungkin la kan akan sedih. Tak pe lah. Sedih ke tak, aku nak bayar semua hutang aku dulu sebelum aku tak de kat dunia ni dah. Aku ingat aku ada hutang sorang kawan aku ni tak bayar-bayar lagi. Sorry. Insyaallah, kalau aku ada duit lebih aku bayar. Aku mintak maaf sangat. Dah lama tak bayar hutang ko. Nak dekat setahun lebih. Aku masih ingat lagi nilai dia. Jangan risau. :)

So,kalau aku dah tak de kat dunia ni, aku nak jasad aku ditanam kat tanah perkuburan Kota Damansara. Ada sebab nya lah aku nak di tanam kat sana. Harap-harap dapat dimakbulkan. Aku kalau boleh nak meninggalkat rumah yg aku duduk skarang ni. Sebab dah lama sangat aku tinggal kat sini. Tapi kalau umur aku panjang, aku tak kisah lah sangat. Weird. Aku tulis pasal kematian diri sendiri dalam blog. Seriously weird.

Bila Izrail, datang memanggil..

Jasad terkubur dipembaringan..“

2 comments