Sunday, November 21, 2010

Tunangan Orang.

Yippie! Harini best friend aku dah jadi tunangan orang. :) Syok nye tgk dia cantik2 glamour2 harini. Sambil kakak kembar dia yang jadi jurufoto dan juru bagi bunga telur. Sape yg tunang ni? Bukan aku ye, Aqilah si makcik sengal. ;p Selamat bertunang makcikk. Muahhhhhhhss!!

So nak diceritakan la, Qila ni aku kenal masa tu foundation kat Uniten. Dia senior aku satu sem sebab dia july intake dan aku november intake. Tapi umur ktorang sama je okeh cuma dia lahir lagi awal dari aku la. So, nak dijadikan cerita, dia sama group dengan aku untuk satu kelas ni la aku tak ingat kelas ape. Time tu aku tgk makcik ni kurus je jeles betul aku. hahaha. ;p Lepas tu free hair plak tu so aku ada geng la kan. Then, dah tukar no phone semua jadi la kawan. Memang gila otak makcik ni. Disebabkan ktorang amik IT sama2,so kebanyakkan kelas sama la. Tapi cuma yg memisahkan ktorang pada time last year kot. Time tu baru semua pisah, aku amik GM blaja GM la kan.

So nak dijadikan cerita, aku pernah housemate dengan makcik ni time last sem kot kalau tak silap aku la. Tapi sem2 sebelum tu pun macam je tak serumah tapi buat2 mcm serumah pun. Siap time world cup dia berkampung dalam bilik aku kat Murni tu sebab aku ada TV and dia nak tgk World cup team England ke sape tah la kan time tu. Siap aku ingat lagi dia beli biskut Chipsmore sebab nak card pemain2 bola antarabangsa tu. Dia punya la payah nak dapatkan card David Beckham. Beli asik dapat org lain je.hahaha. ;p Selalunya mmg ktorang akan sama-sama. Sebab tu la aku kata dia best friend aku time Uniten tu dulu. And time last sem tu, ktorang dalam satu apartment. Ape lagi memang havoc gila la!

Masa last sem tu, time tu aku bawak oven dari rumah. Sebab aku bawak oven dan time tu last sem, subjek pun tak banyak,ktorang memang kalau tak de kerja je dok buat dadih. Sampai penuh tapuware2 orang kita kutip nak letak dadih tu. haha. Lepas tu tersusun rapi je atas meja study kat luar bilik. HAHA. Memang nasib baik tak de sape yg pakai meja study tu. Kalau tak menyumpah la aku rasa housemate lagi 2 org tu. Kahkahkah. Best gila. Cerita pasal masak memasak ni, memang best satu lagi insiden nak masak kek/biskut sampai oven terbakar. HAHA. Biskut dalam oven tu terbakar dan keluar api okeh. hahahahaha. Memang serious takut gila time tu. Takut ter trip and terbakar satu apartment kang tak pasal2. Tapi macam biasa ktorang gunakan kepandaian ktorang time tu dan lastly bleh jgk guna oven tu. ;p

Time sem last ni jugak la ktorang bela sekor kucing nama Toffee. Time tu kucing ni sakit gila and ktorang bela dalam apartment ktorang. Tak kasi keluar langsung sebab takut nanti jadi macam kucing2 yang lain macam mawi la,tam la banyak lagi la. So kali ni ktorang bela dalam rumah. Lepas tu, dapat plak kucing ni sakit gila. Asik cirit je dalam cage. Ape lagi satu hari tu ktorang bwk dia g jumpa vet kat UPM. Mau kena rm200+ untuk ubat. Toffee plak kena kuarantine duduk kat vet tu beberapa hari. Skang toffee ada kat Qila, dia jagakan. :D

Memang banyak kenangan time 4 tahun aku dengan minah ni. Pergi buat Event kelas agama sama2 kat pusat kanak-kanak HIV, then sahur sama-sama. Memang best gila la. Aku ingat lagi makcik, yang kita nak cari burger sampai ke Bangi tu tak de. Pelik betul time tu burger tak de. Kalau hari biasa ada je burger. Sampai ke Bangi lepas tu kita makan je kat Mamak kat bangi tu. HAHA. Then cari ke Ramal sana. Ada burger depan 7E tu. Beli je la walaupun segan sebab orang yg jaga tu laki.hahaha. Serious makcik, syok gila housemate dengan ko. Time aku jadi Ketua Penerbitan, time kita buat rumah hantu tu, time diskusi2 yang panasssss untuk Biro Penerbitan, semua syok gila. Memang aku tak menyesal kenal ko.

Aku harap persahabatan kita sampai bila2 kekalnya. :) Jangan lupa jemput aku time kawin nanti. Haha. ;p

 

Selamat bertunang, Aqilah! :)

PB210426

2 comments

  1. hak3...banyak weh kenangan kite together2..well i had nothing to say besides "i love u babe"...=)

    ReplyDelete
  2. memang banyak kan? 4tahun sama2 memang tak terkata banyak nye la kenangan kita. ada satu lagi kenangan aku tak tulis..

    kenangan nak beli hadiah utk ape tah,yg utk hamper tu.haha.kita beli kat mines,lepas tu letak air mineral sebab nak save bajet.hahahahaha.org bagi air gas kita bagi air mineral.hahaha..lawak2...

    love you too,babe.forever. :D

    ReplyDelete