Wednesday, December 29, 2010

HARIMAU MALAYA MENGAUM!

Pabila harimau Malaya mengaum, habis lah bumi Garuda terbelah dua beretak seribu! Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia! Tak terkata betapa hebatnya anda semua! Barulah rakyat Malaysia membuka mata dan minda untuk menyokong pasukan Malaysia.

Buat penjaga gol yang begitu tabah pabila diuji oleh pasukan Garuda, sekalung tahniah buat anda Mr. Fahmi. Memang anda menjaga pencawang gol dengan begitu baik sekali! TAHNIAH kerana menjadi penjaga gol yang kedua saya kenali selepas Petr Cech. (Dia ni terkenal pun sebab helmet kepala yang dia pakai tu) Smile Memang sudah pasti nama anda akan menjadi buah mulut seluruh rakyat Malaysia. Buat kekasih hati anda, kena tabahkan hati ye. HEHE Open-mouthed smile Teman lelaki anda dah popular.

Tahniah juga buat pemain penghalang Malaysia yang namanya memang saya tak ingat sebab terlalu asyik sangat menonton perlawanan itu tadi. TAHNIAH buat anda semua kerana berjaya menghalang bola dari pasukan Garuda membolos ke tiang gol. Walaupun beberapa dapat dibolosi namun benteng anda tetap kuat!

Tahniah untuk pemain-pemain lain, untuk penggol tunggal Malaya pada malam ini (tidak termasuk gol percuma ye) Mr. Safee Salee, kerana tanpa anda, tak dapat lah saya melihat pasukan Malaya menggolkan jaringan gol depan mata (tengok kat tv je tapi still depan mata lah kan) dan juga sebenarnya TAHNIAH untuk penggol sendiri kita iaitu Mohamad Muslim Ahmad, kerana tanpa anda mesti dah kena buat penalti sebab 1-1. Saya tak suka penalti oleh itu terima kasih sebab menggolkan satu untuk pasukan Garuda. ;p

Apa-apa pun TAHNIAH SEKALUNG TAHNIAH buat coach Malaya, K. Rajagopal (lepas ni boleh dapat Datuk lah) kerana tak pernah sedikit pun rasa terbeban untuk mendidik pasukan anak muda Malaysia sehingga menjadi pasukan juara Piala Suzuki Cup AFF.

TAHNIAH BUAT HARIMAU MALAYA. Kan aku dah kata, kalau harimau tu memang kuat. Macam aku. LEO the lion beb!

Post a Comment