Sunday, January 2, 2011

Nasi Ibrahimsha Jalan TAR

Harini aku lunch macam nasi kandar Ibrahimsha. Memang dari aku kecik sampai la ke besar, memang aku membesar makan nasi ni tiap-tiap hari ahad. (Tak de la tiap-tiap ahad, just that kalau hari ahad je mesti la akan ada nasi ni. Hari lain tak de, ahad je)  Aku rasa, nasi kandar ni dia lain macam skit. Sebab aku kalau kat kedai ni, aku akan amik daging. Kalau kedai lain mesti aku amik ayam madu tapi sini aku memang akan amik menu daging kicap dia.

SEDAP GILA!

Dulu masa aku Form 5, aku ada tuition hari ahad, tuition aku starts at 12pm. So sebelum aku ke tuition, satu family aku g jalan TAR makan nasi Ibrahimsha. Dulu kedai dia kat depan Globe Silk Store. Skang kedai dia sebelah panggung wayang india tu. Tapi memang aku rasa sejak aku darjah la aku makan kat situ.

Niat aku, nak intro kan kedai ni kat Irfan. Insyaallah satu hari nanti, kita makan sini ye busuk~ :D

007

* Nasi Kandar + Daging Kicap + Papadom. TERBAIK! *'

Korang ada kedai nasi kandar yang kat mana-mana yang korang suka makan? Share lah kat sini. :) Boleh la semua orang dtg try kedai fave korang. Teehee.

 

Post a Comment