Sunday, February 27, 2011

Terima Kasih Cinta (TKC) the Theater.

Yup yup yup! Seperti yang di janjikan~~~ Jeng jeng jeng. Dalam entri ni aku nak cerita pasal teater Terima Kasih Cinta (TKC).

Hari Sabtu malam bersamaan dengan 26th Februari 2011, pukul 8:30pm, bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, aku dan Irfan sedang melayan teater Terima Kasih Cinta. :D Masa mula2 aku perasan ada teater tu pun kat Facebook. Terus tak tau ape, tak buat research ape2 pasal pelakon dsbnya, aku terus tanya Irfan nak tengok teater tak? Dia pun okay dan aku mmg lagi la okay lah. Then, terus beli. Booking ticket and print semua nya la.

Then hari yang dijanjikan pun tiba~ :D Memang aku tak kenal or tak tau pun sape yang berlakon cerita ni kecuali sorang mamat nama dia shajirry. Haha. Dia ni mengong skit tapi bleh blakon teater. Kira canggih jgk la tu!

Ceritera cinta ni sebenarnya adaptasi dari movie Khabir Bhatia ‘ CINTA ‘. Korang mesti pernah tengok punya lah movie ni. Aku rasa, aku tengok movie ni dengan mak aku dan kawan dia. Time tu ayah aku ada meeting kat Pahang. HAHA. So ktorang tengok kat Kuantan Mega mall ke ape tah nama shopping mall tu. Cerita dia sedih, ada 5 kisah cinta dalam tu. Pelakon asal dia dulu aku rasa ada Sharifah Amani, Pierre Andre, Que Haidar, Eizlan Yusoff, Fasha Sanda dan ramai lagi la! And the story goes agak pening. Sebab Mr. Khabir memang suka buat cerita yang berkaitan. Macam satu watak ada kaitan dengan watak lain tanpa mereka sedar.

So ada 5 cerita cinta dalam teater tu jugak. Sama macam dalam movie. Cinta kepada anak (Tony Eusoff & budak perempuan), Cinta kakak dan adik (Deja Moss & Anding), Cinta yang tak disangka (Shajirry & Dia Fadila), Cinta antara Cikgu Ilyas dengan pemilik kedai makan Rubiah (Safura & Latif Ibrahim) dan Seorang yang mencari cinta sejati (Vince AF & Nadia). Memang banyak cinta terjadi tapi Pat Ibrahim berjaya masukkan element movie tu dalam teater yg berlansung around 2 jam setengah.

Best sebab dia LIVE depan mata. Musical. Semua nyanyian pun LIVE. Boleh nilai sendiri suara2 artis Malaysia ni nyanyi live. Even Norish Karman pun nyanyi tau! :)

So, utk sape2 yang nak tengok teater ni, cepat-cepat booking ticket dan tengok. Memang takkan sama quality dengan puteri gunung ledang, tapi still this one is good enough untuk cerita yang semua golongan pun boleh tengok. Tak terlalu berdrama, tak terlalu bersastera. :) Oh ye, kalau nak tengok, ada tips skit, jangan amik kerusi paling tepi ke dinding. Takut nanti tak nampak set pulak. Sebab set dia besar and agak kedalam. The best thing is to amik seat yg agak ketengah sikit. :)

Enjoy!

P/S: Team TKC ada jual chocolate,baju tshirt,baju polo and program book kat luar panggung tu. Kalau rajin,tengok2 dan beli. :) Coklat dia rm5 saje.

59685_152610758111035_109221319116646_249145_2888587_n

For more information regarding about this theater, click here –> Terima Kasih Cinta Facebook Page

Post a Comment