Tuesday, March 15, 2011

Doa.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau permudahkanlah bagiku dan keluarga ku dari segala kesusahan. Kau lembutkan lah hatiku dari segala kemarahan. Kau terangkanlah hati ku dari segala kegelapan.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau selamatkan lah perjalanan kerja pergi dan balik ayahku setiap hari. Kau jauhilah ibuku dari segala kebencanaan. Kau tambahkahlah nur keatas diriku. Kau panjangkanlah umur kedua ibu dan bapaku.

Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunilah kedua dosa ibu bapa ku. Dosa ku. Dosa seluruh kaum keluarga ku. Dosa guru-guru ku. Dosa rakan-rakan ku. Dosa kenalan-kenalan ku dan semua umat Islam. Jauhilah kami dari segala kemungkaran dan kejahatan.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau senangkanlah perjalanan pembelajaran Mohd Ariff Irfan Ehsan. Kau berikanlah kesihatan tubuh badan kepadanya. Kau kuatkan lah hatinya dan terangilah imannya.

Ya Allah Ya Tuhanku. Kau sejahtelahkanlah kehidupan kawan-kawan ku. Kau berikanlah kesenangan keatas mereka dan jauhilah dari segala kemungkaran.

Amin Ya Rabbal A’lamin.

Post a Comment