Monday, September 5, 2011

Hari Raya 2011

Rasanya tak terlambat lagi nak update blog ni pasal raya. ;) Just nak cerita sikit2 lah ape yg sebenarnya aku buat kat kampung itu hari.hehe.

Kampung aku kat Penang. Yeah. Famous kan Pulau Pinang tu? Bila sebut Penang je semua macam teruja & jealous he.lolx.Manatak nya, kampung aku la tempat makan yang sedap2! Nasi Kandar la Nasi tu la nasi ni la laksa la pasemboq lah semua sedap lah! Balik Penang hari Isnin haritu. Perjalanan smooth je tak de jam ape2 pun. Ayah aku pun bawak 100km/j je. Bertolak dalam pkl 11:30am mcm tu, sampai Penang dalam 3:00pm. Sekejap je la. Itu pun sempat berenti kat rumah aunty aku kat Pauh. ;)

Dah sampai rumah tok, aku terus hantar beg kat rumah mak long sebab aku tido rumah mak long. Dah siap2 semua terus mandi & solat. Sebab dah nak petang kan. Lepas tu, tolong2 mak long semua potong2 sayur, kemas2 skit dapor semua. Mula2 tak tau nak tolong ape sangat. Last2, bila malam tu budak2 main mercun la bunga api la, aku pun tolong la Mushy (Mashitah) potong sayur. hehe. Time tu, tak de rasa nak raya lagi tapi bila dah makan ketupat semua baaaru rasa macam nak raya.kihkihkih. ;p

Hari first raya, macam biasa bersiap2, mandi sunat hari raya & terus ke rumah tok. Sebelum tu makan dulu kat rumah mak long. Ketupat & rendang daging. Fave saya! ;D Lepas tu pergi umah tok makan lagi bihun goreng. Kira nya raya kali ni asik makan je tak brenti2. Petang skit, ktorang pergi rumah cuwie kat Pauh tu. Beraya kat sana plak sebab rumah Alor Setar dah tak de dah, nak kena jual. Tapi tak de la jual lagi. Pelik tak nak beraya kat sana. Tapi sedih jugak la rumah tu nak dijual. Sebab rumah tu banyak sangat benda2 best terjadi. Kenangan banyak sangat. Pulak kesian kat cucu2 kecik2 yang nak rasa beraya kat kampung. Sedih je. :’(

109118128134

Raya ke-2 plak ktorang tak pegi mana2 pun. Duduk rumah je la lepas tu petang pegi balik Pauh. Sebelum tu singgah dulu kat Pacific Mall kat situ. Kusam je sebab kedai pun tak bukak lagi. My mum nak beli Asam Jawa ape tah dia kata sedap & kat Pacific je ada jual. Tgk2 mmg laku pun Asam Jawa tu sebab tinggal satu je. Itu pun my mum amik je la dah dtg jauh2 kan. :) Pergi rumah cuwie makan laksa. Sedap sebab mamatok yang masak. Kali ni pergi skejap je la sebab sampai pun dah maghrib dah.

Raya ke-3 plak, hari berjalan satu Penang! Haha. Aku & my cousin Mushy pergi jalan2 kat Queensbay,Perangin Mall, 1st Avenue & Giant. HAHA! Mmg balas dendam punya pasal kan? Punya lah bosan duduk rumah sampai 4 shopping mall ktorang terjah! Mula2 ke QBay sebab Mushy nak beli baju kerja. Then tiba2 nak makan A&W, tu yang pergi Perangin Mall. Tengok2 A&W kat situ dah tutup dah pun. haha. So alang2 dah kat Perangin Mall, jalan2 je la kat situ. Ada shopping mall baru. :) Lepas dah puas berjalan and teringat yang tak beli baju utk Haikal (anak buah) lagi. Tu yang singgah Giant tu. hihi. ;p

Raya ke-4 balik KL~ Perjalanan okay saja. Tak jam sangat. Kali ni pun tak tido sebab bz mengupdate twitter kat #kltu (@kltrafficupdate) utk menyenangkan orang yang nak gerak dari Penang ke KL. Jam pun kat kawasan biasa macam kat area Tol Juru, lepas tu kat area Semanggol. RnR plak yang famous mcm Sg. Perak & Tapah semua jam. Ktorang pun berenti kat Ulu Bernam. Beli kueh pau je makan dlm kereta. Itu pun nearly full! hehe. ;)

Raya ke-5 pagi2 dah bersihkan cage hamster yang sgt nakal tu! Lepas tu duduk rumah je la, baca buku Shopaholic & Baby, tgk Scrubs season 7 sampai habis and BBM-ing Irfan. ;) Dia kata dia balik harini. Syok nye sebab esok boleh jumpa! :) Petang tu pergi Serdang Raya jumpa chak bagi kueh raya and barang hamper. :) Then ke rumah Desa pinggiran, cuci2 sapu2 siram pokok semua lah.

Raya ke-6 jumpa Irfan!! <3 bagi dia hadiah baju raya. Baju kaler pink lagi! :) G2000. hehe. Jalan-jalan kat the curve. Dia belanja buat treatment rambut kat Peek-a-Boo. ;)

Harini, raya ke-7 dah kerja dah pun. :) hehe.

No comments :

Post a Comment

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017