Wednesday, December 28, 2011

Apple,Application.

Last week aku pergi Apple Application Development. Untuk orang-orang yang nak buat Apple Application lah, mainly untuk iOS (iDevices ye bukan untuk Mac application). Aku sebelum ni pun ada pernah buat satu application untuk office aku, tapi itu kebanyakkannya guna template and curi codings kat internet sebab memang tak berapa nak mahir guna coding2 C ni. Skarang application tu tengah di review oleh apple untuk masuk ke iTunes. :)

So, bila dah pergi ke training apple application tu, semangat lagi membuak-buak nak buat application sebabnya, dah faham concept dia macam mana. Lagi-lagi xCode 4.2 skarang dah pakai storyboard and tak pakai .nib (.xib) file lagi. Kalau pakai nib file tu, memang sangat lah susah nak buat. Tak berapa reti nak explain macam mana kat korang tapi memang susah lah! fuh! Storyboard tu sebenarnya untuk interface design dia.

Okay lah, meh aku cite skit pasal application development ni. Sapa-sapa yang nak develop an iOS application wajib ada Mac. Tak kisah lah MacBook Air ke, MacBook Pro ke, iMac ke, Mac mini ke or Mac Pro ke tapi WAJIB ye kena ada Mac. Aku, office aku dermakan satu MacBook Pro (tapi office punya lah) so aku buat application guna MacBook Pro lah. Lagi satu, lepas dah beli Mac, korang kena install Xcode dalam tu. Xcode tu lah nanti korang akan type type segala codings dalam tu. HEHE. Untuk nak dapatkan XCode tu, korang kena register kat Apple Developer website dulu. Free je tak payah bayar ape2. Kalau yang berbayar tu, $99 untuk satu tahun, itu untuk kalau korang nak test application korang kat device. And memang agak penting sebenarnya untuk testing phase sebab kalau test kat simulation dalam Xcode tu je, takkan berkesan sebab skarang application banyak pakai multi gestures. Lagi syok kalau test kat idevices. :) Lepas dah register, dah ada Mac boleh la buat application.

Lepas aku pakai Mac selama 5 hari minggu lepas, aku rasa macam nak beli iMac satu. hehe. :) OS X Lion memang OS terbaik aku pernah guna setakat ni. Even Windows pun kalah 100%! And ape yang membuatkan aku nak beli iMac tu adalah applications2 yang ada dalam dia. Macam just for one click, korang boleh download ape saja application korang nak! Tak payah keluar rumah beli DVD,lepas tu install and blablabla DVD hilang kena beli baru blablabla. No no! Tak perlu lagi! :) Walaupun harga dia mahal, tapi memang berbaloi. Kalau lah ada jailbreak untuk Mac jugak. HAHA. Application paling mahal aku pernah nampak dalam App Store adalah Final Cut Pro, harga $299.99. haha. Memang FCP mahal pun kalau beli kat kedai Apple installer dia. Ribu2! Ni harga dia kurang dari RM1k. :)

ScreenShot070

Sape2 yang memang gila coding or baru nak bejalar2 buat coding, pergi lah training. aku pergi training tu anjuran iTrain kat KL. Harga training dia RM2500 per person and training dia 5 hari straight. Memang otak tepu lah bjala coding hari2 tapi worth it! Siap dapat sijil lagi! :)

399834_10150450057709069_671354068_8748419_1262885342_n

2 comments :

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017