Thursday, December 15, 2011

Bulan 12 bulan orang kawin.

Yaaa. memang bulan 12 ni famous dengan orang kawin. Sana sini kawin. Nak amik kesempatan time cuti sekolah kot kan? :) Well, ada yang kawin sebab cinta, ada yang kawin dah 10 tahun kenal baru kawin. ada yang 3 bulan kenal terus kawin. Macam-macam jenis orang yang ada.

Aku nak cerita sikit kenapa aku tak kawin kawin lagi sampai sekarang. Bukan jodoh tak ada atau aku masih single atau blah blah blah. Cuma aku hormatkan keputusan mak ayah aku. YE AKU ANAK TUNGGAL. So aku kena hormat keputusan apa yang mak ayah aku untuk future aku jugak. Salah satunya adalah aku akan kawin hanya umur aku 26 tahun nak masuk 27. Sebab masa umur tu aku dah matang, umur pasangan aku pun dah matang, aku dah boleh fikir dan dah boleh nak jaga diri aku sendiri kalau suami aku tak ada di sisi aku. Kebanyakkan saudara aku semua kawin umur 27 tahun. Sebab kedua aku tak kawin lagi adalah, sebab mak aku ni nak buat wedding aku gah gah gila! Sebab aku ni ANAK TUNGGAL. So mesti lah nak macam ala-ala ‘Wedding of the Year’ kononnya. Dan ya, aku pun nak wedding aku macam tu. So ape benda constrain nya? DUIT! Ya, maybe mak aku tak cukup duit lagi nak buat wedding ala-ala ‘Wedding of the Year’. So kena lah tunggu. Sabar lah sikit. Satu lagi sebab aku tak kawin-kawin sampai sekarang ni, adalah sebab ayah aku tak sanggup nak lepaskan aku lagi! Kalau pihak laki senang lah cite. Bukan ada ape sangat pun. Aku dah la anak tunggal, ayah aku pun tak sanggup nak lepaskan aku lagi.

Kalau ada orang yang tak boleh nak respect kenapa aku tak kawin-kawin lagi sampai sekarang, silalah pandai-pandai jarakkan diri. Sebab aku tak perlu kata-kata yang menyusahkan hidup aku, datang dalam hidup aku.

Ingat, aku ni akan KENA BELI dengan pihak laki. Macam jual anak lah jugak. Ingat family aku macam mana, ingat aku ni macam mana. Jangan nak main semberono buat keputusan. Yang nak kawin nya aku yang nak susahnya aku. So kalau tak boleh nak respect, aku tak tau lah nak kata ape lagi. Lain kali, tanya elok2 lah dengan aku. Jangan main cakap mcm tu je kan? Aku ada alasan aku jugak jangan bajet sebelah je yang kena buat keputusan semua.

Oh ye, ramai je orang yang masih tak kawin dan masih berkawan sampai 10 tahun baru kawin. Masing-masing percaya, masing-masing respect keputusan. Ingat, keputusan pihak perempuan lagi penting. Apa-apa semua memang kena tanya pihak perempuan. Datang meminang pun kalau pihak perempuan tak nak, tak kan dapat lah.

TEEHEE

Sekian.

Post a Comment