Tuesday, February 28, 2012

Berjimat cermat.

Orang kata, lagi banyak duit kita,lagi kita boros. Betul tak? I was like sebelum ni, gaji rendah je. Tapi cukup semua benda,makan minum pakai. Tapi,bila gaji rendah ni kita nak yg tinggi sebab nak melayan nafsu membeli. So, bila dah gaji tinggi, still tak cukup2 jugak gaji kita kan? Sebab apa eh? Sebab nafsu membeli tu dah terikut2 dengan nilai gaji yang ada. Contohnya, gaji RM1600 semua cukup. Bayar PTPTN,bayar credit card semua, makan pakai semua cukup. Tapi, time tu makan maybe makan kat gerai2 je. Memang lah cukup kan? So bila gaji dah naik, contohnya RM2500, terus jadi tak cukup pulak duit gaji tu. Sebab cara hidup kita pun dah berubah. Nak beli baju RM60 tak de masalah sebab duit banyak. Makan pulak kat kedai mahal2 macam Chilis, Delicious,DOME dll. Kan ada beza tu kalau makan kat gerai hari2 dengan makan kat Chilis hari2. hehe.

So, memang duit kita ni, takkan mencukupi. Kalau gaji dah RM10,000 pun nanti, tengok lah. Time tu maybe kita dah beli rumah, or kereta or kena bayar tuition anak or kena bayar tangunggan anak dan isteri/suami or mak ayah. So, memang takkan pernah gaji kita ni cukup atau ada lebih. Gaji yg kita dapat memang akan jadi cukup2.

Haa, sebab tu lah kita kena bijak sikit. Tak banyak, sikit je. Kena control diri. Kalau nak makan, ape salahnya makan kat gerai or foodcourt ke. Chilis tu sebulan 2 kali cukup la. Tak muak ke makan kat Chilis hari2? Lepas tu, yang perempuan macam aku ni (yang gila online shopping T_T) kena control diri. Kalau rasa bulan tu dah banyak sangat shopping baju ke,handbag ke,rantai ke,gelang ke, ape2 lah, slow2 kan. Keep a target to yourself. I know it’s hard. Seriously, aku pun rasa susah sangat bila tak boleh nak beli ape2 kat online. T_T Hati resah,makan tak kenyang,tido tak lena..asik nak maaaaaaarah je kerja. Habis Irfan yang kena. Tapi, lama2 aku boleh terima kenyataan. Dia, starting point tu yang payah sangat kan? Once dah start and dah biasa, it could become a habit. Habit untuk tak rasa nak membeli semua benda kat online. :) You have to remember, online pun ada, bazaars pun ada. Takkan nak beli online je semua kan? Ape kata pergi bazaars. :) Kadang-kadang, kat bazaars pun owner blogshop tu ada buat discounts and freebies ke. Baru best mcm tu.

Bukan nak kata ape, once dah kena kat aku, baru aku tau boros tu tak bagus pun. Tapi, dalam list aku ni dah macam-macam barang aku nak beli. Hehe. But, make it one at a time. Jangan beli semua serentak. Budget your expenses. Aku bersyukur, selalunya Irfan belanja aku makan. So, nak topup balik, aku kadang2 topup touch and go dia, or minyak (kalau dia bagi lah). Kadang2 aku akan tanya “Ada duit tak” and obviously orang laki akan kata “ADA” kan? :)

Well, try for once. Set up a budget range where you can shop. Set a target berapa banyak dalam1 month yang you can use to shop, online or offline. :)

Post a Comment