Tuesday, April 17, 2012

Semua benda terjadi..

Aku selalu fikir benda yang mengarut dan tak boleh nak diterima dek akal. Bukan mengarut yang ala-ala porno tapi mengarut ala-ala sampai akal aku mati bila fikir. Aku suka falsafah. Aku suka saikologi, aku suka semua benda yang ada kaitan dengan aku kena berfikir untuk mendapat jawapan. Sebab tu kalau ada orang yang nak berlawan kata dengan aku (sesetengahnya la..hehe) pasti gagal. Sebab aku suka amik yang logic buang yang tak logic.

So, dalam beberapa hari lepas..aku selalu fikir pasal peringkat. Peringkat apa-apa pun lah. Aku fikir, Allah jadikan semua benda ni mengikut peringkat-peringkat. Kenapa macam tu? Kenapa Allah jadi jadikan je terus dari masa dulu, manusia dah pandai buat benda electronik. Kenapa dulu tak secanggih sekarang? Kenapa kena ada peringkat perubahan fasa? Hmm..Pernah tak korang terfikir akan benda macam ni? Hampir semua benda dalam dunia ni ada peringkat dia.

Alam.

Bagi aku, alam memang nampak sangat ada peringkat. Dari dulu yang macam padang pasir, berubah menjadi air laut lepas tu daratan, tumbuh pokok subur. Even nak tumbuh pokok pun ada peringkat. Dari benih, tumbuh jadi anak pokok lepas tu baru jadi pokok. Bukan setakat pokok, manusia,haiwan semua benda ada peringkat pertumbuhan sendiri bukan?

Kehidupan.

Masuk bab kehidupan ni pun ada peringkat dia. Umur contohnya. Kenapa lahir-lahir kita dah terus jadi orang dewasa (ala ala macam The Curious Case of Benjamin Button pulak)? Sebab ape kita dilahirkan dari bayi lepas tu ada peringkat2 melalui kanak-kanak,remaja,dewasa dan tua. Rasanya macam tak ada orang terfikir pun kenapa macam tu kan? Sebab dah terbiasa dengan keadaan macam ni, ramai yang tak dapat nak relate kejadian ni dengan kehidupan yang lain.

Kerja.

Kerja pun satu benda yang ada mengikut peringkat yang tersendiri. Mana ada orang yang baru lepas belajar terus jadi Manager (kecuali dia kerja kat company ayah dia la kan.hehe). Mesti ada peringkat tersendiri. Orang sekarang ni kalau kerja tengok gaji. Bukan ape sangat, barang semua dah mahal. harga rumah pun dah tak de yang RM300k kebawah kat kawan KL ni. Kalau nak, kena duduk flat. Almaklumlah saya memang dari kecik duduk rumah bawah, gayat duduk flat tinggi2 ni. :( So, balik kepada peringkat tu tadi, time kerja, mula2 masuk as fresh grad. Lepas tu, naik lah pangkat kan? Bila tukar kerja, naik pangkat lagi. Takkan lah tukar kerja nak cari yang sama taraf kan. hehe.

Etc..

So now perasan tak, semua benda ada peringkat dia. Sebab ape ye? Bagi aku, sebab Allah nak kita merasa semua perkara dalam hidup. Jangan tertinggal walaupun satu. Dan juga Allah nak kita bersabar dalam menghadapi semua cabaran yang mendatang time kita melalu fasa-fasa tumbesaran tu. Tak kisah lah tumbesaran ape, kerja ke,hidup ke. Allah nak kita semua tahu menghargai sesuatu. Jangan cepat mengelakkan diri dari menghadapi semua cabaran. Allah nak kita tahu bahawa kita akan dapat semua benda yang kita mahu, tapi ada peringkat dia. So now, tips untuk mendapat apa yang kita hajati adalah dengan, berusaha! Senang kan? Kalau tak ada peringkat,tak akan ada benda yang dihajati.

Post a Comment