Monday, July 16, 2012

Jangan sampai jadi terlalu mudah..

Jangan jadikan hidup ini sampai terlalu mudah nak bagi alasan yang tak munasabah. Jangan sampai setiap kali pun menggunakan alasan yang sama walaupun sebenarnya diri sendiri pun tahu itu benda yg bodoh untuk diperkatakan. Jangan sampai jadi orang bodoh yang tak tahu menilai mana yg betul dan mana yg tak.

Ya aku tahu aku memang pemarah. Dan aku selalu sebutkan benda tu tapi itu bukan alasan untuk kau gunakan ke atas semua benda yang kau gagal. Aku pun boleh gunakan alasan yang kau tu BODOH sebab tu kau tak pernah berjaya dalam pelajaran pun. Tapi aku tak nak gunakan alasan itu senang-senang sebab aku tahu kalau aku terusan bagi alasan bodoh, kau takkan belajar. Tapi, kau dah selalu sangat menggugat kesabaran aku. Cuma aku tau, kau tahu yang kau tu salah cuma kau tak nak mengaku sebetul betulnya.

Ikut lah kata hati kau yang EGO tu. Takkan sampai ke mana. Orang pun tak nak duduk dekat dengan kau (lagi lagi orang yg kau sayang) sebab tak tahan dengan perangai kau yang makin tak munasabah.

Aku kesian tengok kau. Orang yg kau mungkin tak sayang, kau tatang macam minyak yang penuh. Tapi orang yang kau sayang, kau anggap kau dah melakukan yang terbaik untuk dia. Tapi pada hakikatnya…

No comments :

Post a Comment

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017