Friday, July 20, 2012

Takkan ada..

Kat dalam dunia ni, takkan ada kerja yang senang. Takkan ada kerja yang baru masuk akan terus berjaya, takkan ada kerja yang kita akan selalu senang dan tak perlu berfikir. Sebab itulah, bila kita dah ada sesuatu pemikiran untuk kerja yang senang, kita takkan dapat sebab memang takkan ada kerja yang senang.

Maybe orang akan kata, jadi pelakon senang je pe..tak payah nak pening kepala nak kena marah lah ape semua..enjoy je kerja derang. Tapi yang kita tak tau, sebenarnya kerja jadi pelakon ni susah. Bukan kerja dia yang susah, tapi kerja dia penat. Nak melayan semua orang dalam set tu baik baik (walaupun kita tengah penat gila nak mati) sebab kalau tak layan dengan baik, tup tup masuk Melodi, masuk surat khabar..orang akan ada pelakon tu banyak songeh. Pelakon tak layan peminat kat instagram pun kena bahan macam macam, ni kan kalau tak layan orang yang di depan mata baik baik.

So, jangan ingat kalau kerja tu seronok, takkan ada stressnya. Tapi kadang-kadang, yang membuat sesuatu tu stress adalah sekeliling kawasan tempat kerja itu sendiri. Kalau ada pekerja yang sentiasa bersikap negative, or pekerja yang sentiasa fikir dia tak perlu nak dengar ide dari anak muda disebabkan dia dah ada kelulusan master dan mempunyai pengalaman bekerja lebih dari yg lain. Kalau pun nak bagi ide, biar logic akal dan keupayaan seseorang itu sendiri. Jangan nak samakan pengalaman dengan keadaan sekarang. Ada sesetengan perkara, tak boleh langsung nak diaplikasikan. Oleh itu, kalau nak tahu apa yang logik, saranan saya adalah untuk mendengar kata-kata orang yang tak ada pengalaman dulu, kita kaji mana logik akalnya sebab dia pengalaman dia masih fresh. mungkin ada betul kata-katanya.

:)

Post a Comment