Tuesday, December 18, 2012

Food Porn : Bawal Power

IMG_4880IMG_4879IMG_4878IMG_4877IMG_4876

Bawal Power! Yes! Korang mesti dah pernah pergi kan kedai ni? Aku je ketinggalan. Haha. Well, today time lunch, we all went to this gerai kat Sunway Damansara. First time ni nak rasa, nak pergi tengok ape ada dan ape yg sedap sangat sampai orang rave kat blog and all. Bila dah pergi try baru lah tau apa sebenarnya yang sedap sangat. Haha. :)

Well, first of all nak cari tempat dia senang je. Food court sebelah Starbucks kat area Sunway Damansara tu. Jangan pergi yang kat sebelah Balai tu sebab tu tempat makanan tak halal ye. :) Parking pulak, boleh tahan la. Area tu memang terkenal dengan parking yang agak susah nak dicari. Kalau sabar dan lucky, boleh lah dapat parking. Alhamdulillah kami boleh dapat parking kat depan food court tu. Sebenarnya bukan parking pun, tapi park je lah kan. ;p

So, ape ada kat sini? Ada macam-macam! Ikan bawal gorang crispy gila macam keropok, sotong, ayam,bawal jr & ikan keli pun ada! Saya tak berapa pasti berapa RM tapi rasanya satu pinggan untuk ikan bawal tu RM10 kot. Dia kira macam set, satu set ada kari, ulam & sambal2. Sambal dia ada macam2! Sambal kicap ke, sambal belacan ke..makan je. Murah & sedap! Worth it!

I am not a big fan of makan ikan sebab tak berapa suka perasaan tercekik tulang (pernah terjadi okey kat diri ku ini :( ) tapi this time, dengan tulang2 aku gigit sebab memang macam keropok habis! Makanan dia biasa je tapi memang terbaik! Simple and nice. Memang tepat dengan taste aku lah.

So, kalau korang nak cuba or tersesat jalan ke ape, boleh call no ni : 0173538804 and tanya lokasi gerai. Lokasi ada 2 setakat ni (rasanyalaa), kat Damansara Utama Uptown & kat Sunway Damansara. Oh ye, kedai ni pun pernah di uruskan oleh Saudara Bob Kuman yang telah pulang kerahmatullah beberapa bulan yang lalu (Al-fatihah)

Kalau nak main like like kat Facebook, sila click sini : BawalPower

Post a Comment