Wednesday, January 16, 2013

UGH!

Saya tak minat politik. Tak kira politik mana lah. Kat office ke, kat luar ke, kat rumah pun ada tau politik. Politik halus namanya. Haha. Tapi itu lah, nak tak nak, politik tu mesti kita akan kena baca or kena tahu jugak sikit sikit. Kalau tak nak tahu pun, kat facebook pun skarang dah boleh tengok ada macam-macam jenis. Sampai ke twitter and Youtube jugak. Tak boleh nak lari dari politik ni. Even orang-orang politik besar Malaysia pun main semua social media website yang ada. So, tak dapat lah nak lari kan?

Entry ni bukan nak cakap sangat pasal politik pun sebab saya bukan ahli politik yang tegar dan saya bukannya tahu pun pasal politik Malaysia ni. Bukan apa, bila dah tahu banyak sangat, nanti kepala jadi pening. Bukan nak kata tak sanggup nak memberi diri ni ke politik ke ape tapi memang malas sangat. Sebab apa tau, sebab politik Malaysia ni hampir ke tahap corruption dah. So, dah bosan nak menegakkan keadilan ke, menegakkan keamanan ke. I just want to be anonymous. Biarlah orang nak kata saya ni makan harta BN tapi tak nak sokong BN ke or makan duit kerajaan tapi pijak kerajaan belakang2. Bukan saya kata saya sokong yang bukan kerajaan pun, so shut the hell up.

Di zaman sekarang ni, teknologi memang dah at the peak sangat. Semua benda pun boleh dapat in just a simple click. Click je dapat tahu PM kita buat apa, click je dapat tahu DS Anuar pegi mana, click je dapat tahu pasal ‘Listen,listen,listen’. Kita tak perlu berada kat situ pun boleh tahu on the spot apa benda yang terjadi or maybe in two-three hours time. So, siapa yang nak menjadi PM di masa yang akan datang ni, you should know MORE than just how to sogok rakyat dengan macam macam benda. You have to listen,listen,listen too. Yes. That word is a serious word. You need to listen to the rakyat. Bukan nak suruh listen je. Tapi act like a person whereby you are one of the rakyat. Bukan you are one of the menteri. Be down to earth. Kalau Sultan pun boleh mencemar duli, takkan perdana menteri tak dapat nak buat kot? Satu lagi perkara, you have to be tersangat sabar dengan teknologi sekarang ni. Every single thing that you do, memang tersangat cepat rakyat dapat tahu. And another thing, bila da jadi PM ke, menteri ke or even datuk, tak payah nak buat benda jahat sangat lah. Benda-benda jahat ni lah yang ramai rakyat suka korek. If you have to be talam dua muka, be it. Every single human being kat dunia ni memang talam dua muka. Seriously. Memang sangat sangat. Including me. I admit it. Semua manusia ni talam dia muka. Tak kisah lah you siapa pun yang masih hidup ni.

Lagi now kes pasal Sharifah Zohra tu. Kalau korang tahu, tahu lah ye. Kalau tak, tak pe lah pergi search sendiri sebab malas nak cemarkan video tu dalam blog ni. I don’t really know who is she. It’s a viral video now. Even Namewee pun buat parody pasal orang tu. I don’t really know apa yang merasuk kepala otak dia time tu, maybe dia terlalu geram sebab konon dia represent 1 Malaysia and as all of us know 1 Malaysia ni selalunya mesti akan ada kaitan dengan kerajaan yg memimpin kita sekarang ni kan? So, this lady dah mencemar beberapa nama parti yang terlibat, parti politik, kawasan yang dia buat forum tu, nama pelajar peguam tu, nama Islam, nama diri dia sendiri dan nama keluarga dia. Malu semalunya. I mean, maybe dia kena possessed by some kerajaan demon kot. I mean, I tak kata the student is right. Maybe she did keluarkan fakta yang agak sensitive untuk para panel menilai, the tone of her voice masa dia ajukan semua pendapat-pendapat dia tu I think a little bit menjerit and is not a good tone to hear, but that does not mean that this Sharifah Zohra boleh buat apa yang dia buat. Maybe period kot haritu. PMS. But I tak ada kat situ masa the forum terjadi. I don’t really know what the heck the panels said. Maybe panel pun satu, keluarkan benda / fakta yang sensitive. I mean, it’s a forum of “Adakah pelajar sejajar dengan politik?” anyway. Tapi Tun Mahathir kata tiada parti politik yang terlibat masa forum terjadi. Wallahualam. KJ pun kata, minah tu tak represent Barisan pun. So yeah.

So, politik is just about think logically and that is seriously hard sebab fikir positive and logically ni susah. Mesti ada satu benda yang takkan dapat selari dengan apa yang minda nak dan hati nak. But you have to have a strong personality. Kalau tak, memang akan ikut hati. Kalau ikut hati, mata pulak tak melihat. Senang cerita macam ni lah, bila akal dah fikir logik atau tidak, terus tanyakan ke hati sama ada apa benda logik yang difikirkan tu boleh memberikan impak yang kuat, sedarhana atau kecil, minta hati timbangkan negatif dan positif, lepas tu, biar mata melihat keadaan, kalau tak, bila mata tak nampak, hati pun boleh jadi buta. Bila mata dah approve, mulut boleh melakukan kerja dia, boleh lah nak keluarkan perkataan yang positif.

Lagi satu, rakyat dah makin pandai, like I said teknologi terlalu rapid berkembang. Especially in Malaysia. Boleh dikatakan semua barangan yang negara 1st world country ada, kita pun ada. So, bila dah pandai, kita demand macam macam. Kita compare negara kita dengan luar. Kita nak itu, nak ini. Cuma satu pesanan saya, siapa yang pandai, tolong lah jadi menteri. Ingat senang ke nak handle negara? Negara ni bukan macam kita nak handle benda kecil. Kalau dapat task baru kat pejabat pun kita dah merungut, jangan anggap lah nak memimpin negara. Setiap benda yang kita buat, ada balasannya. Kalau benda baik, dibalas baik lah kan. Kalau jahat, pandai-pandailah habiskan.

Kata-kata dari anak seorang yang bukan menteri.

Post a Comment