Thursday, July 9, 2015

foodie : dadih hirup original aloq staq

IMG_4771

Hello fellow friends! Harini rasanya nak taip blog dalam bahasa kedah kot. Boleh kan? Sebab tema harini nak cerita pasai Dadih. Kalau korang tak tau dadih tu apa, dadih ni adalah sejenis makanan. Ye la takkan sejenis binatang pulak kan? Dia tergolong dalam makanan dessert / pemanis kot rasnaya sebab dia ada rasa manis, ada rasa susu sikit. Kalau orang utara, memang suka makan dadih ni. Tapi tak semua la. Ada yg tak berapa lalu nak makan sebab bau susu lembu dia pekat sangat. Tapi, cheq suka sangat!

Sejak kecik lagi la kalau balik Kedah ka Penang ka mesti beli dadih. Kalau kat Aloq Staq, kat kedai mamak Rose ada juai, kat Pokok Ceri ada juai, pasar malam pun ada. La ni dah tak dak. Nak cari dadih pun payah. Tak tau la pasai pa. Sedih nya hati. Bila dapat tau ada pulak org kedah, dok plak kat Aloq Staq juai dadih hirup ni, cheq dan dan tu la order nak makan dadih punya pasai.

IMG_4770

Tu dia! Skali order teruih 6 botoi! Dia ada 4 perisa. Jagung, Strawberry, Original & Coklat. Semua cheq amik nak rasa. Sebenarnya cheq suka original ja tapi tak rasa lagi. Baru rasa 2, jagung & coklat. Dadih jagung depa ni ada bubuh jagung skali! Memang bila makan tu ada la rasa jagung boleh gigit-gigit! Coklat pulak dia tak manis sangat, rasa coklat dia sikit je pulak. Tapi overall la kan, cheq memang suka la depa ni punya dadih!

IMG_4772

Kalau hangpa memang tercari cari dadih la kan, cheq suggest hangpa try dadih depa ni tengok. Satisfaction guarantee! Memang tak menyesal habih la! RM5.50 satu botol. Kalau siapa dok area Bangi/Putrajaya/Kajang, order 10 botol or lebih boleh la COD. Try tanya dalam instagram depa dulu ada stock ka tak.

Apa lagi! Follow instagram derang skarang!

:D

Post a Comment