Monday, April 25, 2016

BOTD : Body Buddy Aloe Vera Skin Care (Malay Version)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtara. Harini saya nak bercerita dalam bahasa Melayu. Dah lama tak tulis blog dalam bahasa Melayu so why not kan? Tapi tak de lah purely 100% Malay sebab dah terbiasa tulis dalam English. Hari ni, saya nak bercerita tentang satu produk yang sesuai di gunakan oleh semua lapisan masyarakat, baik anak kecil atau pun warga tua.


Jenama Body Buddy, tidak lah terlalu gah kalau disebut dikalangan blogger mahupun golongan yang menyukai produk Aloe Vera. Oleh itu, saya berharap anda boleh membaca blog entry ni sampai habis lepas tu pergi Caring Pharmacy dan beli produk produk ni.
Produk pertama yang saya nak rebiu dalam blog ni is the best product that i have used ever! Saya ni bukanlah peminat Aloe Vera sangat tapi bila dah cuba brand Aloe Vera ni, fuhhh! Terus rasa macam best sangat Aloe Vera ni okay! Tak melekit, tak ada bau dan yang penting, it is free from harms! Harms apa tu?

Paraben FREE
Colouring FREE
Silicon FREE
Mineral Oil FREE
Animal Oil FREE
Benzophenone FREE

Korang pun takkan percaya kan? Produk ni bebas dari semua kat atas tu! Sangat berbaloi dan selamat digunakan.


Aloe Vera Moisture REAL Soothing Gel adalah produk yang paling best so far bagi saya, Dah la tak melekit, best pulak tu bila pakai banyak kali. Mudah pakai, cepat meresap. Fuh! Tak rugi pun beli. Moisture Real ni ada dalam dua jenis packaging, satu macam kat gambar atas ni, satu lagi macam kat bawah ni.


So, kalau korang suka pakai dan selalu pakai aloe vera ni, beli yang package tub macam kat atas ni ada banyak gel so boleh sapu dan tenyeh kat satu badan sampai habis! haha. 

Produk kedua ni dia macam pelik sikit. Kalau nampak produk macam dalam tube dan lepas tu macam cream based product mesti korang rasa ni macam pencuci muka kan kan kan? Cuba korang semua tengok gambar produk kat bawah tu dulu lepas tu bagitau nampak macam pencuci muka ke tak?


Dengan nama dia Moisture Real Cleansing Foam, mesti dalam kepala tu dah set ni sebenarnya pencuci muka. Same goes to me! Haha. Well, sebenarnya we all as a user should read more on the back of the product. Ye lah, mana la tahu kalau ada informasi yang perlu kita tau kan. Jadi, bila dah terbaca tu baru rasa terpegun dengan produk ni. Ye lah, bukan hanya pencuci muka, sebenarnya krim ni boleh buat untuk cuci semua anggota badan tau! Macam sabun lah senang cerita. 






Sama macam aloe vera soothing gel tadi, yang ni pun FREE from all of those chemical and yuckkiness! You can apply to your hair, body and face! Dah macam sabun 3-in-1 dah ni! Sayang nya, material untuk tube dan penutup dia tak berapa travel friendly. Cepat rosak.





Korang pernah pakai product yang tak ada chemical banyak sangat tak? Kalau korang perasan, natural products like this tak banyak buih kan. So, walau macam mana pun kita lather produk tu, memang takkan dapat banyak buih! Bagus lah kan tak ada chemical banyak sangat.



Produk terakhir yang saya test out adalah Aloe Vera Moisture Real Soothing Gel Mist. Kalau rasa rasa muka panas je, lagi-lagi time tengah terik panas skarang ni, korang boleh la spray sikit gel mist ni kat muka. Lepas tu mesti rasa segar bugar jer! Haha. Tak perlu risau, gel mist ni tak ada bau dan tak menyakitkan kulit. Kalau ter-spray kat mana, mungkin sakit la kot. Tak pernah try la pulak kan.



Macam produk spray yang lain, memang senang nak pakai. Spray pun senang nak picit tak de lah sampai sakit jari. Hehe.

Kalau korang berminat nak beli dan cuba semua produk yang saya dah rebiu ni, boleh dapatkan di Caring Pharmacy di seluruh Malaysia. Tak salah, sekarang ni masih lagi ada 10% diskaun untuk semua produk Body Buddy ni! Kalau korang masih tak percaya dengan kebolehan produk dari Korea ni, korang boleh cuba dulu. Tak semestinya produk yang kurang popular tak berkesan, kan?

Harga untuk produk kat atas adalah

ALOEVERA Moisture Real Soothing Gel (150g) - RM18.90
ALOEVERA Moisture Real Soothing Gel Mist - RM 29.90
ALOEVERA Moisture Real Foam Cleansing - RM 27.90

Kalau korang kaki online shopping, boleh beli barang tu kat sini

Sampai di sini saja,
Jumpa lagi.

xx






Post a Comment