Monday, July 18, 2016

Hijab Styles untuk ke Pejabat


Seiring dengan perkembangan fesyen yang semakin pesat, kita juga dapat melihat kini terdapat pelbagai fesyen hijab yang semakin unik dan trendy digayakan oleh ramai wanita berhijab. Ada wanita yang menggemari fesyen hijab kontemporari yang moden, dan masih ramai juga yang masih setia dengan stail hijab yang asli. Bercakap mengenai stail hijab pula, secara amnya trend fesyen hijab terbahagi kepada dua iaitu trend hijab kasual dan trend hijab formal.

Apakah trend hijab kasual? Ia dikategorikan sebagai fesyen-fesyen hijab yang lebih moden dengan sesuai digayakan untuk dipadankan dengan koleksi pakaian kasual dan bagi trend hijab formal pula, ia selalunya lebih ringkas dan kemas. Satu contoh, adalah tidak sesuai untuk anda memakai koleksi glitter shawl untuk menghadiri satu mesyuarat formal. Oleh itu, apakah hijab styles yang paling sesuai atau pilihan selamat untuk anda gayakan ke pejabat?




Cotton Shawl

Bercorak atau tidak bercorak, koleksi cotton shawl merupakan jenis tudung yang paling sesuai untuk padankan dengan apa jua koleksi pakaian pejabat anda.



Instant Shawl

Begitu juga dengan koleksi instant shawl yang bersesuaian dengan imej korporat. Rekaan instant shawl yang ringkas ini menjadikan si pemakai kelihatan lebih kemas.



Tudung Bawal


Dan pilihan ketiga adalah koleksi tudung bawal yang sememangnya evergreen. Selain tampak kemas dipakai, ia memberikan keselesaan yang ideal kepada para pemakai. 

1 comment :

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017