Tuesday, March 14, 2017

Proses Pendaftaran Akad Nikah (Berlainan negeri & negeri yang sama)

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah i am officially married on 18th February 2017. It was a blessed day dan perjalanan persiapan perkahwinan pun berjalan lancar. I would like to thank Reka Teemor for the awesome possum akad nikah stage and deco all around the ballroom. It was indeed, magnificent! 

Tapi post ni is not going to be about my wedding day as yet. I know i have seen people posting about the process of registration of akad but somehow it is indeed the most crucial and the most confusing part of all! If i could remember, i went through banyak gila website just to read and understand on how the process is. Even at JAWI website, they did stated the simplified version of the steps but still it is confusing and not enough information.


First and foremost, korang kena tau korang punya alamat dalam IC tu mukim apa dan kat mana Masjid yang terdekat. Lepas tu, kalau korang akan akad nikah di tempat yang sama dalam IC (yakni, kalau IC Selangor, akad nikah di Selangor) korang just need to register your akad at JAIS. Kalau JAIS, boleh pergi website dia dan register. Ni kalau pasangan pun duduk di Selangor juga, lagi senang lah jawabnya. Dua dua register kat JAIS. Simplified (i tried) version macam kat bawah:

Akad di Negeri yang sama dalam IC (Pasangan pun negeri sama) : Cth Selangor & Selangor
- Bakal pengantin lelaki akan selesaikan semua proses registration dulu dalam website JAIS (Selalunya maklumat yang kena ada are sijil kursus pra-perkahwinan, nilai mas kahwin)
- Bakal pengantin lelaki kena isi borang 2A dalam website JAIS tu. Kalau alamat sekarang lain dengan alamat IC (yakni duduk rumah sewa ke or duduk rumah orang lain ke), kena isi borang akuan pengesahan permastautin.
- Masa tengah isi ni boleh lah save dulu, lepas tu buat HIV Test di klinik yang berdekatan. I recommend Klinik Putrajaya Presint 9. Kat situ tak ramai orang dan dia just test macam test diabetic je, tak ada jarum cucuk. hehe
- After all dah settle from the groom to be side, kena print out the documents from JAIS website tu, then bawak pergi ke Imam Jurunikah yang terdekat. So time ni lah korang akan rasa macam pening sikit kalau kawasan korang tu ada 2-3 masjid. *to be elaborate more below
- Lepas dah siap semua, dah dapat chop dari PPN (Penolong Pegawai Nikah) / Imam Jurunikah, bolehlah passkan borang tu semua kat pejabat JAIS untuk disahkan and then akan dapat borang kebenaran berkahwin. Borang tu ada dua, samada borang untuk korang akan nikah di dalam negeri Selangor atau borang kebenaran untuk bernikah di luar negeri.
- Lepas tu, bagi semua borang yang dah di vertifykan kat bakal pengantin perempuan untuk dia settlekan borang dia pulak

- Untuk bakal pengantin perempuan, korang still kena log in kat website JAIS yang sama, pilih perempuan masa tengah daftar tu yer hehe.
- Lepas tu, still procedur sama kena isi borang akuan perngesahan permastautin if IC dengan alamat permastautin sekarang tu lain.
- Isi borang details (Borang 2C) lepas tu borang wakalah wali 2D. Dalam borang 2D ni, akan ada kena isi details saksi. Details saksi tu kena sama dengan saksi yang korang nak bawak pegi jumpa PPN / jurunikah untuk dapatkan chop kat borang tu. PPN ni boleh jadi jurunikah time korang nak bernikah nanti. Tapi saksi tu tak semestinya saksi masa hari korang nak nikah nanti. Ni just saksi untuk isi borang jer. Jangan confuse.
- Lepas korang dah isi 2C & 2D, print out borang tu lepas tu dapatkan sign PPN dengan segera. Tapi korang pun kena buat kurus pra-perkahwinan dan ujian HIV jugak yer before pergi jumpa PPN.
- Lepas PPN dah chop, dah sign semua..bawa borang borang tu (bakal lelaki & perempuan), sijil kursus pra perkahwinan lelaki & perempuan pergi Pejabat JAIS yang terdekat. Aku pergi shah alam je terus sebab alamat kat shah alam. Hehe.Masa aku pergi JAIS last year, dia kata kalau sijil kursus pra perkahwinan tahun 2006/2007 last dia terima. Kalau bawah 2006 or 2007 macam tu, kena buat kursus baru. Tahun ni tak tau lah macam mana. Korang try call JAIS and tanya.
- Lepas dah settle semua, if korang nak bernikah kat Selangor jugak, korang akan dapat borang warna hijau and then boleh lah bagi kat jurunikah tempat yang korang nak nikah tu. Contohnya kalau kat area Shah Alam, boleh bagi kat PPN/imam masjid berdekatan. Yang susahnya, website JAIS tak ada senarai nama PPN. Korang kena pandai-pandai cari sendiri tau. Ada satu website ni, tapi number semua tak berapa nak latest. So, kena trial and error. Kalau korang call JAIS pun, derang akan suggest masjid yang maybe jauh dengan korang. So nak tak nak, kena call pak imam tu terus.
That was the procedure that you have yo encounter if both of the bride and groom is going to get married in the same state as their IC. As for my case, i have Selangor address and my husband has a Kuala Lumpur address. If korang duduk kat Melawati, kena jaga-jaga sikit. Sebab situ, ada yang area Selangor and ada area Kuala Lumpur. All this while, my husband thought that he was a Kuala Lumpur-ians but he is actually Selangor. Hehe. You need to make sure the mukim that you are in are correct. If salah dapatkan chop PPN, nanti JAWI / JAIS akan reject and korang kena buat semula semua benda.

Akad di Negeri Luar tetapi bakal suami isteri dari Selangor

- Buat step yang sama macam kat atas, yang bakal lelaki akan buat semua dulu lepas tu dapatkan chop dan tanda tangan PPN
- Document semua bagi kat bakal pengantin perempuan so nanti bakal perempuan akan settlekan semua on her side juga.
- Lepas dua dua dah settle, dah pergi Jabatan Agama, dah dapatkan chop dan tanda tangan semua, kena pergi ke pejabat agama negeri yang nak langsungkan akad nikah tu contohnya Kuala Lumpur. So kena pergi JAWI untuk daftarkan perkahwinan. Bawa borang akad nikah luar negeri tu bagi kat JAWI and korang kena bayar sikit lah kat situ. Tak ingat pulak berapa RM untuk pendaftaran.
- Lepas dah settle kat JAWI, bolehlah bawak borang hijau tu pegi jumpa tok kadi yang nak akadkan korang nanti. Kalau kat JAWI, ada dipaparkan senarai PPN so korang boleh contact terus PPN tu.
*Yang pasal masjid ada banyak tu, selalunya mana yang paling dekat dengan rumah lah yang korang kena pergi. Macam kes my husband, kat area rumah dia ada banyak masjid tapi hanya satu je masjid yang layak utk bagi chop PPN so korang kena tengok dan tanya pak imam. As for me, my Shah Alam area tu tak ada masjid pulak (area U9) so kena pergi jauh sikit utk dapatkan sign PPN. Benda ni korang kena collaborate antara bakal suami & isteri dan ayah. Like what we did, we called/contacted several tok imam just to ask if they were the right person to give the signature for my borang nikah. Like i said, kalau salah PPN, kena buat semula yer semua process tu.

As far as i know, this year onwards JAWI akan buat borang online untuk pendaftaran perkahwinan. So korang kena selalu check website JAWI untuk process ni dan macam mana nak buat. 

So far, I know it's a bit complicated but once you know the procedure, simple je. :)

Selamat Berkahwin!

Post a Comment