Tuesday, August 1, 2017

Pregnancy Blog : Suntikan Kancing Gigi / Adsorbed Tetanus Toxoid Shot (ATT Shot)

Assalamualaikum wbt and Selamat Selasa. Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Dah nak dekat 4 minggu dah from my last checkup at Klinik Sg. Merab Dalam and today is the day where saya akan kena cucuk ATT. Erk.

Bila dah dengar kena cucuk ni, hati biasa lagi. Tapi bila dah baca macam-macam jenis experience kat blog mama mama yang lain, rasa lain macam dah pulak. Semua baca jenis cerita semua sama jer pulak tu. So, Anfaal pun nak story sikit pasal ATT ni based on my own experience lah yer. By the time im typing this blog, masih lagi tak ada rasa kebas atau lenguh sangat. Cuma kat tempat cucuk tu rasa ngilu je sebab 'terbayang' lagi masa kena cucuk tadi. Haha. So far Alhamdulillah. Masih boleh menaip. 


Ni gambar hari Sabtu yang lepas, ambik sebab ada yang nak tengok baby bump katanya. Ada je baby bump kat situ. Hihi.



Okay lah, Anfaal nak story mory sikit pasal suntikan kancing gigi ni. Kalau google, dah banyak dah cerita pasal suntikan ni so Anfaal tak nak cerita sangat lah yer. Apa yang Anfaal tau, suntikan ni adalah untuk mengurangkan kebarangkalian untuk mendapatkan jangkitan tetanus. Kalau korang tak tau tetanus tu apa, tetanus tu sejenis jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan oleh toksin dari kuman yang dinamakan sebagai Clostridium Tetani.

Ramai yang kata suntikan ni dah tak relavan tapi as for me, whatever kebaikkan untuk baby and myself, i will take it. Tak kisah lah nak kena cucuk ke apa ke. Lagipun, sejak mengandung ni cucuk cucuk ni dah macam tak ada apa sangat dah. Setiap kali mesti nampak jarum, mesti kena amik darah kan? So macam dah terbiasa pulak. 

Masa nak kena cucuk tadi kat Klinik Sg. Merab, lepas consultation dengan nurse dan kena pen merah sebab berat badan naik banyak T_T, kena masuk kat bilik suntikan tu. Dah masuk tu tiba-tiba je macam rasa pasrah je lah apa nak rasa, rasa lah kan. Sampai macam tu sekali okay. Ni semua sebab membaca, menggoogle lah ni punya pasal sampai jadi macam seriau je nak cucuk ATT ni. Once dah nampak nurse tu sediakan vaksin tu, sediakan jarum tu semua..rasa pasrah jer lah. Tapi nasib baik nurse tu baik, cakap 'Tak pe..sikit jer ni..nanti rasa macam kebas kebas jer..' Lepas jarum tu dah masuk kat tangan kiri (nurse akan tanya tangan mana yang dominant so dia akan cucuk yang tak dominant), boleh rasa la ubat vaksin tu masuk tapi tak de lah teruk sangat macam pengalaman yang tulis kat blog tu. Rasa kebas sikit-sikit jer setakat ni. Nanti kalau sampai demam, Anfaal akan update lagi kat dalam blog yer. 


So far, Alhamdulillah tak ada apa-apa kesan teruk sangat. Doa-doa kan lah yer. Hehe.

Till then,
xx

2 comments