Monday, June 4, 2018

Cara untuk kurangkan batuk & kahak bayi [Self Experience]

Asslamualaikum mummy and daddy. Nak share experience lagi ni. Banyak self experience i'll try to blog if possible. Well, last Friday masa balik taska, Marissa is a bit batuk with phlegm back again. Actually, batuk dah baik nearly 2 weeks but then suddenly datang balik so i was a bit worried kenapa tak baik lagi. Ye lah, anak sakit sedih lah kan. Especially bila malam, batuk tak berhenti. Sayu je tengok. So, before this dah ada google macam macam home remedy sebab tak nak makan ubat doctor. I did asked some of my closest friends too on what they do. Then on Saturday, i did what Google told me to do dan berikhtihar lah. Dengan Marissa pakai baju shark doo doo dia, with her daddy jaga, mak pun hempas pulas kat dapur nak buat home remedy No.1.




Minyak Bawang Putih

Sebenarnya, memang selama ni pakaikan minyak bawang putih tapi yang mass production punya yakni yang beli kat kedai. Tu pun mak yang belikan. So, start hari Sabtu lepas, try lah buat sendiri with the recipe from Google.

2 ulas bawang putih
Minyak Zaitun / minyak masak (ikut sedap rasa)
Garfu
Bekas kosong

Cara-Cara Penyediaan

1. Kopek kulit bawang putih (ada yang kata tak payah, tapi saya masih kopek)
2. Gunakan garfu dan cucuk bawang putih untuk di bakar. Bakar sampai agak bawang ke hitaman
3. Lepas bakar, ketuk bawang putih tersebut (jangan sampai lumat) dan masukkan ke dalam bekas kosong
4. Isikan bekas dengan minyak zaitun / minyak masak (saya pakai minyak zaitun) secukup rasa

Boleh sapu ke dada, belakang, tapak kaki, betis anak sambil selawat. Tapi sebelum sapu tu, cuba dulu di bawah lengan anak takut ada yang allergic. Bila dah cuba, kulit anak tak ada merah-merah, boleh lah sapu sikit sikit. Minyak ni agak berbau (dah pakai bawang putih kan) dan agak cepat serap jugak sebenarnya so jangan risau. 

Mandi Lemon

Sebenarnya, memang dah lama dah google dan jumpa remedy ni tapi masih ragu-ragu nak cuba sebab tak tau berkesan ke tak. Tapi orang kata, tak cuba tak tau lah kan? So, semalam pergi lah beli lemon sebakul kat MyTown. Petang tu kasi mandi lemon terus. Hehe.

Bahan yang diperlukan adalah, air suam & 1-2 ulas lemon. Itu sahaja. Tak payah nak letak benda lain dah. Saya sabun pun tak letak tau. Tapi air suam tu saya panas kan sikit supaya anak mandi akan rasa segar. Dah la time bulan puasa, suami boleh kata air mandi nampak macam air lemonade. HAHA.


Kesimpulannya, malam sabtu ke ahad tu Marissa batuk teruk sangat pukul 2am. Saya sapu terus minyak bawang putih tu Alhamdulillah tak batuk lagi. Memang susah nak percaya kan? Tapi saya dah nampak depan mata sendiri memang menjadi. Alhamdulillah syukur anak dah boleh tidur lena. Pagi Ahad tu, masa anak dah jaga, saya buat tepuk percussion tapi saya pangku dia di bahu dan tepuk belakang kiri dan kanan. Ingatkan nak buat tepuk percussion + steam tapi tak jadi pulak buat. Maybe next time bila dah buat boleh blog self experience lagi. Ahad pulak, lepas mandi lemon je anak jadi macam sangat mengantuk. Tak tau lah effect mandi lemon ke atau memang dia mengantuk. Tapi macam dapat rasa yang dia seleasa sangat. Bunyi kahak pun dah tak ada kat dada. Harapnya hari ni pun dia sihat sampai bila bila. Tak batuk dah. Kalau masih ada saki-baki batuk, insyaAllah akan mandi Lemon dan sapu minyak bawang putih lagi. Home remedy rocks!

Marissa jenis bersin pagi pagi lepas tu keluar cendol. Hehe. Lepas keluar, ayahnya akan sedut untuk buang. So, maybe dari situ pun kahaknya berkurangan. Kalau ada yang mana anak-anak masih batuk berkahak, cuba lah dua remedy ni. Saya dah cuma dan memang nampak berkesan. Kita ikhtihar dan berserah. 

Till then,
xx

Post a Comment