Wednesday, October 17, 2018

Cara-Cara Hilangkan Kesan Gam Gajah

Assalamualaikum wbt semua. Hari ni Anfaal nak share satu benda, a very simple and short post je. Hari Ahad malam yang lepas, Anfaal ada guna gam gajah untuk tampal balik lamp shade yang pecah. Macam biasa lah kan bila dah over confident kan tak ada nya nak pakai glove semua bila main dengan gam gajah. Haha. 

So al kisahnya, tangan kiri Anfaal habis kena gam gajah, siap melekat kat base lampu tu lagi. HAHAHA. Kena tarik sikit baru boleh lepas from the lamp. Alkisahnya, habis lah semua jari jari kena gam gajah yang dah makan kulit. Husband Anfaal nak kikis je pakai pisau but ai dunwan. Dengan pisau pisau ni i fobia sikit hahhaa..Husband Anfaal memang suka pisau-pisau ni. Pisau lipat lah pisau itu pisau ini semua ada. 


*picture from Google*



Cepat cepat lah Cari di Google macam mana nak hilangkan kesa gam ni sebab dah terkena kat jari kiri dan kanan hahah. Nak thubmprint kat phone pun tak lepas wei! HAHA So ada nampak satu post ni tulis pakai Ubat Gigi & Minyak Masak. 

So Anfaal pun try la pakai ubat gigi dulu, ambik sikit ubat gigi tonyoh dan kikis kat kesan gam tu. Susah juga nak keluar tapi lama-lama memang keluar. Anfaal buat dua kali, sekali buat lepas tu basuh, and then buat lagi. Tapi sebelum tu, Anfaal basahkan tangan dulu dengan air suam (pakai air panas shower tu je). Alhamdulillah belah kiri sangat berkesan. Dah excited sebab berkesan, Anfaal terlupa nak buat untuk tangan kanan. Haha. 

So, esoknya Anfaal buat balik step yang sama dengan tangan kanan, masih menjadi. Tak pakai minyak masak pun. Pakai ubat gigi dah cukup. 

Ada yang kata pakai ubat gigi dulu lepas tu baru sapu dengan minyak masak. So, boleh cuba dua-dua kalau nak hehe.

Sekian sharing Anfaal harini hehe.

Nak tanya mengenai Mary Kay? boleh Whatsaap Anfaal 010-5601397 atau click http://anfaalmk.wasap.my/

Till then,
XX

No comments :

Post a Comment

Blog Design by Get Polished | Copyright A Life in a Webbis 2017