Hari keempat aku kat langkawi.tak pernah weh lama macam ni kat langkawi.haha.selalunya 3 hari 2 malam je.ni macam dah melampau.haha.Tak pe lah.harini aku bangun agak awal.Sebabnya aku kena pindah hotel dari Bayview ke Berjaya Hotels and Resorts.Adeh la.Bosan nya pindah hotel ni.nasib baik la satu malam je tido hotel berjaya.hehe.Ayah aku pagi2 dah pergi meeting kat hotel Berjaya tu.
Aku bangun2 je,mandi ape semua,then tunggu la ayah aku datang time lunch tu amik aku dan mak aku.hihi.Sementara tu aku dok online je la kan.tak de kerja nak buat.aku tak nak la kacau Irfan sebab dia tengah intern.hehe.so tak pe biarlah dia yang sms kita kan.tak pe saje aku tunggu je dia sms. :) So,time2 aku tengah nak main FB tu,tiba2 dapat warning dari FB.ntah datang dari mana dan ape aku buat aku pun tak tau.So,aku buat bodo je la.hehe.janji aku boleh main dan account aku ada lagi sudah.aku pun tak tau ape benda aku buat.cam pelik pun ada.hihi.tak pe abaikan~ so,aku pun amik la gambar view dari bilik aku kat hotel Bayview ni.hehe.sebab dah bosan main FB.lol.ni la gambar2 nya~
*Gambar2 view dari bilik aku.Langkawi skang dah maju~*
Lepas tu aku amik gambar sekitar bilik aku plak.hihi.Ni la gambar2 nye~ Bapak bosan aku kan?kan?kan?
*Hehe.Kemas,teratur,bersih dan segalanya~ :P*
Then,ayah aku pun sampai dari Berjaya.hehe.ktorg checkout hotel Bayview. *Bye bye Bayview..Sob sob* then trus bertolak ke Berjaya.Time ni aku ada record video dalam perjalanan ke Berjaya tu.haha.korang nanti tengok lah video tu ye,maybe aku letak kat FB aku or kat YouTube.Mesti korang tau apesal aku cam tak suka Berjaya ni.HAHA.aku maleh nak cite.lol.
So,bila dah sampai Berjaya, ayah aku dah check in seksiap dah siang tadi so ktorg just terus masuk je la bilik.Aku dah lupa cara dia macam ne,i mean,cara nak pi kat chalet tu.Rupanya kena naik macam buggy.haha.Adehhhhh~~~ macam kat zoo pulak aku rasa.HAHA.kesian ayah aku,mak aku pun tak suka tempat ni.dia sorang je suka.Aku suka..bukan tak suka 100%.cuma aku rasa untuk famili tak sesuai kot tempat macam ni.ye la,dah la chalet dia dalam hutan.ada suite jugak tapi kat atas laut pulak.ala-ala romantik gitu.haha.nasib baik aku dapat bilik yang tak terlalu kedalam sangat.Aku dengan mak aku usha,ada rumah tu sampai kat atas bukit,dalam hutan betul2.haha.aku tak tau la weh kalau sorang2 aku boleh survive ke tak dengan nyamok la ape la.sah2 la malam2 aku tak kuar bilik la.haha.
Bila dah sampai bilik tu,bell boy selaku driver buggy tu cakap la,nanti kalau nak kuar tutup sliding door tu sebab nanti takot monyet masuk.HAHAHHAHA.sah aku kat zoo ni.GKK.then,aku pun test aa maxis broadband aku.erkkk…tengok2 dia hanya GPRS saje connection.Adeh.tak pe janji ada sudah la~ tak de la aku macam orang gile kan.hehe.then,mak aku nak order room service sebab aku tak makan lagi.aku pun order la nasi goreng dayang kejadah ape tah harga sampai rm23 kan.haha.ada sate,telur goreng,ayam goreng dan udang masak ape tah.aku bagi kat mak aku udang tu.hehe.mak aku plak order char kuey teow.harga rm21.gile ape aku pi beli kat tepi jalan pun baru rm3 je.haha.stakat pinggan cantik watpe nak caj mahal2.isk.hotel hotel~
Then,tunggu ayah aku habis meeting,sementara tu mak aku tido,aku plak dok tengok Gol & Gincu season2 episode last.hehe.Aku suka betul la cite ni.apesal la tak sambung season 3?ihih. ;p then,aku dah bosan dah~ mula la amik gambar area2 kat Chalet aku tu.hihi.nah amik ko gambar hutan.haha. XD
*Berjaya Hotels & Resorts Langkawi*
Then,ayah aku pun balek dari meeting.Dia kata nak hantar uncle Kader pi airport.Tapi seblom tu nak pi makan.So,semua kena siap2 sebab pukul 7pm dah nak gerak.Flight uncle Kader pukul 9.30pm.Then,bawak la uncle Kader pi kat Pantai Cenang.makan kat *guess where*….RASA lagi.hihi.ktorg first customer kot.hehe.best2.aku suka makan situ sebab restoran dia pasang lagu2 kat Bali.best gile macam lagu traditional dia tu.tenang je rasa.hehe.nak cari la CD lagu2 tu nanti.Lepas makan ape semua,hantar uncle Kader ke airport,then pi balik Cenang.ntah mak aku nak cari baju dia la ape la kan.Tak pe lah.aku ikut saje.hihi.Lepas tu terus balik hotel.
Balik hotel je aku orang first mandi.Ugh.aku tak tahan badan melekit2.hihi.Lepas mandi,aku online jap tapi connection cam sakit hati je,so aku pun tengok la cite Anna and the King.Fuh.skang ni dah masuk dalam fave movie aku dah cite ni.Seriously aku suka sebabnya kat credits tu ramai nama melayu.hihi.and film tu di shoot kan kat Malaysia.hampir kesemua scene shoot kat Malaysia.ada kat Perak, Langkawi, Shah Alam , Penang,banyak lagi la.Bangga tak pasal2 jadinya.haha.Pernah masuk Oscar tau film ni.And,ada pelakon2 Malaysia turut berlakon dan memegang watak yang agak penting.bukan extra yang blakang tapi extra yang superb.Muka closeup,nampak,ada dialog panjang.Deanna Yusoff,Sean Ghazi,Harith Iskandar,Afdlin Shauki antara nya.Ada lagi yang lain.Hampir kesemua pelakon2 Malaysia yang berbakat,pernah berlakon di dalam film tu.Kalau ada masa,tengok lah! :)
bestnye pegi cuti-cuti malaysiaaa.. Hehe.
ReplyDeleteCuti2 apenye k nysa.hehe.bosan ada lah~ XD
ReplyDeletenext time nak g KK pulak la. :) Boleh k Nysa tolong direct kan jalan.
haaaa.. sila2 la dtg. Gladly to bw u jalan2 girl. :)
ReplyDeleteeh akak..ape jdi kat ur FB acc?sury search x daa pun?
ReplyDelete